28 August 2012

Sakit gigi

Hai kawan .. Selamat hari raya ..

Aduhhh sakit gigi  sampai x terkatalah .. kesakitan yang membuatkan aku tak boleh nak tido

malam jadinya . sakitnya sampai ke urat saraflah. mmg betol menyeksa malam tidur aku ..

waktu aku menulis entry nie gigi aku masih sakit ag .. aduhh dah pelbagai petua yang aku search

dalam internet nie aku cuba , ubat2an pun dah bermacam aku amek , tapi sakitnya masih terasa ,

apatah lagi waktu malam , masa waktu tido lak 2 .. hurmm ramai nasihatkan aku supaya

pergi jumpa doctor gigi . Tapi aku takot ... hehehe sejak dari kecil lg aq tkot jumpa

doctor gigi ..

16 August 2012

SeLaMaT hArI rAyA

Askum / Hi kawan yang mengenali Maryam (Nada cinta) ingin mengucapkan


Kepada rakan yang ingin pulang ke kampung , berhati-hati lah pulang ke kampung memandu lah kenderaan
berhati-hati dan ingatlah orang yang tersayang .

 

08 August 2012

Kehilangan

Assalamulaikum kawan blogger semua . apa khbar sihat semua .. hurmm diam x diam dah hmpir'

2 minggu kita pose , minggu dpn minggu terakhir puasa..

Kehilangan .. mesti korang tertanya aku kehilangan apa kan .

Kehilangan seorang kawan . Ntah aku x tahu di mna silapnya , hanya kerana

mslah kecil sje , kami bergduh hebat di facebook . aku sebenarnya syangkan pershabatan

yang terjalin aku dan dia , dah hampir 10 tahun kami berkawan , sejak dr form 1 lg ,

tapi hati aku keras untuk memaafkannya . aku x nk kehilngan kawan sebenarnya

tapi apakan persahabtan yg terjalin putus tengah jalan . Tapi kalo benarlah dia seorang

kwan yg baik , dia pasti kenal tingkah laku kawan dia .. dan xakan mengeluh dengn sikap

aku yang sedikit panas baran nie ..

Maafkan aku kawan ..



21 July 2012

Dugaan di bulan puasa



Assalamulaikum .. Selamat berpuasa kwan2 warga blogger smua..

Tp adoii hari pertama puasa dah dugaan , sakit gigi  dan sakit kepala yang teramat sangat ,

namun terpaksalah aku menahan kesakitan sehingga tiba waktu brbuka nt .. adoii sakitnya gusi

aku nie ..  Dugaan di bulan puasa nie

00 kes Mengatasi Sakit Gigi dan Gigi Berlubang Tips And How To Prevent cavities






















13 July 2012

Seronok berkerja dengan Anak Bos

Assalamulaikum kawan2 semua ..

Apa khbaer , sudah lama rasanya tak menulis kat dalam blog nie .. hehehe

Selalu orang kata kalo anak bos berkerja , pasti sombong dan berlagak ( selalu tengok drama melayu ) tapi

aku bersyukur sangat dapat anak bos yang berkerjasama dengan aku , seorang yang baik dan peramah , dan

juga suka membuat lawak , sampaikan tak kering gusi aku gelak dengan telah mereka berdua .. opss sori

lupa nak bagitahu pulak , actually kedua-dua anak bos aku nie berkerja sama kat company  nie ..

Happening betul sekarang nie , boleh dikatakan satu kepala jugalah kami semua kat sini ..


hahaha

16 June 2012

SeLaMaT hArI bApA

Assalamulaikum kawan2ku semua ..

Hari ini sabtu minggu ke dua  .. hari  ini juga merupakan hari  bapa buat seluruh bapa yang berada  diserata
dunia .  Ayah , baba , walid , papa , daday  itulah merupakan panggilan buat sang lelaki yang telah bergelar
bapak ..   Tanpa mereka tidak mungkin kita akan wujud  di muka bumi ini ..

Ini kisah aku dan papa aku

Teringat kisah aku masa kecil dulu-dulu .
 Aku merupakan satu2nya anak perempuan , setiap kali Papa hendak ke pejabat
papa mesti membawa aku round2 pusing satu kawasan rumah di terengganu , walaupun
papa tahu dia sudah lambat ke pejabat , namun demi aku dan abang2ku   dia sanggup lakukan
apa sahaja , asalkan kami 5 beradik dapat kasih sayang serata . Papaku tidak mahu anak2nya
tidak merasakan kasih sayang berbeda  terutamanya aku . Kerana aku di lahirkan tanpa kasih
sayang seorang ibu kandung . Kasih sayang papa terhadap aku dan abang2ku tidak pernah berbeza2
walaupun papaku berkahwin lain . dan aku tahu kenapa papa berkahwin lain , biarpun masa itu
aku tidak suka akan ibu tiriku . Tapi demi papa aku menerima ibu biarpun hati tidak rela , tapi papa tahu
bahawa aku dan abang2ku juga ingin merasakan kasih sayang seorang ibu. Papaku seorang bersahaja , santai  dan cool tapi kadang-kadang itu kelam kabut jugak . (hahahahhaa)


SeLaMaT hArI bApA  Buat papaku iaitu Mohd hj Abdullah ..

Papa .. Yam sayang papa .. Terima kasih atas kasih sayang yang papa berikan

kepada yam dan abang2 yam .. opss terlupa pulak  Selamat hari bapa jugak buat abangku

yang sulung iaitu Ahmad Kamal Fitri . p/s : Jadilah seorang ayah yang baik buat anak2nya seperti

mana papa berbuat baik kepada kita.. 

07 June 2012

Hari yang menyakitkan

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Hari  ini menyakitkan hati aku . Semua orang nak salah aku je . mcm tadi aku tahu abang din

cuma bergurau je ngan aku , tapi seriusly aku terasa sangat dengan gurauan 2 ..

aku  benar rasa tension yang dengan guruannya ..

Aku benar tension sekarang .. semua orang nak salahkan aku jew ..

rasa  nak resign jew .. 

27 May 2012

Dia Jodohku ( bab7)

Khairul memikirkan kata-kata sahabat baiknya itu , apakah benar isterinya berlaku curang kepadanya ,

sebenarnya  dia sendiri curiga dengan tingkah laku Zahnita sejak akhir-akhir ini , isterinya sering kali

pulang lewat , bila di tanya ada sahaja alasan yang diberikan .  Namun alasan yang diberikan oleh

Zahnita kadang-kadang membuatkan Khairul menjadi benggang , dia merasakan bahawa Zahnita telah

berlaku curang di belakangnya .


 Zahnita merasakan dirinya begitu hebat sekali , setiap ucapannya di percayai oleh suaminya

Khairul , dia merasakan Khairul itu seorang lelaki yang mudah di pergunakan , seperti mana dia

memerkap Khairul  supaya berkahwin dengannya , dengan menyatakan dirinya mengandung 

anak Khairul , sedangkan anak yang di kandungnya adalah anak teman lelakinya iatu

Harun , dia telah berpakat dengan Harun untuk mempermainkan  Khairul , dan membolot

harta Khairul . Khairul merupakan seorang Eksekutif sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia

namun senang di perdaya oleh wanita yang tamakkan harta seperti Zahnita .


Khairul telah surat arahan untuk pergi berkursus di negeri bawah bayu iaitu Sabah selama

2 minggu , namun khairul merasa berat hati untuk meninggalkan isterinya Zahnita, namun setelah

berfikir panjang dia ingin melihat apakah benar kata sahabat baiknya Fakhrul bahawa

isterinya berlaku curang di belakangnya , dan penuh semangatnya Khairul memandu

kereta untuk pulang ke rumah .Dalam fikirannya sekarang adalah perangkap yang akan

dipasang olehnya untuk isterinya , dari jauh dia melihat bahawa kereta Zahnita sudah

ada diperkarangan rumah ,dia tahu bahawa Zahnita sudah ada dirumah , dengan rasa

berat hati dia melangkah masuk ke rumah .

" Assalamulaikum sayang "  ujur Khairul

"Walaikumusalam , awal abang balik ?" ujur  Zahnita yang agak sedikit terkejut melihat  Khairul

pulang awal ke rumah .

"mmm.. Malam nie abang kena flight ke sabah ada kursus dekat sana " ujur Khairul tenang

" abang nak pergi sabah malam nie , tiket kapal terbang dah ada ke? , berapa lama abang ke sana"

bertubi -tubi soalan yang keluar dari mulut Zahnita.

" abang pergi seminggu lebih , tiket flight setieusaha syarikat abang sudah belikan ." balas Khairul ringkas.

Namun dalam hati Zahnita dia merasakan amat gembira sekali kerana selama seminggu lebih dia

bebas melakukan aktiviti sosial tanpa halangan dari suaminya .

Namun sebenarnya Khairul hanya berkurusus selama 2 hari sahaja , namun dia sengaja

membohongi isterinya melihat apakah selama ini isterinya telah berlaku curang .

" sayang , abang pergi dulu " ujur Khairul,

" abang hendak saya hantar abang ke airport tak ?" tanya Zahnita,

" tak apalah sayang abang  pergi dengan pemandu kereta syarikat , ini kunci kereta abang,

kalau sayang nak guna , pakai jelah " ujur Khairul yang melangkah pergi . Zahnita hanya mengangguk

kepalanya tanda faham . Kini dia bebas melalakukan apa -apa sahaja buat masa satu minggu ini,  tiada

siapa yang dapat menghalang aktiviti terkutuknya ini.

(bersambung)

01 May 2012

SELAMAT HARI PERKERJA

Assalamulaikum kawan2 semua


SELAMAT HARI PEKERJA . APA ITU DEFINISI HARI PEKERJA/ HARI BURUH ADALAH :-



Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.























DARI MANA DATANGNYA ASAL-USUL INI :-


Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.
Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat.
Di Amerika Syarikat, perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September, 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati pencapaian serta sumbangan tenaga pekerja di sana. Namun banyak kesatuan pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi [saiz] ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di AS kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh. [1]
Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.
Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun sebelum itu di Australia, para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan berdemonstrasi bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak ada sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan datang. Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan betapa pantas idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas pekerja. Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya sekali supaya semua orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti menjadi perayaan tahunan dan berterusan.
Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja menentang borjuasi dan kelas pemerintah berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei akan menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit dan kemelaratan masa yang lalu..




13 April 2012

kawan opis kemalangan

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

Semalam petang aku dikejutkan dengan berita yang mengemparkan . kawan opis aq kemalangan

jalan raya. aku dan rakan2 opis yang lain rasa amat terkejut dan sedih sekali .

semalam sebelum kawan opis ak nie keluar , aku ngan dia sempat bergurau lagi , masih terniagang

di telinga aku  gurauan dia semalam . aku ngan dia mmg suka bergurau, ala gurauan sebagai rakan sekerja

sahaja....



apa2pun aku harap bini dia banyak bersabar .. aku kesian kat bini dia ngah prenet ..


* shamreman aku harap kau cepat sembuh*

28 March 2012

klinik yang paling aku takut pergi

Assalamulaikum dan Salam  Sejahtera

ada 1 tempat nie , sejak dr kecil hingga sekarang aku pling x suka pergi

ia adalah sebuah klinik .. hurmm  klinik pergigian adalah satu2nya klinik

yang paling aku x suka pergi , nak tahu kenapa x ?

sebab dari kecil lagi aku x suka pergi jumpa doctor gigi ..sebab doctor gigi 2

garang orangnya .. hihi (^_^).........................................................................................>



Aku ingat lagi masa umur aq 5 tahun ( kalo x salah ar) , masa 2 aku sakit gigi , so apa lagi

papa aq pun bwa aq g jumpa doctor gigi . perghh mula 2 masuk jumpa doctor 2 ,

punyala berani aq jumpa doctor , tapi sekali doctor bawa kuar peralatan  untuk cabut gigi ,

aku dah mula gelabah .. huhu.. gigi masa  dh kena bius , tapi masa doctor nak cabut gigi aq 2 ,

dengan tiba2 je aku bagun dah keluar berlari  akibat tkot punya pasal , puas papa aq pujuk

aq supaya g cbut gigi , tp ak tetap x nak .. hahaa!!!! .. sejak daripada hari itu

sampai sekarang aq tkot nk jmpa nak doctor gigi .. huhu


23 March 2012

hidup ini penuh dengan kedukaan

Assalamuliakum dan Salam Sejahtera..



Ya Allah minggu ini , minggu paling tension sekali bagi aku , semua orang nak salahkan aku

je . aku mmg dah x larat nak keja  kat ct2 tunggu masa yg sesuai je aku nak angkat kaki

dr tmpt keja ak 2 . kdang aku rasakan diaorg x pernah nak hargai apa kerja yg ak buat ,

cuma tahu cari kesilapan yang aku buat sahaja . Smlm kali pertama aku menangis di

office , sblum nie ak x pernah menangis biarpun di marah . aku memang terasa hati

dengan mmber opis aku , hurmm tadi ada sambutan birthday boss aku  dekat  rawang ( main office hq)

dekat sana diaorang seolah-olah mengata aku dari belakang , serius  aku mmg terasa

giler dengan diaorang .. aku pun manusia biasa gak , x pernah lepas dari buat kesalahan

tension .. aku dah xada mood nak kerja sebenarnya .. benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

19 March 2012

seronok sangat dapat jumpa dia

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera ..


Woo dah hampir 3 minggu rasanya aku x update status kat blog . rindu pulak rasanya  ..


hari jumaat lepas aku pergi kuantan g jumpa dia  ( pakwe aku ar) seronok sangat aku rasakan

yelah mna taknya , setahun dua kali jew dua kali dapat jumpa dia .. huhu .. tp sayangnya

aku xada amek gmbr bdua ngan dia .. itu yang sedih ckit ar ..


kat bwah nie just der 2 keping jew gmbr dia dan yang lebih ag gmbr aku je ..


CHUK SAYANG B SANGAT .. WALAUAPAPUN TERJADI CHUK TETAP AKAN SETA

BERSAMA B SAMPAI BILA 2 PUN .. HUHU









05 March 2012

TAK SABAR NAK JUMPA DIA

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Hai semua pembaca blog kau dan aku apa khabar .. hehe dah lama rasanya tak menulis kat

blog nie , almaklumlah lately nie buzzy ckit , keja makin bertambah banyak , sampai tak masa

nak menulis kat blog nie .. hurmm Yahooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! cuti aku akhirnya dah

di approve ( padahal minggu lepas ) ,  hehehe cuti 2 hari aku amik nie , rancangannya nak pergi  jumpa

yang tersayang kat kuantan .. tak sabar rasanya nak tatap wajah dia selama 3 hari itu , aku pergi ari

jumaat , and then balik ari ahad , yolah dah hari isnin aku dah start keja .. aku cuti ari khamis ngan jumaat

je  , ari khamis 2 sje je aku amat cuti , sbb aku mlas nk ikut meeting , tp khamis nie aku kena ikut

meeting , hurmm meeting yang boleh dikatakan membosankan.. huhuu..



I LOVE YOU
ONLY YOU IN MY HEART



27 February 2012

.....apakah mood aku hari ini

Assalamulaikum dan salam sejahtera

apakah mood aku hari ini , baik ataupun tidak .. mm entahlah aku pun x pasti sebenarnya

apakah mood aku hari ini .. mm aku skrg sebenarnya dah tak ada mood nk kerja kat sini

entahlah makin lama aku rasakan , makin tertekan dengan hidup ini .. semua orang seolah-olah

nak memaksa aku membuat kerja itu , sedangkan aku ini bukan robot .. bila aku buat kerja dengan

perlahan mula2 masing kata  aku nie "lembap lah , apa lah" sakit  je hati aku dengar ..

24 February 2012

penat sangat minggu ini

Assalamulaikum dan salam sejahtera

tiga hari berturut -turut kerja sampai lwt malam .. Ya Allah penat sangat badan ini ..

kerja semakin hari semakin bertambah , tekanan juga makin bertambah ..

tapi sungguh minggu ini , minggu  yang paling penat sangat bagi aku ..

21 February 2012

SERIUS AKU CEMBURU

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera


serius aku cemburu .. aku rasa benci marah sedih gembira sejak berkerja kat sini , aku rasakan

seolah-olah aku nie x wujud kat sini .. aku rasakan aku nie ... tah lah aku pun xthu..

tapi serius aku mmg cemburu , tgk lyan bos aku kat pkerja lain , terutama kat staff baru ..

hingga aku rasakan aku nie x  pernah wujud kat syarikat ini ..


namun apa yg aku tulis ini hnya skdar luahan perasaan aku sahaja ..

maaf jika ada yang terasa

16 February 2012

TIADA MOOD

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera ..

Sudah lama aku x update status kat blogger nie .. hurmm biasalah sekarang nie aku amat2lah

buzzy sekali , smpai x ada masa nak upadate status kat blogger nie , fesbuk pun skrg pun dah jarang bkak ..


aku sebenarnya la nie , dah xada mood nak kerja , tah lah aku pun x thu  knp leh jadi mcm nie . makin lama

kerja kat sini aku rasa  tension sgt .. biasalah org kata " kerja mana yang x tension" tp ?????

AKU MMG TENSION SKRG , DAH LA MEMBER  OPIS NAK BERHENTI  MAKIN LA AKU

TENSION SEKARANG ..

07 February 2012

telekung buat mama .. erti mama buat aku

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Hampir dua minggu dah aku x menulis dalam blog nie.. semalam drama telekung buat mama sempena

Maulidur Rasul .. mula aku tak tengok cerita 2 .. aku just tengok dekat tengah je .. masa aku tgok

cerita 2 .. ntah kenapa air mata aku mengalir ttba .. aku tertanya sendirian .. kenapa hidup aku

tak pernah merasakan kasih sayang seorang ibu kandung .. aku x pernah kenal siapa mama

aku yang sebenarnya.. sebab pa ngan ma bercerai masa aku masih  kecil. aku x pernah

tengok wajah ma aku .. aku selalu berharap suatu hari nanti aku akan berjumpa dengan ma..

aku nak tanya dia dengan bbrapa soalan

1. kenapa ma tinggalkan aku masa bayi

2. kenapa ma tak pernah menyusukan sewaktu aku dilahirkan

3. kenapa ma curang dengan pa ..

aku nak tanya soalan itu dekat ma kandung aku andai satu masa nanti aku

berjumpa dengan dia ..



                         

                       

30 January 2012

AWAN NANO JUARA LAGU

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Semalam juara lagu  ataupun AJL yang ke 26 .. mula tengok rasa mengantuk sangat , tah apa tah diaorg

nyanyi .. apatah lagi bila yuna ngan ana raffli nyanyi aku rasa macam nk tido dah .. bila masuk faizal tahir

barulah mata nie segar bugar balik :-)..

Mula aku ingat 3 suara yang akan menang , tp rupanya Hafiz dr AF7 yang menang , tapi antara

penyanyi lelaki  yang bertanding aku rasakan yang si hafiz nie yang paling sempoi sekali , just pakai

baju t shirt dengan seluar treck je .. memang pakain sempoi la .. hurmm bg  penyanyi perempuan ,  aku

tengok  xada yang pakai bj terlalu seksi sgt .. tp bguslah 2 ..


                                                          JUARA LAGU KE 26
                                     HAFIZ AWAN NANO



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

SENARAI PEMENANG

JUARA - HAFIZ - AWAN NANO

KEDUA - 3 SUARA - BERIBU SESALAN

KETIGA - FAIZAL TAHIR - KARMA

VOKAL TERBAIK - HAFIZ - AWAN NANO

PERSEMBAHAN TERBAIK - ALYAH - KISAH HATI




TAHNIAH KEPADA YANG MENANG