27 May 2012

Dia Jodohku ( bab7)

Khairul memikirkan kata-kata sahabat baiknya itu , apakah benar isterinya berlaku curang kepadanya ,

sebenarnya  dia sendiri curiga dengan tingkah laku Zahnita sejak akhir-akhir ini , isterinya sering kali

pulang lewat , bila di tanya ada sahaja alasan yang diberikan .  Namun alasan yang diberikan oleh

Zahnita kadang-kadang membuatkan Khairul menjadi benggang , dia merasakan bahawa Zahnita telah

berlaku curang di belakangnya .


 Zahnita merasakan dirinya begitu hebat sekali , setiap ucapannya di percayai oleh suaminya

Khairul , dia merasakan Khairul itu seorang lelaki yang mudah di pergunakan , seperti mana dia

memerkap Khairul  supaya berkahwin dengannya , dengan menyatakan dirinya mengandung 

anak Khairul , sedangkan anak yang di kandungnya adalah anak teman lelakinya iatu

Harun , dia telah berpakat dengan Harun untuk mempermainkan  Khairul , dan membolot

harta Khairul . Khairul merupakan seorang Eksekutif sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia

namun senang di perdaya oleh wanita yang tamakkan harta seperti Zahnita .


Khairul telah surat arahan untuk pergi berkursus di negeri bawah bayu iaitu Sabah selama

2 minggu , namun khairul merasa berat hati untuk meninggalkan isterinya Zahnita, namun setelah

berfikir panjang dia ingin melihat apakah benar kata sahabat baiknya Fakhrul bahawa

isterinya berlaku curang di belakangnya , dan penuh semangatnya Khairul memandu

kereta untuk pulang ke rumah .Dalam fikirannya sekarang adalah perangkap yang akan

dipasang olehnya untuk isterinya , dari jauh dia melihat bahawa kereta Zahnita sudah

ada diperkarangan rumah ,dia tahu bahawa Zahnita sudah ada dirumah , dengan rasa

berat hati dia melangkah masuk ke rumah .

" Assalamulaikum sayang "  ujur Khairul

"Walaikumusalam , awal abang balik ?" ujur  Zahnita yang agak sedikit terkejut melihat  Khairul

pulang awal ke rumah .

"mmm.. Malam nie abang kena flight ke sabah ada kursus dekat sana " ujur Khairul tenang

" abang nak pergi sabah malam nie , tiket kapal terbang dah ada ke? , berapa lama abang ke sana"

bertubi -tubi soalan yang keluar dari mulut Zahnita.

" abang pergi seminggu lebih , tiket flight setieusaha syarikat abang sudah belikan ." balas Khairul ringkas.

Namun dalam hati Zahnita dia merasakan amat gembira sekali kerana selama seminggu lebih dia

bebas melakukan aktiviti sosial tanpa halangan dari suaminya .

Namun sebenarnya Khairul hanya berkurusus selama 2 hari sahaja , namun dia sengaja

membohongi isterinya melihat apakah selama ini isterinya telah berlaku curang .

" sayang , abang pergi dulu " ujur Khairul,

" abang hendak saya hantar abang ke airport tak ?" tanya Zahnita,

" tak apalah sayang abang  pergi dengan pemandu kereta syarikat , ini kunci kereta abang,

kalau sayang nak guna , pakai jelah " ujur Khairul yang melangkah pergi . Zahnita hanya mengangguk

kepalanya tanda faham . Kini dia bebas melalakukan apa -apa sahaja buat masa satu minggu ini,  tiada

siapa yang dapat menghalang aktiviti terkutuknya ini.

(bersambung)

No comments: