09 February 2013

Dia Jodohku (Bab 10)

Setelah hampir 2 bulan Hannah berada dalam keadaan koma , hari ini dia mula menunjukkan perkembangan

positif  dalam  dirinya . Suhaila dan Athirah sentiasa datang melawat Hannah di hospital , anak-anak

Hannah pula di jaga oleh Faridah dan Azmin, kehidupan mereka tiga beradik kini nampak ceria sangat.

Sejak Faridah disahkan oleh doktor yang dia tidak boleh mengandung lagi akibat penyakit kanser

pangkal rahim , rumah tangga mereka menjadi sunyi , namun Azmin tidak menyalahkan  Faridah

diatas penyakit yang dialami olehnya , kerana Azmin tahu itu semua kuasa dari Allah S.W.T , dia

tidak mampu melawan takdir itu . Pernah satu hari itu , Faridah meminta Azmin menceraikan dirinya

kerana tidak mampu memberikan zuriat kepada Azmin .  " abang alangkah indahnya  kalau kita

mempunyai anak sendirikan " ujur Faridah sambil menyuap makanan ke mulut Danisha ,

" Sayang tolong jangan cakpa macam itu , kita anggaplah anak-anak Izz dan Hannah pinjaman

yang terindah dalam hidup kita." ujur Azmin ringkas , Faridah hanya mengangguk kepalanya sahaja

sejak kehadiran  Darwish , Dahlia dan Danisha rumah mereka menjadi riuh rendah sekali.

Faridah sangat bersyukur mendapat suami yang penyanyang dan baik hati seperti Azmin ,

dan juga keluarga mertua yang amat menyanyangi dirinya , Mak Minah tidak pernah

memilih kekasih menantu diantara dirinya dan Hannah .

Bunyi telephon mematikan lamunan Faridah  , Darwish mengangkat telephon yang

berbunyi itu tanpa di suruh " Hello sapa sana " ujur Darwish  , " hello  , mak long ada tak ?"

ini Mak Uda " ujur Suhaila .  Darwish menjerit memanggil nama Mak longnya ,

" Mak Long , Mak Uda nak cakpa " ujur Darwish dari tempat telephon itu , mendengar

Suhaila yang menelphon itu , Faridah segera bangun dan mencapai telephon yang berada

di tangan Darwish . " Assalamulaikum " ujur Faridah  , " Walaikumusalam Kak Ida ,

Sue nak bagitahu nie yang Kak Hannah dah mula sedar nie" ujur Suhaila tenang,

" syukur allahmadulilah , nanti kak Ida bagitahu dekat along ye dik " ujur Faridah sebak .

Dalam hati Faridah mengucapkan rasa syukur kehadrat ilahi , kini adik iparnya mula  sedar setelah

berbulan-bulan koma , Faridah tidak sabar menunggu Azmin pulang dari kerja , dari tadi

Darwish  melihat Mak longnya gembira semacam sahaja , walaupun usianya baru sahaja

8 tahun , namun pemikirannya seperti orang dewasa , " Mak long , kenapa Mak long

nampak sedih nie " ujur Darwish , " Mak long tak sedih sayang , tapi Mak long sangat gembira

hari ini " ujur Faridah , " Kalau Mak Long tak sedih kenapa Mak Long Menangis" Ujur

Darwish yang nampak kebinggungan itu , dalam diam Faridah tersenyum sendirian , dia sangat

bersyukur mempunyai anak sedara yang sebijak Darwish  , Darwish pelik melihat Mak longnya,

sekejap gembira  sekejap sedih .  Deruman bunyi kereta Azmin mematikan lamunan Faridah ,

si kecil Danisha terlompat bila melihat Pak long pulang dari kerja , Azmin segera mendukung Danisha apabila

melihat Danisha tersenyum ke arahnya , Faridah menunju ke dapur menyediakan minuman untuk

suami yang tersayang , dia tidak sabar memberitahu perkara yang mengembirakan ini ,

" abang minum air bang , " ujur  Faridah

" terima kasih sayang " ujur Azmin yang mencium pipi Faridah

" abang , Ida ada berita gembira hendak bagitahu abang ini "

" berita apa sayang " ujur Azmin yang nampak kehairanan itu

" tentang Hannah abang" ujur Faridah

"Kenapa dengan Hannah sayang " tutur Azmin lagi

" Hannah sudah mula sedarkan  diri abang , tadi Sue ada telephon " Ujur Faridah .

Dari tadi Darwish mendengar perbualan antara Pak Long dan Mak Longnya tentang

mamanya  ,namun Darwish tidak mahu masuk campur urusan orang tua , Parut di badanya

belum hilang lagi , kenangan yang dia di pukul oleh papanya masih segar di ingatannya ,

dan disebabkan papanya juga mamanya koma selama dua bulan , biarpun usia dia 8 tahun  namun

dia tahu mamanya sering di dera oleh papanya .

"Darwish kenapa nie " Ujur Azmin yang nampak air mata Darwish menitis

" Darwish rindu mama " ujur Darwish , Dahlia yang juga ada di situ jugak merindui mamanya

" Dahlia pun rindu mama , Pak Long  dan Mak long" Ujur Dahlia dengan tangisan  .

Faridah dan Azmin memandang sama sendiri , dia tahu anak sedaranya amat merindui

mamanya , tapi Azmin kenapa mereka tidak merindu papa mereka . Apakah mereka membenci

papa mereka , masih segar di ingatan Azmin bila Darwish memberitahu dia yang dia membenci

papa mereka kerana mendera mama mereka . Azmin tidak tahu bagaimana hendak memujuk

anak sedaranya supaya tidak membenci papa mereka . Faridah melihat suami termenung jauh

lalu menyapa suamimnya itu ,

" abang jauh termenung " ujur Faridah lembut,

" abang bukan termenung sayang , tapi abang sedang berfikir " ujur Azmin

" abang fikir pasal apa " ujur Faridah kembali

" abang berfikir pasal keluarga abang sayang , satu persatu masalah yang datang  . Abang tak tahu

macam mana Mak dan Abah hendak hadapi masalah ini " ujur Azmin sebak.

Faridah sebak  mendengar luahkan hati suaminya , memang benar kata suaminya , 2 bulan

lepas banyak perkara yang berlaku dalam keluarga suaminya , bermula tali pertunangan

Suhaila dan Khairul putus di tengah jalan akibat perkahwinan Khairul dengan Zahnita

Di Pattani Thailand , tidak sampai tiga hari selepas itu mereka mendapat berita  bahawa

adik iparnya yang bernama Iskandar mendera isterinya hingga koma . Darwish dari tadi

melihat pak long dan mak long asyik termenung sahaja .

" mak long , pak long . Bila boleh kita pergi melawat mama , kami rindukan mama"

Pertanyaan Darwish itu mematikan lamunan Faridah dan Azmin .

" Nanti selepas maghrib kita pergi melawat mama ye " Ujur Faridah dan Azmin serentak.

" Ok , Darwish nak naik mandi dulu , kejap lagi sudah nak maghrib" tutur Darwish kembali.

Faridah dan Azmin hanya mengangguk kepala sahaja , mereka pun segera berlalu

pergi dari ruang tamu ke ruang solat untuk memunaikan solat maghrib bersama-sama .

Azmin tidak lupa pada tanggungjawab dirinya pada yang Maha Esa, dia tidak pernah lupa

mengajar dua orang anak sedaranya untuk bersolat dan memohon pertunjuk dari

Allah agar Mama mereka cepat sedar , sejak tadi Faridah melihat suaminya  banyak

termenenung , entah apa lagi yang di fikirkan oleh suaminya itu . Melihat semua sudah

berada di ruang solat itu , Azmin segera menyegerkan solat fardu itu , kerana dia telah

berjanji pada anak-anak saudaranya untuk pergi melawat mama mereka ,  Azmin tahu mereka

semua merindui mama mereka .


Sejak dari semalam lagi Khairul duduk di kampung , berita perceraian dia dengan bekas

isterinya Zahnita telah di ketahuai oleh sedara maranya  , namun mereka semua tidak  langsung

bersimpati , kerana mereka memang tidak suka akan pada Zahnita iu .

" Khai , jangan teringat pada kisah yang lama" Ujur Nuri Fadzliyana

" Khai rasa berdosa pada mak dan ayah kak Nuri , Kami berkahwin tanpa restu keluarga

dan kini Akak lihat apa yang telah terjadi" Tutur Khairul sebak ,

" Khai , Akak cakap sikit . Janganlah kerana perempuan itu  , Khai sanggup menintiskan

air mata , biarkan dia di dalam penjara itu , sebenarnya Akak kenal sangat dengan

Zahnita itu  dan siapa dia sebenarnya " Ujur Nuri Fadzliyana geram . Dari tadi Najmi dan Ratnah

yang mendengar perbualan antara Kahirul dan Nuri Fadzliyana.

" apa maksud sayang " Ujur Najmi secara tiba-tiba.

Mahu tidak mahu Nuri Fadzliyana terpaksa bercerita tentang perkara yang sejujurnya

kepada suaminya dan jugak adik iparnya  itu , dia tidak sanggup lagi menyimpan rahsia

ini terlalu lama , namun dia bimbang apakah suaminya dan adik iparnya dapat terima kenyataan ini.



" Kenapa Nuri sanggup tipu abang dan keluarga abang tentang zahnita  " Tengking Najmi

" Maafkan Nuri abang , khai . Nuri tiada niat untuk mendiamkan diri , Nuri sendiri

malu mempunyai sepupu yang macam itu . Pak Anjang dan Mak Anjang pun

tidak mengaku si Zahnita itu anak mereka " ujur Nuri Fadzliyana sebak.

Dari tadi Khai yang hanya menjadi pendegar , mula terasa dirinya di perbodohkan

oleh wanita yang bernama Zahnita itu , pergaduhan antara Najmi dan Nuri makin berlajutan,

airmata Nuri dari tadi menintis tanpa henti , tengkingan Najmi memang benar-benar

melukakan hatinya. Ratnah yang berada di situ jugak terasa dengan sikap abang longnya yang

sanggup menengking isterinya macam itu sekali , dia yang ingin masuk campur urusan  abang long

dan kakak iparnya pun tidak menjadi . Perdebatan antara Nuri dan Najmi makin hebat  ,

masing tidak mahu mengalah  , akibat rasa tercabar dengan kata-kata isterinya tangan Najmi

singgah ke muka Nuri, terduduk Nuri apabila menerima tamparan dari Najmi .  Semua

yang berada di situ melihat Najmi menampar Nuri . Mak Iti dan Pak Yassin  pun tidak menyangka

Najmi sanggup menampar Nuri , biarpun Nuri yang bersalah  seharusnya Najmi bijak

menangi masalahnya bukan berkerasan dengan isterinya

" Along , apa yang along sudah buat ini " jerit Mak Iti

" Biarkan dia rasa penampar along mak , bini  tak sedar diri " ujur Najmi sambil jarinya menunding

ke arah Nuri .  Tangisan Nuri lagi membangkitkan kemarahan Najmi , sungguh Nuri tidak

sangka niatnya untuk berterus terang pada keluarga suaminya , akhirnya mendapat  hadiah

yang paling perit dalam hidupnya .

" abang , kalau abang sudah tak sayangkan Nuri lepaskan Nuri abang " ujur Nuri tiba-tiba

" apa kau nak aku lepaskan , baik dengan ini aku " . belum sempat untuk Najmi melafaskan

ayat  itu , Pak Yassin yang pada mulanya berdiam diri akhirnya bersuara

" Along , jangan engkau ucapkan  perkataan itu . jaga percakpan kamu itu "

" Arghh dia yang mintak untuk along lepaskan dia kan " ujur Najmi benggang.

" Along , seorang suami yang baik , dia harus bijak menangi masalah yang di hadapi ,

bukan dengan ucapan itu , Nuri sebagai seorang isteri pun , seharusnya  tidak meminta perpisahan

dari seorang suami , jika ada masalah berbincanglah bersama-sama  . Along walaupun kuasa talak

berada di tangan lelaki , tapi kamu harus bijak mengunakan kuasa itu , jangan pulak nanti

yang dikejar tak dapat , yang dikendong berciciran " Ujur Pak Yassin panjang lebar .

Nuri dan Najmi hanya mendiamkan diri sahaja apabila mendengar bebelan Pak Yassin . Najmi

sungguh arif sikap abahnya itu , biarpun abahnya tidak banyak bercakpa dan bersuara seperti

emaknya , namun apabila abahnya mula bersuara  , ayat di ucapkan sungguh pedih untuk

di dengari .

" Along , Nuri . Betul kata abah kamu itu , setiap masalah yang berlaku boleh  selesai jika kamu

berdua bijak menangi masalah itu , along  biarpun Nuri yang bersalah kamu tidak harus

mengunakan kekerasan terhadap dirinya ." Ujur Mak Iti

" Nuri maafkan abang sayang " Ujur Najmi

" Abang tak salah tapi Nuri yang salah , salah sebab mencabar kemarahan abang .

Maafkan Nuri abang  " Ujur Nuri Fadzliyana sambil mencium tangan suaminya itu

" Syukur Allahmadulliah " Ujur Pak Yassin , Mak Iti dan Ratnah serentak .

" Along lepas nie jaga lah kemarahan along itu , adik tak suka lah tengok along dan

Kakak Nuri bergaduh " ujur Ratnah

" Baiklah adik , along janji , yang along akan cuba buang panas baran along ini " kata Najmi pulak.

Khairul yang dari tadi hanya menjadi pemerhati sahaja , dia tahu semua ini berlaku  di sebabkan

dirinya , hendak dia sesalkan tiada guna lagi , seperti kata pepatah melayu yang sering di dengarnya

" Nasi sudah menjadi bubur".  Pak Yassin tahu yang Khairul akan menyalahkan dirinya

andai tadi dia tidak menghalangan ucapan yang hendak di lafazkan oleh Najmi kepada Nuri itu .

Walauapun Pak Yassin dan Mak Iti bersyukur sangat kerana akhirnya Khairul sedar siapakah

sebenarnya bekas isterinya itu , sebagai seorang ibu  dia tidak mahu Khairul mengulangi

kesilapan lalu lagi . Biarlah yang lepas berlalu pergi  , dia mahu melupakan kisah pahit

dalam hidupnya , namun tujuannya kini adalah satu  ialah memburu kembali cinta

daripada Suhaila , dan apakah Suhaila mahu menerima dirinya kembali .




( bersambung .....)