21 January 2013

Dia Jodohku (Bab 9)

Zahnita dan Harun di bawa pergi oleh pihak Ugama Islam  , air mata Khairul menitis satu persatu

bukan kerana sedih namun dia menyesal kerana selama ini dia tidak pernah mendengar

kata orang tuanya dan sahabatnya . Dia sanggup memutuskan pertunangan dia Suhaili ,

dia terperangkap cinta palsu Zahnita .  " En Khairul sila ikut kami untuk beri keterengan "

ujur Ustaz Azmeer  yang menepuk bahu Khairul perlahan , Ustaz Azmer tahu yang

sekarang ini , mesti Khairul  sedang berduka  bila mendapat tahu isteri tercinta curang

di bekalangnya . Dengan dengan lemah Khairul hanya mengangguk kepala sahaja .


Keluarga Khairul langsung tidak terkejut mendengar berita penagkapan Zahnita oleh pihak

pejabat Ugama Islam. Bagi Pak Yasin  dan Mak Iti , selama ini mereka tidak pernah

menganggap Zahnita itu sebagai menantu mereka , namun demi Khairul  mereka terpaksa

menerima Zahnita itu sebagai menantu , " bang , bukankah Iti katakan dulu , si Zahnita

itu tidak boleh buat menantu kita , tapi si Khai itu degil langsung tak nak dengar kata kita ,

sampai sanggup memutuskan pertunangannya dengan Suhaili " ujur Mak Iti panjang lebar ,

Pak Yasin hanya mengganguk kepalanya tanda setuju kata-kata  Mak Iti .


" Abang Chik , menangis air mata darah sekali pun masa tak dapat diputarkan kembali , isteri abang chik itu

sudah main kayu tiga di belakang abang chik " Ujur Ratnah adik bongsu Khairul , Khairul hanya

membatukan dirinya , kini dia rasa menyesal yang teramat sangat , andailah dulu dia tidak memutuskan

perhubungan dengan Suhaila , mungkin kini mereka telah berbahagia . " abang chik tahu abang chik bersalah

adik , tersalah memilih pasangan , sudah ada tunang sanggup abang chik putuskan , kerana ingin

bersama Zahnita " ujur Khairul sebak. " sudahlah chik jangan kau kenangkan lagi perempuan tak guna

itu , biarkan dia di penjara itu " ujur Najmi yang tampak marah sekali., " iyalah abang chik tahu semua ini

salah abang chik , mak abah , abang chik minta ampun dan maaf , andailah abang chik dengar cakpa

mak ngan abah supaya tidak berkahwin dengan Zahnita , dan tidak memutuskan pertunangan dengan

Suhaili semua ini tak akan terjadikan , Maafkan abang chik mak abah " Ujur Khairul  sebak sambil

mencium kedua-dua tangan orang tuanya . " Sudahlah chik , mak dan abah sentiasa memaafkan kamu ,

betul kata abang long kamu itu , jangan dikenangkan lagi peristiwa yang telah berlaku" Ujur Pak Yasin

sambil menempuk perlahan bahu Khairul . " Sudahlah Chik , kamu pergi ambil air sembahyang , pergi

sembahyang Asar  dan lepas itu mengaji al-Quran , semoga selepas itu kamu akan rasa hati yang tenang ,

berdoalah kepadanya memohon pentunjuk dariNYA " Ujur Pak Yasin lagi , "baiklah abah " ujur Khairul

ringkas , dan terus berlalu pergi dari situ .


(bersambung....)