22 December 2014

Bawa dia jumpa Family Aku

Assalamulaikum

Hari khamis  2 minggu lpas , aku bawa pakwe aku jumpa dengan family aku just jumpa dengan

ibu dan papa je , dengan abang2 aku belum aku bawa jumpa , hehehe aku ingtkan

awalnya family aku mesti tak suka dengan pakwe aku , tapi sangkaan aku meleset

rupa2nya family aku ok je dengan pakwe aku , al-maklumlah aku nie mmg tak pernah

bawa kawan  terutamanya lelaki datang rumah itu yang sedikit  aku cuak nak bawa dia

jumpa  family aku ..



12 December 2014

sunyi dan stress

Asslamulaikum

Tak Tahu kenapa secara tiba2 aku terasa sunyi dan stress, aku pun tak tahu sebab apa
aku stress .. tapi yang sebenarnya serius aku rasa macam fed up utk keja kat sini lagi , kadang terasa kawan seolah-olah perli aku ( mungkin aku cuma perasaan je kot) tapi tak tahu lah jika kata hati
aku ini betul .  aku sebenarnya dah malas nak tukar keja ( sbb sijil aku yg ori dh hilang). sebenarnya
keja kat sini ok je tapi mungkin aku je kot rasa stress

oklah sampai sini cerita aku . aku dah stress dgn hp aku ttba buat hal plak

huhuhu

05 December 2014

Sakit kepala ? Tanda-tanda sakit Barah Otak

Assalamulaikum

Aku nie sejak akhir 2  kerap sangat mengalami sakit kepala ataupun lebih dikenali sebagai
Migrin . Sakit kepala aku nie kadang boleh memakan masa dalam 3 or 4 hari ada juga setiap hari aku rasa sakitnya kepala , kadang aku risau gak bila terlalu kerap sakit kepala nie boleh di sebabkan
menjadi satu penyakit yang amat serius . So bila duduk saje dekat opis nie aku pun google adakah
tanda sakit kepala aku nie? boleh di sebabkan menjadi penyakit barah otak . so aku kongsi sikit lah
apa yang aku copy kat google 2


Ketumbuhan Otak

Definisi
Ketumbuhan Otak adalah ketumbuhan pepejal yang paling kerap berlaku dikalangan kanak-kanak. Penyakit ini tidak mengira usia kanak-kanak tersebut. Pada masa ini, lebih daripada separuh kanak-kanak yang telah disahkan menghidap ketumbuhan di otak boleh sembuh daripada penyakit ini. Walau bagaimanapun rawatan ketumbuhan  otak adalah sangat rumit disebabkan oleh lokasi ketumbuhan tersebut. Akibatnya, ramai kanak-kanak yang dirawat untuk tumor otak mengalami masalah jangka panjang yang penting, seperti perubahan dalam fungsi intelek dan motor. Justeru, kanak-kanak ini memerlukan penilaian yang berterusan dan penjagaan yang khusus untuk membantu mereka  ke sekolah dan meneruskan  kehidupan harian dengan sebaik mungkin.
Anatomi otak
Sistem saraf (central nervous system) terdiri daripada otak dan saraf tunjang. Kedua-duanya mengawal ke semua fungsi-fungsi badan.


Antara otak dan tengkorak terdapat tiga lapisan membran yang dipanggil meninges. Lapisan ini meliputi otak dan saraf tunjang sepenuhnya. Terdapat cecair yang dipanggil cecair cerebrospina (CSF) di antara dua lapisan ini. Cecair ini  berfungsi sebagai pelapik kepada otak (cushioning  of the brain). Cecair ini juga terdapat pada rongga di dalam otak yang dipanggil 'ventricle'. Otak disambungkan kepada muka melalui 12 saraf kranial yang khusus, yang  mengawal pergerakan mata, muka dan lidah.
Otak, seperti setiap organ lain dalam badan terdiri daripada sel-sel. Terdapat kira-kira 40 bilion sel saraf yang dipanggil neuron di dalam otak. Sel-sel ini berkomunikasi antara satu sama lain dan dengan bahagian badan yang lain dengan menghantar mesej atau impuls saraf melalui sistem laluan saraf atau rangkaian (nerve pathway or network).
Bahagian-bahagian utama otak adalah seperti berikut: -
  • Cerebrum – Bahagian terbesar otak. Terdiri daripada dua bahagian atau hemisfera. Hemisfera kanan mengawal pergerakan sebelah kiri badan dan sebaliknya. Salah satu fungsi utama cerebrum ialah mengawal  fungsi-fungsi mental yang lebih tinggi seperti pemikiran, ingatan, pertuturan, pendengaran, dan penglihatan.
  • Cerebelum - Terletak di bahagian belakang otak dan dan mengawal keseimbangan dan koordinasi badan.
  • Brain stem- Mengawal fungsi asas yang penting untuk mengekalkan kehidupan termasuk pernafasan, denyutan jantung dan tekanan darah.
Sebab-sebab ketumbuhan otak
Punca tumor otak tidak diketahui. Kanak-kanak yang dilahirkan dengan sindrom genetik yang jarang berlaku (seperti neurofibromatosis, Von Hippel-Lindau , sindrom Li-Fraumeni) diketahui mempunyai risiko mendapat ketumbuhan sistem saraf. Kanak-kanak yang telah menerima rawatan radiasi di kepala sebagai sebahagian rawatan barah lain juga berisiko tinggi untuk mendapat ketumbuhan otak.
Klasifikasi ketumbuhan otak
Tumor otak utama boleh terbentuk daripada mana-mana jenis sel yang terdapat di dalam otak. Ketumbuhan ini mungkin  bukan kanser (benign) atau kanser (malignan).
Tumor otak yang paling utama adalah benign, yang bermakna mereka cenderung untuk kekal dalam bahagian otak di mana mereka bermula dan tidak merebak ke kawasan lain atau ke laman yang jauh. Pembasmian sepenuhnya tumor ini melalui pembedahan adalah mencukupi.
Ketumbuhan otak yang malignan boleh merebak dan menyerang kawasan-kawasan lain. Walaupun ketumbuhan ini dibuang melalui pembedahan, mungkin terdapat sel-sel yang tertinggal yang berkemungkinan besar untuk tumbuh semula dan  menyerang badan.
Pengelasan tumor otak kepada benign dan malignant kadang-kala boleh  mengelirukan. Ada kalanya, ketumbuhan yang benign boleh membawa maut sekiranya ia memberi tekanan kepada bahagian otak yang penting seperti brain stem. Ketumbuhan yang  tidak dapat dibuang akan terus membesar dan mengancam nyawa pesakit. Ini bermakna semua ketumbuhan pada sistem saraf  adalah berbahaya.
Gejala ketumbuhan otak
Gejala ketumbuhan berbeza, bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan.
Sesuatu ketumbuhan  boleh menyekat aliran cecair serebrospina dan menyebabkan pengumpulan cecair dalam ventrikel. Ini dipanggil hydrocephalus. Tekanan yang dibangkitkan di dalam otak akan menimbulkan gejala seperti:
  • Sakit kepala. (selalu sgt paling kerap waktu pg)
  • Loya dan muntah. ( ada kadang )
  • Resah gelisah (ada kot)
  • Mudah marah/gelisah. ( ya mmg aku cpt mrah)
  • Mengantuk. ( betul bila wktu tngh krja mmg cpt mgantuk)
  • Perubahan personaliti.(tak pasti)
  • Penurunan fungsi jantung dan pernafasan dan akhirnya koma jika tidak dirawat. (tak pasti)
  • Bagi bayi, tekanan yang meningkat ini boleh menyebabkan bahagian yang lembut di kepala bonjol dan saiz kepala menjadi besar.
Ketumbuhan yang berlaku dibahagian cerebellum boleh menyebabkan lemah dan ketidak seimbangan semasa berjalan. Gejala lain akan bergantung kepada bahagian otak yang terjejas oleh tumor. Ini termasuk:
  • Sawan.
  • Juling.
  • Kelumpuhan saraf/otot muka atau separuh badan.
  • Hilang ingatan jangka pendek.
  • Petuturan yang tidak jelas.
  • Gangguan fungsi usus atau pundi kencing, sakit belakang bagi ketumbuhan yang melibatkan saraf tunjang.
Lain-lain gejala boleh di dapati bergantung kepada lokasi ketumbuhan tersebut. Di antaranya:
  • sawan
  • juling, penglihatan yang kabur
  • saraf yang lumpuh di bahagian otot muka atau separuh badan
  • Hilang ingatan jangka pendek
  • Pertuturan kurang jelas
  • Gangguan fungsi usus dan pundi kencing, sakit belakang yang dialami adalah melibatkan saraf tunjang
Gejala ketumbuhan otak mungkin menyerupai masalah perubatan yang lain. Sentiasa rujuk kepada doktor anda sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.
Jenis ketumbuhan otak
Terdapat banyak jenis ketumbuhan otak. Hanya 2 jenis ketumbuhan otak yang sering menyerang kanak-kanak iaitu medulloblastoma dan glioma.
Rawatan
Rawatan ketumbuhan otak ini melibatkan pendekatan pelbagai disiplin. Modaliti rawatan terdiri daripada pembedahan, radioterapi dan kemoterapi, secara bersendirian atau kombinasi.
Dalam kebanyakan kes, pakar bedah otak akan mengeluarkan sebanyak ketumbuhan yang mungkin. Ini akan menyediakan tisu yang akan diperiksa oleh ahli patologi untuk menentukan jenis ketumbuhan yang sebenar.
Kadang-kala saluran getah atau tiub perlu dimasukkan untuk mengalirkan cecair serebrospina berlebihan daripada otak ke dalam lapisan rongga abdomen. Proses ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan intrakranial dan meredakan gejala.
Sekiranya ketumbuhan tidak boleh dikeluarkan kerana ia adalah di tapak yang berbahaya seperti brain stem, atau jika pembedahan tidak lengkap atau jika ada kemungkinan bahawa sesetengah sel kanser tertinggal,  maka radioterapi boleh diberikan selepas pembedahan.
Kemoterapi adalah penggunaan dadah anti kanser untuk memusnahkan sel kanser. Ia digunakan secara rutin untuk merawat medulloblastoma dan semakin digunakan untuk merawat lain-lain jenis ketumbuhan otak.
Apakah kesan jangka panjang terhadap kanak-kanak yang mengidap ketumbuhan otak?
Prognosis banyak bergantung kepada:
  • Jenis ketumbuhan.
  • Tahap penyakit.
  • Saiz dan lokasi tumor.
  • Kehadiran atau ketiadaan metastasis.
  • Respons tumor itu kepada rawatan.
  • Umur dan kesihatan keseluruhan kanak-kanak.
  • Toleransi kanak-kanak terhadap ubat-ubatan tertentu, prosedur atau terapi.
Seperti kanser-kanser lain,  prognosis dan masalah jangka masa panjang berbeza daripada individu ke individu. Tumpuan segera perubatan dan terapi yang agresif adalah penting untuk memastikan  prognosis yang terbaik.
Apakah jenis penjagaan susulan jangka panjang yang perlu dijangkakan?
Salah satu matlamat utama adalah untuk memaksimumkan fungsi setiap kanak-kanak. Ini boleh dicapai melalui pemantauan dan campur tangan  pelbagai disiplin, mengikut keperluan termasuk:
  • Fungsi Intelek.
  • Penilaian endokrin dan rawatan.
  • Penilaian neurologi.
  • Penjagaan psikososial.
  • Pendengaran, penglihatan.
  • Fungsi motor.
Kanak-kanak yang dirawat untuk ketumbuhan otak selalunya mengalami perubahan dalam fungsi intelek dan motor yang mempengaruhi pembelajaran mereka. Oleh itu, program yang boleh memenuhi keperluan khas mereka dan yang mampu menyediakan pelbagai perkhidmatan secara individu bagi membantu  kepulangan mereka  ke sekolah dan memaksimumkan potensi mereka adalah penting.

Waahualam aku pun tak pasti adakah ini tanda aku sedang mengalami penyakit serius ini , aku nie pulak jenis yang takut untuk berjumpa doktor so bila ada suggestion utk aku pergi jumpa doktor pakar aku cuba mengelat tapi andai semakin serius terpaksa juga aku g jumpa doktor pakar , sbb aku pernah buat ctsan tapi doktor biasa kata normal saje so mahu tak mahu kena jumpa doktor pakar otak . Tapi aku memohon pad yang Esa moga sakit kepala aku ini cuma sakit kepala biasa je  bukan yang serius .


oklah sampai sini sahja celoteh aku . moga kita dapat berjumpa di entry yang lain...

04 December 2014

hampir exciden

Asslamulaikum ...

sudah lama rasanya tak update dekat blog . al-maklumlah sudah nak hujung tahun nie

so buzy ckit lah .. ok ok aku nak cerita nie pasal entry aku kat atas 2

sebenarnya dah hmpir 2x aku nak exciden ,

mungkin sebab sekarang musim hujan dan jalan licin so semua yang duk bawa kenderaan

pakat kluar dari opis lwat so akan berlaku kesesakan jalan raya .

1st time ak hampir exciden masa hari jumaat lepas , time 2 waktu mlm aku blik lwat sbb jmpa

jumpa si dia kjap . masa 2  aku hampir nak kena langgar dengan lori treller , yalah  nak kluar

simpang tak ada bg signal , nasib baik lah aku sempat membuat break kecemasan . dan

yang kedua adalah semalam  punya ckit lagi nak exciden tapi ini aku benggang ckit . pagi

semalam jalan mmg jem giler lah dkt kwasn umh aku hingga ke opis aku , aku nie sbnarnya

bawa motor ,  so aku cuba menyelit jelah kalo ikutkan mmg lah lpas tapi tak tahu

ada satu keta nie , dah nmpk motor aku nak menyelit saje nak himpit aku , terpksa aku undur

motor ke belakang . 


03 December 2014

jom buat duit

<a href="http://rm20segera.com?r=maryam0506"><img src="http://rm20segera.com/banners/iklan3.gif" border=0></a>

19 November 2014

aku ...... terlebih teremo

Assalamulaikum

Semalam betol aku geram aku balik kerja tgok motor aku kena himpit dgn 2 buah motor  , aku
datang awal pagi punyalah cantik aku parking tapi bila nak balik motor jd sempit kena himpit
dengan motor lain  smpai aku nak kluarkan motor pun tak boleh nasib baiklah ada
abang jual nasi lemak kat parking motor 2 dialah yang tlong aku semalam lah , disebabkan
emo aku itulah sampai dengan si dia kena tempias aku semalam , dia call aku semalam pun
kena tengking dengan aku yelah mna taknya janji nak call kol 10 mlm tp kol 10.30 baru call
aku dahlah semalam mata betol ngtuk .

oklah sampai sini dulu entry saya , jumpa lagi

18 November 2014

aku ... berlagak sombong ?

Assalamulaikum

ok dalam entry ak nie . aku just nak luahkan perasaan ckit je , adakah aku nie nampak berlagak

or sombong  ??  kdang2 aku try buat bergurau dgn opismate aku tapi langsung tak ada apa

respone dr diorg , hurmm serius ak terasa gak . ke aku nie sukar utk diorg dekati  . serius

aku tak tahu apa pandangan diorg kpd aku sbnarnya

ok lah smpai sini dlu luahan hati aku , moga kita jumpa lagi di dlm entry yang terbaru

14 November 2014

Sikap Orang Melayu berniaga

Asslamulaikum ..


Dah lama aku nak tulis entry nie , tapi selalu terlupa nak tulis .. hihikk .. Maaflah
jika entry aku nie ada menyebabkan perniaga orang melayu terasa  tapi aku nak juga kongsi kat
blog aku  nie . Sebenarnya aku suka sangat perhatikan perniaga melayu nie , bukanlah aku nak mengutuk ke apa . Tapi cuba korang bandingkan orang kita (melayu) dengan orang cina berniaga
macam mana ..

1. Orang kita (melayu ) kalau berniaga , alahai muka itu tak langsung tak ada senyum ,macam
mana cutomer tak  lari , tapi bukan semua perniaga melayu yang tak reti nak senyum kan cuma segelinir je lah yang tak reti nak tersenyum , cuba kita tengok bangsa lain berniaga walaupun penat macam mna pun muka ada gak senyum.

 situasi 1 : macam pagi tadi aku g beli nasi lemak , alahai aku cuma cakap je aku tak nak timun
         terus muka yang layan aku bungkus nasi lemak itu berubah , apa salah ke aku cakap
         macam itu , pastu muka tak ada senyum , aku yang tersenyum nie ttba rasa  macam
        "bodoh" je senyum (senyum itu satu sedekah)

situasi 2: macam hari sabtu lepas aku dengan pakwe aku g tengok wayang kat Setia City Mall ,
          alahai bukan apa nak cakaplah , rasa sakit hati pulak bila tringat seorang minah nie ,
          bukan nak layan aku utk beli tiket wayang tapi malahan siap berborak dengan kawan2
         dia yang lain pulak , terasa macam tunggul pulak .


 2. Bila perniagaan sudah maju , mulalah busuk hati (inilah orang melayu) dan mulalah main
dengan bomoh untuk lingkup perniagaan seseorang itu , ataupun mula jatuh perniagaan seseorang
dengan membuat benda kotor , Cuba kita tengok orang cina berniaga , ada ke tak mereka
buat semua itu dekat bangsa dia kalau berniaga mereka support satu sama lain.


situasi1: minggu lepas masa aku g bungkus nasi berlauk dekat area opis aku , aku adalah
         terdengar kakak yang jual nasi berlauk nie berbual dengan mamat cendol  ,
        mereka bercakap ada orang mula main  dengan bomoh  ,siap hantar benda
        khurafat itu supaya perniagaan seseorang itu lingkup . Masya Allah inikah
       sikap orang melayu kita , sanggup menikam saudara sesama islam demi untuk
      mendapat keuntungan yang lebih .


Maaflah jika entry aku nie ada yang tak puas hati , sebagai customer aku layak untuk
memberikan pandangan aku , kepada yang berniaga itu , ingatlah kita harus berniaga
secara iklhas dan jujur  , biarpun terasa penat ingtlah kena sentiasa tersenyum barulah
customer sentiasa gembira dan akan sentiasa datang . Janganlah kita berdengki dengan
perniagaan orang lain , kita sebagai bangsa melayu harus support antara satu sama lain .



Oklah sampai di sini sahaja celoteh saya , Sekali lagi maaf saya pinta jika entry
saya ini ada yang tersinggung ..


13 November 2014

Jom Buat Duit

Asslamulaikum