10 September 2014

Dia Jodohku (Bab 17)

 Zakri melangkah kaki ke arah biliknya , di dalam berfikir sama ada mahu mengambil tindakan

tatertib kepada 3 orang stafnya ataupun membiarkan sahaja , tapi dia berfikir tentang maruah

Suhaili dia takut staf yang lain akan memandang serong terhadap Suhaili , ketika itu Fahmi baru

sahaja melangkah keluar dari biliknya ingin menuju ke bilik Zakri ,

 namun dia melihat Zakri berjalan sambil bertemenung .

"Zakri " panggil Fahmi

"Oit Bro ada apa " sahut Zakri

"kau apa hal jalan menonong itu ?" soal Fahmi kembali

" jom ke bilik aku , aku nak tanya pendapat kau sedikit " ujur Zakri

"baik bro , aku memang nak ke bilik kau  , sudah lama tak berborak dengan sepupu

aku yang kacak lagi hensem ini " gurau Fahmi

"Kau nie Fahmi ada -ada sahaja lah " kata Zakri kembali .

Mereka berjalan ke arah bilik Zakri yang tidak jauh dari bilik Farah ,Athirah dan Suhaili

yang sibuk membuat kerja langsung tidak memandang ke arah mereka berdua , walaupun

Fahmi membuat bunyi burung bersiul namun langsung tidak di endahkan oleh Athirah dan Suhaili,

Zakri hanya menggelang kepalanya sahaja , walaupun sudah menjadi tunangan orang tapi sikap

happy go lucky Fahmi tidak pernah berubah , Fahmi hanya tersenyum sipi melihat

sepupunya yang juga merangkap sahabat baiknya tersenyum ke arahnya .

"Eleen , tolong batalkan semua temu janji saya , dan jika ada hubungi saya tolong kata dekat

mereka saya buzzy dan tidak mahu di gangu " ujur Zakri

"Tapi En Zakri " kata Eleen

"tiada tapi -tapi , saya tidak mahu ada orang gangu " ujur Zakri tegas

"baik bos " ujur Eleen .

Fahmi mengekori Zakri masuk ke dalam bilik dia , dia melihat Zakri seolah-olah sedang

dalam kusut. Dia tidak pernah melihat Zakri memarahi setiausahanya sebelum ini

"Zakri , kau kenapa macam bad mood je " tegur Fahmi

"aku kusut lah Fahmi " kata Zakri lagi

" apa yang kusut sangat itu bro, cuba cerita dekat aku mana tahu aku boleh tolong

kau untuk selesaikan masalah " pelawa Fahmi

"itu sebablah aku ajak kau datang bilik aku ,ada benda nak bincang dengan kau .

Lagipun kau kan penasihat aku yang tak bertauliah " ujur Zakri sambil ketawa

"kuang asam kau Zakri , kata kau penasihat kau yang tak bertauliah" kata Fahmi ,

" kau nak berbincang apa dengan aku ?" soal Fahmi lagi

"hahaha jangan marah bro , aku gurau jelah . Ini pasal Suhaili " ujur Zakri lemah

"Kenapa dengan Suhaili ?" soal Fahmi kembali

" aku sudah berbaik dengan dia , tapi " , namun belum sempat dia mengabiskan ayat dia Fahmi

terlebih dahulu menyampuk " tapi apa bro ,cer cerita dekat aku " kata Fahmi

"Suhaili cakpa dia tak nak berkerjasama dengan En Khairul yang wakil dari syarikat

Indah Permata untuk projet kita di Ulu Langat itu , aku fikir hendak gantikan dia dengan Hakim

staf yang baru bahagian Pemasaran , kau rasa ok ke tidak " ujur Zakri dengan panjang lebar

" Ohh si Hakim anak sedara kepada En Akmal itu ke maksud kau bro ?" soal Fahmi lagi

"Yup dia orangnya , kau rasa ok ke tidak dia " kata Zakri lagi .

"Bagus juga kau bagi dia pengalaman baru , atleast dia boleh belajar benda baru " kata Fahmi pulak

" ok sudah selesai satu masalah , tapi sekarang ada satu masalah lagi " ujur Zakri lemah

"masalah apa lagi bro , cuba bak mai kat cek , manalah taw cek boleh tolong hampe untuk

selesai masalah itu " ujur Fahmi dengan pelat Perlis yang di buatnya

"aku jumpa kakngah tadi " ujur Zakri

"So apa masalahnya dengan kak ngah ?" soal Fahmi hairan

"Kak Ngah tanya tentang status Suhaili yang sebenar " ujur Fahmi lagi

"apa maksud kau bro ? " soal Fahmi yang tampak hairan .

Zakri mencerita segala-galanya yang dia dengar dari mulut Farah , Fahmi yang dari tadi asyik

mengganguk dan mengeleng kepalanya dia sahaja , baru kini dia faham kenapa Zakri seolah-olah

sedang bermudi setelah keluar dari bilik Farah .

" So bro apa tindakan kau pada diorang bertiga?" soal Fahmi

"aku ingat hendak mengambil tindakan lisan , apa pendapat kau tentang perkara ini , sebab

ini sudah menjatuhkan maruah Sue , aku takut apa pulak staf yang lain akan bercakpa belakang

tentang keburukan Sue " Kata Zakri dengan panjang lebar

"aku setuju bro kau ambil tindakan disiplin terhadap mereka bertiga terutama setiausaha

kau Eleen itu , berpakaian seolah-olah tak pakai baju sahaja " ujur Fahmi

"ok bro ,sekarang jugak aku ambil tindakan " ujur Zakri .

Setelah mendengar candangan dari Fahmi , Zakri segera bertindak dia tidak mahu keadaan menjadi

lebih keruh sebelum dia mengambil tindakan , lantas dia menyuruh Fahmi menjadi saksi untuk kes

yang ini . Fahmi hanya mengganguk kepalanya sahaja

"Eleen " interkom Zakri

"ya En Zakri " jawab Eleen ,

"tolong panggil Laila dan Kak Umairah suruh mereka masuk ke bilik saya sekarang!" tegas Zakri

"baik bos " ujur Eleen yang nampak hairan secara tiba-tiba sahaja bosnya ingin berjumpa

dengan Laila dan juga kak Umairah , tanpa berlengah masa dia segera interkom Laila dan Kak

Umairah , sebelum Zakri menginterkom dia buat kali kedua.

"Laila bos hendak jumpa " interkom Eleen

"kenapa Eleen ?"soal Laila

"Entah aku tak tahu " ujur Eleen kembali ,

setelah Laila meletak interkom dia segera interkom Kak Umairah

"Kak Umairah , bos hendak jumpa sekarang " ujur Eleen

"ada apa En Zakri hendak jumpa akak Eleen ?" soal Umairah hairan

"Eleen pun tak tahu kak , En Zakri tengah moody selepas berjumpa Cik Farah di dalam biliknya".

Tertelan air liur Umairah , setelah Eleen memberitahu En Zakri moody setelah berjumpa

dengan Cik Farah , Umairah sudah menganggak ini pasti ada kena mengena dengan gossip

yang dia sebarkan tengahhari tadi , tanpa berlengah dia segera menuju ke tempat Eleen , dia

juga melihat Laila juga berada disitu .

"Laila buat apa dekat sini ?" soal Umairah

"Eleen cakpa En Zakri hendak jumpa , kak Umairah pun sama juga ke ?"soal Laila

"yup betul " kata Umairah

Akhirnya mereka bertiga masuk ke bilik En Zakri

"kamu sekali Eleen," ujur Zakri yang melihat Eleen hendak melangkah pergi.

Mahu tidak terpaksa  jugak Eleen melangkah masuk ke dalam bilik bosnya , namun dia

 tertanya mengapa muka bosnya itu seperti kelat sahaja .

" kamu bertiga tahu kenapa saya panggil kamu masuk bilik saya?" Zakri tegas

"maaf En Zakri saya tidak tahu " jawab Laila jujur .

"saya hendak tanya kamu bertiga , apakah perasaan kamu apabila ada orang lain

bercakpa belakang tentang diri kamu ?" soal Zakri

Masing-masing hanya terdiam membisu , tiada seorang pun berani untuk bersuara , melihat

keadaan itu lantas Fahmi bersuara

" ha ! kenapa semua diam membisu ini , kak Umairah yang mulut murai ini pun diam gak , dan

kamu Eleen dan Laila sudah jadi bisu ke apa ini , sampai soalan bos kamu En Zakri

tidak boleh di jawab " bidas Fahmi .

"En Fahmi , saya tak bisu pun " jawab Eleen

" ohh ada suara , ingatkan bisu tadi " ujur Fahmi sambil gelak,

Eleen mengentip bibirnya menahan marah akibat di perli oleh Fahmi , lantas dia menjawab

soalan yang telah diutarkan oleh bosnya.

"En Zakri dan En Fahmi , saya rasa apa yang Kak Umairah sampai pada staf lain pasal Suhaili

itu adalah benar belaka . Bukankah dia perempuan gatal sudah ada tunang tapi sanggup

putus pertunangan sebab hendak rapat En Zakri " ujur Eleen  bermegah

"waah kamu Eleen ikut sedap sahaja mulut kamu cakpa , adakah kamu rasa tekaan kamu itu

adalah betul ?" soal Fahmi . Kini hanya Fahmi dan Eleen sahaja yang bersuara ,

yang lain diam  menikus sahaja , dan Zakri pulak hanya mendengar sahaja

kerana semua itu dia telah serahkan kepada sepupunya Fahmi untuk menyoal .

" saya rasa betullah En Fahmi , semalam masa meeting dengan supplier dari Indah Permata ,

saya tengok En Khairul asyik memandang wajah Suhaili sahaja ,so apakah itu tidak boleh

di jadikan bukti yang dia itu perempuan gatal" jawab Eleen dengan senyum kecil.

" oh kamu ingat hanya dengan cara pandangan dia sahaja sudah tahu ke ? " soal Fahmi

" ya saya pasti " jawab Eleen dengan angkuh.

Dan ketika itu Suhaili  yang berada di luar bilik Zakri terkejut mendengar

kata-kata orang di dalam bilik itu , airmatanya menintis tanpa sedar lantas dia segara

berlalu pergi ke tempat duduknya , hatinya bagai disiat-siat oleh percakpaan

Eleen ketika dia menuju ke bilik Zakri , dari tadi Athirah memerhatikan sikap

sahabat baik yang secara tiba-tiba moody tak tentu pasal .

" Sue !" panggil Athirah 

" Ya " jawab Suhaili sepatah

" Eh kau ok tak , bukan tadi kau cakpa nak jumpa  En Zakri ke ? soal Athirah

" aku ok je , En Zakri tengah buzzy " kata Suhaili  seolah-olah seperti mengelak sahaja.

Athirah sudah tahu tentang gosip yang tersebar luas mengenai diri Suhaili oleh kak Umairah ,

namun Athirah merahsiakan dulu kerana takut Suhaili akan bersedih  , dia mendengar gosip

ini oleh Kak Azrina  bahagian Hr Department  . Namun dia  tahu siapa Suhaili sebenarnya

mereka bukan berkawan setahun dua  namun persahabatan mereka terjalin sewaktu

mereka berada di MRSM sewaktu tingkatan 3 lagi .

Di dalam Bilik Zakri , keadaan masih lagi tegang , Eleen masih lagi dengan prinsipnya

yang Suhaili perempuan yang gatal dan miang  , manakalanya Laila dan Kak Umairah

masih lagi menikus  tidak berani lagi untuk bersuara. Selama ini mereka tidak pernah

melihat En Fahmi begitu bertenggang urat sebegini rupa , kecut jugak mereka melihat

En Fahmi marah seperti ini selama ini apa yang mereka tahu En Fahmi seorang yang

happy and good Luicky orangnya . Dari tadi Zakri hanya dia memerhatikan sahaja 

namun akhirnya dia bersuara 

" Eleen , saya bagi kamu dua pilihan " kata Zakri , 

pilihan pertama kamu pergi minta maaf kepada  Suhaili dan pilihan kedua , 

kamu saya tukar ke department lain " ujur Zakri tegas

" kenapa saya perlu minta maaf  dengan Suhaili " jawab Eleen dengan angkuh

" kalau itu jawapan kamu , saya akan hantar kamu ke department cleaning   dan kamu

akan berkerja di bawah penyelian Puan  Suriati  " kata Zakri tegas lagi

Muka Eleen begitu merah sekali ,hatinya begitu membuak-buak kemarahannya

entah kenapa dia ditukar ke department itu , sesungguhnya dia berasa kecut perut

apabila di suruh bekerja di bawah penyelian Puan Suriati yang amat kenal dengan

ketegasan dan cerewatnya ,  " En Zakri tiada hak untuk menukar saya ke department lain

tanpa persetujuan Dato Hafiz dan daddy saya  Dato Mukhriz " ujur Eleen yang

menggunakan kedua-dua orang kuat ini .

" Puteri Nur Eleena  binti Dato Mukhriz , sebenarnya Dato Mukhriz juga telah

besetuju untuk kamu di pindah ke department lain " kata Zakri sinis 

"What !! tak mungkin daddy saya bersetuju " Kata Eleen geram

" Saya dah bersms dengan Dato Mukhriz dia sendiri bersetuju untuk kamu

dipindahkan ke department tersebut " ujur Zakri sambil menujukan bukti sms antara

dia dengan Dato Mukhriz

Eleen hanya mengetip bibirnya sahaja , sungguh dia tidak sangka daddy sanggup

berkrompoi dengan En Zakri untuk mengenakan dirinya . Akhirnya dia terpaksa

akur untuk pindah department cleaning daripada dia harus meminta maaf  Suhaili dia 

jugak berharap  Laila akan mengikut jejaknya  kerana dia tidak mahu berkerja sendirian,

namun dia hampa Laila dan Kak Umairah bersetuju untuk memohon maaf kepada Suhaili .

Sudahlah dia benggang dengan daddynya yang sanggup bersetuju dirinya bertukar department

yang bagi dirinya jijik  , sejak kecil lagi dia tidak pernah melakukan semua kerja rumah

kerana rumahnya mempunyai 2 orang amah indonesia  yang di arah bekerja  untuk rumahnya , 

kini hatinya bertambah sakit sahabat baik Laila sanggup memohon maaf kepada Suhaili.

"Laila , apasal kau setuju untuk minta maaf dekat perempuan itu ? " soal Eleen sebaik sahaja

mereka di arah keluar dari bilik Zakri

"Sorry Eleen  , aku tak mahulah bekerja di bawah penyelian Puan Suriati   dan aku

lebih rela memohon maaf dekat Suhaili " Ujur Laila tenang,

"blah kau Laila  , macam ini ke dikatakan kawan baik aku  " ujur Eleen yang terus

berlalu pergi dengan geram, kini hatinya membengkak dengan dendam terhadap Suhaili.


Pada awalnya Zakri ingin memecat Eleen daripada menjadi setiausahanya  , namun dia

tidak mahu abahnya dan Dato Mukhriz bermasam muka kerana tindakannya  , lantas dia

mengemukan pandangan dia terhadap Dato Mukhriz untuk mengambil tindakan terhadap Eleen ,

sungguh dia tak sangka bahawasanya Dato Mukhriz sanggup bersetuju dengan tindakan dia

untuk meletakan puteri tunggalnya di bawah penyeliaan Puan Suriati .

" uish bro aku sendiri tak percaya Dato Mukhriz setuju dengan tindakan kau " kata Fahmi

" aku pun sendiri tak percaya bila Dato Mukhriz bersetuju dengan tindakan aku .

Pada mulanya aku ingat Dato Mukhriz akan marah aku atas  tindakan aku yang hendak

tukar anaknya kesayangan ke department lain , malah mengsyorkan aku letakkan

si Eleen di bawah penyeliaan Puan Suriati " Ujur Zakri panjang lebar

tersenyum Fahmi mendengar kata-kata Zakri , "baru dia tahu ruas bertemu ruas " kata Fahmi

" oit bro tolong aku , interkom Puan Suriati dengan  Kak Azrina " arah Zakri

" baik bos " ujur Fahmi sambil tabik hormat kepada Zakri

Zakri hanya mengeleng kepalanya sahaja melihat aksi sepontan sepupunya itu , sudah hendak

menjadi suami orang pun perangai masih seperti kana-kanak riang . Setelah perbincangan

di buat dengan Puan Suriati  dan Kak Azrina  , maka dengan rasminya Puteri Nur Eleena

binti Dato Mukhriz akan berkerja di bawah penyeliaan Puan Suriati , pada awalnya

kedua-dua wanita itu seolah-olah tak percaya apabila mendapat arahan bahawa

Eleen anak kepada Dato Mukhriz akan berkerja di department cleaning malah mereka

langsung tak percaya Dato Mukhriz jugak memberi persetujuan yang sama  .  Malah mereka

berempat telah merancang sesuatu untuk mengajar si Eleen untuk menjadi manusia

yang tahu menghormati orang lain.

(bersambung)