12 May 2014

Dia Jodohku (Bab 16)

Suhaili masih lagi merajuk dengan Zakri walaupun telah puas Zakri memujuk Suhaili agar

memaafkan dia yang terlanjur cakap pada Suhaili dua minggu yang lalu . Namun entah mengapa

Suhaili benar-benar terkecil hati dengan dia .

" Sue sampai bila hendak merajuk dengan Zakri " tutur Zakri lembut

" Hmmmm" hanya itu yang keluar dari Suhaili,

" Sue, janganlah begini  Zakri bukan pandai pujuk perempuan " jujur Zakri lagi

" Kalau Zakri sudah tahu diri itu tak pandai pujuk perempuan , kenapa Zakri  suka

 sakit hati Sue " kata Suhaili

"Zakri tahu yang itu semua salah Zakri  , tetapi Sue kenalah professional dalam kerja. Tolonglah

Sue jangan campur adukkan urusan kerja dengan peribadi " tutur Zakri

" Senangnya Zakri cakpa ya , Zakri tak lalui apa yang Sue lalui. Jujurlah Zakri Sue memang

tak boleh nak bekerjasama dengan Khairul " ujur Suhaila dengan tangisan.

Zakri sememangnya sangat lemah bila melihat airmata Suhaila mula mengalir  dari pipi mulusnya ,

" baiklah nanti Zakri suruh Hakim ganti tempat Sue untuk bekerjasama dengan Khairul , janganlah

menangis lagi  Zakri tak suka tengok Sue menangis " pujuk Zakri

" Hmmph ! baiklah " tutur Suhaili yang mengesat  airmatanya .

Eleen ketika itu sedang minum di pantry terdengar perbualan antara Zakri dan Suhaili , dalam

hatinya agak menyumpah mendengar tangisan Suhaila , dia sudah mengangak bahawa si Khairul

itu merupakan teman lelaki Suhaili  , dia beranggapan yang Suhaili sanggup putus percintaan

dengan En Khairul kerana ingin bersama dengan Zakri. Eleen sudah merancang rancangan jahat

untuk memalukan Suhaili di pejabat itu , orang pertama dia ingin memberitahu  perkara

ini adalah sahabat baiknya iaitu Laila . Dia merancang untuk mencari Laila di tempatnya

namun dia mendapat langkah kanan kerana Laila sudah berada di pantry

" Laila , aku ada hot gossip hendak cerita pada kau " ujur Eleen

" apa yang hot gossipnya Eleen" kata Laila kembali

" ini pasal kekasih kesayangan bos itu " ujur Eleen kembali

" apasal dengan Sue ?" soal Laila yang sedikit kebingguan

" engkau tahu tak Laila , si Sue itu sebenarnya sudah kekasih  tapi mengantal hendak dekat bos

aku pulak " kata Eleen geram

" What !! , hishh perempuan itu  tak malu ke sudah ada teman lelaki masih hendak cari

lelaki lain , ehh tapi siapa teman lelaki Sue yang malang itu " kata Laila

" En Khairul , pengurus syarikat Indah Permata yang akan berkerjasama dengan kita

nanti untuk projek di Ulu Langat " ujur Eleen lagi.

"Ohh patutlah masa meeting aku tengok En Khairul asyik pandang Sue tanpa berkelip mata

sekali pun rupa-rupanya dia bekas teman lelaki Sue " kata Laila

" Waah kau pun perasaan juga Laila , aku ingat aku seorang je yang perasaan " ujur Eleen

" alah aku nampak lah Eleen cara En Khairul pandang Sue itu " kata Laila.

Perbualan antara Eleen dan Laila telah menarik perhatian Kakak Umairah, siapa tidak kenal dengan

Kakak Umairah bahagian Account suka menjaja cerita kepada semua orang tidak kira sama

ada cerita itu benar ataupun tidak .

" Eleen, Laila betul ke apa yang Kakak Mai dengar tentang Sue?" soal Umairah  sebaik

sahaja dia membuka pintu pantry ,

Eleen dan Laila berpandang sesama sendiri terkejut mereka melihat kehadiran kakak Umairah

di pantry itu  lantas Eleen tersenyum sendiri , dia tahu Kakak Umairah seorang mulut laser yang

suka menjaja cerita pada semua orang.

" Ya kakak Mai , si Sue itu sudah boyfriend tapi sibuk hendak kepada En Zakri " ujur Eleen geram

" Kalau Kakak Mai hendak tahu si Sue itu sudah hendak kahwin tapi mengatal hendak

dekat En Zakri" tokok Laila yang sengaja hendak kakak Umairah menjaja cerita itu menjadi panas

dan sangsi di Syarikat Seraya Industries

"Hisshh sungguh tak malu si Suhaili ini ya , muka sahaja nampak baik tapi hati sungguh

akak Mai tak tahu nak kata apalah " ujur Umairah .

Eleen dan Laila hanya senyum sahaja , dia tahu cerita ini akan jadi panas dan sangsi apabila

mulut Kakak Umairah bercerita , pasti semua orang akan terpercaya cakpa kakak Umairah.

Umairah keluar dari pantry itu dengan cerita panas , lantas dia mencanang segala cerita

kepada seluruh department di Syarikat Seraya Industries . Ketika Umairah sedang mengkhabrkan

gossip kepada semua orang Farah kakak Zakri juga terdengar gossip dari Umairah dia langsung

tidak terkejut dengar gossip itu kerana dia tahu siapa yang Suhaila yang sebenar

" Kakak Mai , saya hendak jumpa akak dalam bilik saya " ujur Farah secara tiba-tiba

"Baik Cik Farah " ujur Umairah .

Tut tut pintu bilik opis Farah di ketuk oleh Umairah dari luar

" masuk " ujur Farah dari dalam

Umairah melangkah masuk ke dalam setelah menerima arahan dari Farah

" ada apa cik Farah hendak jumpa dengan Kak Mai" ujur Umairah

" Kak Mai , Farah hendak tanya dari mana Kak Mai dapat cerita buruk tentang Suhaila sampai

Kak Mai menjaja cerita?" soal Farah

" ohh pasal itu kak Mai dapat cerita dari Laila dan Eleen  , mereka yang bagitahu pada kakak

Mai tentang Suhaila " ujur Umairah

" so kak Mai rasa cerita itu adalah benar ?" soal Farah lagi

"Kenapa Cik Farah tanya Kak Mai macam itu ?" soal Umairah kembali

" Kak Mai , semua itu cerita tidak benar sama sekali " ujur Farah

"maksud  Cik Farah ?" soal Umairah kehairanan

"Semua cerita itu tidak benar , kalau Kak Mai tidak tahu perkara sebenar jangan hendak

menjaja cerita kepada orang lain takut jadi fitnah nanti " ujur Farah

" Baiklah Kak Mai mintak maaf tidak tahu pulak sama ada cerita itu benar ataupun tidak

Kak Mai hanya menyampai sahaja berita  " ujur Umairah

" Farah pun hendak mintak maaf pada kak Mai , bukan hendak marah kepada Kak Mai tapi

tidak mahu cerita yang tak benar itu menjadi tak sedap dengar  pulak , lagipun Zakri dan

Suhaili akan bertunang hujung bulan ini " ujur Farah ,  " tak apalah Kak Mai boleh keluar sambung

buat kerja kak Mai , maaflah kerana ambil masa yang lama dengan kak Mai " ujur Farah lagi .

Umairah segera berlalu keluar dari bilik Farah , dia tertanya mengapa Farah bercakpa

yang En Zakri akan bertunang hujung bulan ini , apakah dia tidak tahu siapa Suhaila yang sebenar .

"Alang!!!" panggil Farah

" Ye Angah ada apa " laung Zakri

" Angah hendak jumpa kamu dalam bilik Angah sekarang " kata Farah

" Ada Apa Angah ?" soal Zakri.

" datang bilik Angah dulu nanti Angah cerita "ujur Farah sambil menjeling ke arah Eleen

"ok " sepatah sahaja jawapan Zakri .

Eleen tertanya mengapa Cik Farah ingin berjumpa dengan  En Zakri di dalam biliknya bukan

dibilik En Zakri sendiri, dia pelik kenapa Cik Farah menjeling ke arahnya. Apa yang akan

biacara antara dua beradik ini , Eleen tertanya sama sendiri  tentang rahsia itu .

"Eleen " panggil Zakri

"Ya , En Zakri " sahut Eleen

"Jika ada sesiapa cari saya , tolong bagitahu saya ada meeting dan sila ambil pesanan " kata Zakri

"Baik En Zakri " ujur Eleen.

Zakri segera menuju ke bilik kakaknya Farah , dalam hatinya tertanya mengapa Farah ingin

berjumpa dengan dia , dia segera mengetuk pintu bilik kakaknya itu , mendengar arahan dari

kakaknya untuk masuk segera dia melangkah masuk.

"Angah ada apa hendak jumpa alang ?" soal Zakri sebaik sahaja dia duduk di hadapan Farah

"Angah dengar ramai staf dekat sini mengata tentang Suhaili , yang sanggup putus pertunangan

hanya kerana ingin bersama kamu , adakah itu benar sama sekali ?" soal Farah kembali

"AstgafirAllah Angah itu semua cerita tak betul , dari mana Angah dapat cerita ini " ujur Zakri

yang seolah-olah tidak berpuas hati

"Angah dengar dari mulut Kak Mai bahagian Account department , bila angah tanya dari mana

dia dapat sumber  itu , kak Mai cakpa dia dapat dari setiausaha alang Eleen , tapi betul ke yang

Suhaila itu sudah putus tunang" kata Farah

Akhirnya Zakri bercerita lebih lanjut tentang Suhaila kepada Farah , mulut Farah terlopong

mendengar kisah sedih  Suhaila ,dia sudah mengangak yang Eleen sengaja mereke cerita untuk

menjatuhkan maruah Suhaila .

"Ya Allah Alang kesiannya Suhaili , tapi Angah tak faham kenapa Eleen sungguh

membenci Suhaili " kata Farah

"entah Angah , Alang pun sendiri tak tahu " kata Zakri

"Alang pernah berjanji pada Eleen apa-apa tak ? " soal Farah

" tak ada lah Angah , Alang tak pernah berjanji apa dengan Eleen . Alang cuma anggap

dia sebagai rakan sekerja dan tak pernah lebih dari itu " ujur Zakri Jujur

" Angah rasa si Eleen itu suka kamu Alang "ujur Farah

"Oh my God Angah , si Eleen itu bukan test Alang . Kalau tiada ada apa-apa lagi

Alang keluar dulu Angah ada kerja hendak buat " ujur Zakri

" Alang , angah hendak alang fikir apa tindakan yang akan alang ambil kepada Eleen" kata Farah

" Maksud Angah apa? Alang tak faham " soal Zakri

"maksud Angah ialah apa tindakan yang Alang akan ambil bila orang mengatakan

buruk tentang orang yang Alang sayang " ujur Farah

" Oooh itu ke maksud Angah , tak apa biar alang uruskan semua ini . Angah tak perlu risau tahulah

apa yang alang akan buat" kata Zakri penuh semangat , " baiklah Alang keluar dulu" kata Zakri lagi,

Farah hanya menganguk sahaja kepala tanda membenarkan Zakri keluar dari biliknya , Zakri

terfikir sendirian mengapa Eleen sanggup memburukkan Suhaili sedangkan Suhaili tidak pernah

memburukkan Eleen di hadapannya , dia bercadang untuk mengambil tindakan tatatertib

terhadap Eleen , Laila dan juga Umairah kerana membuat fitnah terhadap Suhaila .

 (bersambung).