17 February 2015

Dia Jodohku (Bab18)

Eleen pulang ke rumah dalam keadaan marah , hatinya membengkak marah sudahlah besok dia terpaksa berkerja di bawah penyeliaan Puan Suriati , lagi membengkak hatinya lagidaddynya jugak bersetuju dengan tindakan Zakri untuk menukar dia ke tempat itu ,
arghh kusut fikiran dia mengenakan tindakan Zakri .
"sayang , how are you " tanya Datin Rohana ibu kepada Eleen
" I was not good mummy " jawab Eleen manja
" kenapa dengan anak mummy ini , masam sahaja muka itu ?" soal Datin Rohana kembali
"Eleen kena tukar department cleanning , Eleen kena jadi pencuci pejabat " kata Eleen
"eh kenapa anak mummy kena tukar department itu " ujur Datin Rohana
" mummy tanyalah daddy , dia setuju Eleen kena tukar department jijik itu " ujur Eleen
Dato Mukhriz terbatuk-batuk kecil apabila mendengar namanya di sebut oleh anak
tunggalnya , dia tahu pasti anaknya itu sedang marah kepada dia ekoran dia bersetuju
dengan Zakri untuk menukar Eleen ke department cleanning .
" You must know Eleen , kenapa daddy setuju bila Zakri hendak pindahkan Eleen ke
jawatan lain " Ujur Dato Mukhriz
" Tapi kenapa perlu transfer Eleen tempat yang jijik itu" renggek Eleen
" Jaga sedikit percakpaan kamu Eleen!!" Marah Dato Mukhriz .
Datin Rohana hanya mendengar sahaja pertengakaran antara anak dan suaminya ,
tapi sebagai ibu dia berasakan tindakan suaminya itu adalah tidak wajar , sejak kecil
mereka terlalu memanjakan Eleen, tiada satu kerja rumah pun dia berikan Eleen untuk
membuat semua kerja itu , semuanya diuruskan oleh pembantu rumah , hendak mencuci
pinggang pun Eleen tidak pandai , apatah lagi besok Eleen akan di arahkan bekerja
dibawah department cleaning , hati Datin Rohana gundah gelana memikirkan perkara
tersebut .
" Yang , kenapa termenung je nie " sapa Dato Mukhriz
" eh abang , maaflah saya tak perasaan abang masuk bilik " jawab Datin Rohana
"mana sayang nak perasaan , kalau asyik duk mengelamun je" usik Dato Mukhriz
" issh abang nie , mana ada saya termenung lah saya cuma terfikir sahaja , kenapa
abang bersetuju dengan tindakan Zakri untuk menukar Eleen di tempat
sebegitu " ujur Datin Rohana sambil memandang ke arah suaminya
" abang buat semua ini bersebab sayang , abang terasa malu sangat dengan perangai
Eleen di pejabat siang tadi , entah apa salah si Suhaili itu sampai Eleen sanggup
menyebarkan fitnah "akhirnya Dato Mukhriz bersuara atas ketidakpuashatinya terhadap
sikap biadap Eleen kepada Suhaili , Datin Rohana hanya menganguk kepalanya sahaja
baru kini dia faham kenapa suaminya bersetuju dengan tindakan Zakri .
Eleen memulakan pagi ini dengan jawatan baru , hatinya betul sebal apabila dia mendengar perbualan Daddy dan Mummynya malam tadi , semua orang asyik memuji si Suhaili itu , entah bomoh apa yang digunakan oleh Suhaili sampai semua orang sayang kepada dia omel Eleen sendirian sambil kakinya melangkah pergi ke department cleanning dan berjumpa dengan Puan Suriati . Dari jauh dia melihat Puan Suriati sedang bercekak pinggang menunggu dia , namun Eleen sengaja berjalan dengan perlahan
" Hoi !!! laju sedikit jalan " teriak Puan Suriati ,
Terkedu seketika Eleen ketika itu , mukanya merah padam apabila mendengar
jeritan Puan Suriati sungguh panas hati Eleen apabila melihat staf- staf yang lain
tersenyum-senyum kambing memadang ke arahnya
"Puan tak boleh panggil saya baik-baik ke"? soal Eleen geram
" cara kau jalan macam model nak suruh aku panggil baik ke !" herdik Puan Suriati
Herdikan Puan Suriati telah menyetapkan hati kecil Eleen , terasa mahu dia menangis
apabila mendengar herdikan sebegitu rupa . Arghh terasa menyesal pulak di hati kecilnya
apabila bersetuju berkerja di bawah arahan Puan Suriati .
" Yang kau masih tercengat dekat situ kenapa" kata Puan Suriati tegas
" erkk maafkan saya puan , apa tugas saya yang pertama " ujur Eleen
"aku nak kau cuci jamban" ringkas sahaja Puan Suriati
" Baik " Sepatah sahaja jawapan Eleen
" aku hendak kau cuci bersih-bersih terutama bilik air VVIP , aku tak mahu ada sedikit
kekotoran di bilik air" ujur Puan Suriati tegas
" Baiklah saya faham atas arahan Puan " ujur Eleen
" Kau hendak cuci bilik air pakai baju macam nie "? soal Puan Suriati sinis
" kenapa tak boleh ke , salah ke saya pakai macam nie"? soal Eleen kembali
" Sudah pergi tukat T shirt ini " ujur Puan Suriati sambil menghulur baju T shirt lusuh
Antara mahu tidak mahu sahaja Eleen mengambil baju lusuh yang dihulurkan oleh
Puan Suriati , aduh rasa gatal pulak aku pakai baju nie , ujur Eleen sendirian .

"Sue " panggil Atirah dari luar bilik , namun panggilan Athirah langsung tidak
di sahut oleh Suhaili , Athirah merasa pelik mengapa Suhaili tidak keluar dari bilik
untuk pergi ke pejabat , dengan perlahan-lahan Athirah membuka pintu bilik Suhaili
alangkah terkejutnya Athirah bahawa Suhaili sudah tiada di dalam bilik tidurnya .
Puas Athirah memusingkan mencari Suhaili disekeliling rumahnya namun bayangan
Suhaili masih tidak dia jumpai , namun secara tiba-tiba dia melihat satu nota di atas
meja depan television.
"salam buat sahabatku , maafkan aku kerana terpaksa pergi tanpa memberitahu kauaku mahu waktu bersendirian dan mintak tolong jangan mencari aku buatsementara waktu , dan tolong sampaikan surat perletakan jawatan aku kepada En Zakridan kata kepadanya tak usah mencari aku lagi dan terimalah Eleensebagai teman hidupnya , aku tahu Eleen lebih sesuai dengan En Zakrimereka dari golongan yang berada , dan aku hanyalah cuma anak kampungsungguh tidak layak dengan En Zakri . Sekali lagi aku memohon maaf ataskesilapan aku kerana keluar tanpa pengetahuan kau" sekian dari sahabatmu Nur Suhaili .
Alangkah terkejutnya Athirah apabila membaca nota yang ditinggalkan oleh Suhaili, oh Suhaili mengapa kau mengambil keputusan yang begitu bodoh sebegini , kesal Athirah dengan sikap sahabat baiknya yang mudah mengalah demi orang lain . Dengan langkah terpaksa Athirah pergi ke pejabat , bawa surat perletakan jawatan Suhaili dan juga nota yang ditinggalkan oleh Suhaili . Perjalanan ke pejabat yang mengambil 1 jam kini menjadi 2 jam lebih , dari tadi deringan handphone Athirah berbunyi dan dia tahu semestinya tunangnya Fahmi yang menghubungi dia kerana sudah terlewat datang ke pejabat
"Oit Bro , apa masam je nie " tegur Zakri dari belakang
" aku call tunang aku , tapi tak ada pickup langsung . Ini sudah terlewat sangat
dia masuk ke pejabat" ujur Fahmi sedikit geram
"iye tak iye jugakkan , lewat sangat diaorang sampai ini" ujur Zakri .
Tidak lama kemudian Athirah sampai dengan mata yang sedikit membengkak akibat menangis ,
" eh Fahmi , itu tunang kau sudah sampai , tapi mana Suhaili " Kata Zakri sambil mata
mencari kelibat Suhaili
"Sorry saya datang lambat " ujur Athirah dengan suara yang serak
" Sayang , kenapa menagis nie?" soal Fahmi
Namun Pertanyaan Fahmi itu hanya dipandang sepi oleh Athirah , lantas dia memberikan
sesuatu kepada Zakri .
" En Zakri ini surat perletakan jawatan Suhaili " ujur Athirah sebak
"what !!!" kata Fahmi dan Zakri serentak .
" Suhaili sudah menghilangkan diri , ini nota yang dia tinggalkan dekat Irah " ujur Athirah Sebak
" Athirah tell me why ?" soal Zakri sedikit meninggi suara
"Irah tak tahu En Zakri , waktu Irah panggil Sue dari dalam bilik dia , untuk ke pejabat
langsung tak ada sahut dari dia , Irah masuk bilik Suhaili takut dia terlajak tidur tapi
Irah hampa masuk bilik dia sudah kekosongan , dan Irah terjumpa ini nota dan surat
perletakan jawatan Sue atas meja televsion " kata Athirah sambil mengesat airmatanya
"Irah tak ada cuba call handphone Suhaili ke ? " Soal Fahmi pulak
" Irah ada call tapi masuk voicemail" ujur Irah lagi
"ooh ok , bro apa yang Suhaili tulis dekat nota itu ?" tanya Fahmi apabila melihat Zakri
meronyot nota dari Suhaili
" Suhaili mahu aku terima Eleen, dia cakpa Eleen lebih sesuai dengan aku ,status aku
dengan Eleen amat sesuai sekali dan dia cuma hanyalah anak kampung langsung tidak sesuai dengan aku , semalam dia ada terdengar perbualan kita dekat bilik " ujur Zakri panjang lebar
"ooh iyalah semalam memang Suhaili ada nak jumpa En Zakri , tapi dia cakpa En Zakri tengah meeting dengan staf yang lain tetapi muka dia masam " kata Athirah
" Ya Allah kenapa Suhaili buat aku macam nie Fahmi , aku baru semalam berbaik dengan dia tetapi hari ini dia pergi tinggalkan aku " ujur Zakri sebak
" Sabar lah Zakri , seandainya dia telah tertulis jodoh untuk kau satu hari nanti
pasti dia akan menjadi milik kau" kata Fahmi sambil menenangkan hati Zakri
" Malam nanti Irah duduk umah sendiri ke ? " soal Fahmi
" Tak pasti lagi , kenapa Fahmi tanya macam itu ? " soal Athirah kembali
" sebab Fahmi risau , Irah tinggal sendirian dekat rumah itu" ujur Fahmi ,
" tak apa Irah sudah biasa tinggal sendirian dekat rumah " ujur Athirah kembali
" tapi .... Fahmi tetap risau Irah duduk seorang dekat rumah , nanti malam Irah pergi tidur
dekat rumah Kakak Long ye " pujuk Fahmi
" Baiklah cik tunang , saya jugak awak dekat saya ye " seloroh Atirah
" oitt sapa tak sayang dekat tunang saya nie ' ujur Fahmi kembali .
Perletakan jawatan Suhaili menjadi perbualan di pejabat ramai yang terkejut dengan tindakan Suhaili tidak juga ada yang mengecam perbuatan Suhaili , perkara ini telahmenarik perhatian Laila , dia harus beritahu berita baik ini kepada Eleen walaupun dia tahubahawa Eleen sedang marah kepadanya , namun dia pasti akan gembira yang musuhdia telah pergi jauh . Di dalam diam Laila merakam semua percakapan di antara Athirah dan Zakri , dia mahu rakaman di handphone itu menjadi bukti kepada Eleen bahawa Eleen sudah hampir menang , namun dia tahu untuk berjumpa Eleen diwaktu ini memang sukar . Ketegasan Puan Suriati mengawal setiap gerak geri pekerjanya amat sukar untuk Laila berjumpa dengan Eleen , namun dia terfikir hanya untuk bersms sahaja dengan Eleen
"Eleen , jumpa kau petang nanti " Kata Laila
Eleen ketika itu sedang rehat terkejut mendapat Sms dari Laila , arghh apa yang si Laila mahu jumpa dengan aku , terfikir Eleen sendirian
" Ada apa kau nak jumpa aku"? soal Eleen melalui Sms
"Aku ada berita panas hendak kongsi dengan kau , kita jumpa tempat biasa " kata Laila
"Ok " sepatah sahaja jawapan dari Eleen.
Suhaili kini berada dirumah abangnya Azmin, pada mulanya dia tidak mahu menyusahkanabang serta kakak iparnya , tapi dia tidak tahu kenapa secara tiba-tiba tangannya begitu cepat sahaja menghubungi abangnya . Bukan dia sengaja mahu pergi jauh dari semua orang namun hatinya sakit mendengar perbualan semalam antara Eleen dengan Fahmi sungguh menyakitkan hatinya , dia tahu pasti Athirah akan memarahi dirinya kenapa begitu bodoh melepaskan orang yang dia sayang demi kepentingan orang lain . Sesungguhnya kehadiran Khairul yang juga supplier daripada syarikat Indah Permata sungguh merismakan dirinya , dia tahu pasti kini Zakri akan berusaha mencarinya ,
"Sue sampai bila hendak lari macam ini "? Soal Azmin dari arah belakang
"Sue bukan lari along , tapi Sue cuma ingin bersendirian " jujur kata Suhaili
" tapi kenapa sampai hendak pindah ke Sarawak ?" soal Azmin kembali pertanyaan Azmin hanya dibiarkan sepi oleh Suhaili , dia tidak tahu kenapa kakinya hendak melangkah ke Sarawak. "Dik along tanya kenapa mahu pergi sampai ke sarawak"? soal Azmin
"Sue cuma ingin mencari ketengan di sana , yang Sue harap along dan juga kakak Ida
tak bagitahu sesiapa terutama Zakri dan Athirahh , boleh along berjanji " ujur Suhaili
Antara mahu tidak mahu terpaksa jugak Azmin dan Ida berjanji dengan Suhaili , dia tidak mahu adiknya terkecewa lagi cukuplah sekali adiknya ini kecewa akibat putus pertunangan dahulu.
" Sue , bila nak berangkat ke Sarawak ?" soal Azmin
" Insha Allah besok Sue akan bertolak ke sana , lagipun Sue dah maklum kepada
Mak dan ayah angkat Sue dekat Sarawak " kata Suhaili
" kenapa cepat sangat hendak ke Sarawak ? " soal Azmin kembali
" lagi cepat lagi bagus along , boleh lah Sue lupakan segala kenangan yang ada dekat
sini , Sue cuma pergi 2 bulan je Along " kata Suhaili kembali
" hurmm... yalah along harap sangat adik dapat jaga diri dekat tempat orang " pesan Azmin
Suhaili hanya menganguk kepala sahaja , dia tahu alongnya pasti risau bila dia bersendirianpergi ke tempat orang , tapi hatinya terluka parah , dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan di kanan bakal tunangnya tapi dikirinya bekas tunangnya , kedua-dua datang serentak meminta cinta yang ikhlas dari dia .
Seperti di janjikan melalui Whatssap Eleen menemui Laila tempat yang di janjikan entah kenapa dia bersetuju berjumpa dengan Laila sedangkan semalam dia cukup marah dengan Laila bila tidak bersetuju untuk mengikutnya berpindah ke department cleanning tapi kenapa hari ini dia beriya-iya hendak berjumpa dengan dia
" oit kak , jauh termenung " sergah Laila secara tiba
" oh mak ko pocot" terkejut Eleen apabila disergah oleh Laila
" hi bila masa pulak kau pandai melatah ini Eleen" soal Laila kehairanan
" kau kan Laila nasib baik aku tak ada sakit jantung , kalau tak dah Ko aku dekat sini, ha ada apa kau nak jumpa dengan aku nie " kata Eleen
" ala beb sorry la , aku gurau je dengan kau tadi , jangan marah ya sayang . Ini aku
ada berita hot nak sampai dekat kau , tapi aku rasa lebih baik kau dengar rakaman
video ini " kata Laila sambil memberikan Hpnya kepada Eleen .
" wei beb serius ke ni?" soal Eleen
" yes true beb , si minah kampung itu dah resign dari opis " ujur Laila kembali
" tapi apa buktinya beb kalau diorang tak akan berhubung lagi ?" soal Eleen kembali
"good question sayang" kata Laila sambil tersenyum
" kau apahal tersenyum ha , aku tanya kau tadi apa bukti diorang tak berhubung
langsung selepas ini ?" soal Eleen geram
" nah baca surat ini " kata Laila sambil menghulur nota kepada Eleen.
Eleen menyambut nota yang renyut itu , dia membaca nota itu bibirnya mengukir sedikit senyuman , hatinya kini puas sangat bila tahu Suhaili telah berlalu pergi meninggal Zakri , kini peluang ada di depannya dia harus mengambil kesempatan ini. Peluang keemasan ada didepan matanya , Laila turut tersenyum bila melihat Eleen gembira , baginya kegembiraan sahabatnya itu adalah kegembiraan dia jugak, sejak dulu lagi dia jugak tidak menyukai Suhaili , asal ada saja pembentangan kertas kerja pasti kebanyakan bos-bos akan memuji kecekapan Suhaili membuat kerja . sedangkan apa yang dia bentangkan pasti ada sahaja yang tidak betul .
" Yes akhirnya berambus jugak minah kampung itu " jerit Eleen gembira
" Ya beb , aku pun suka dia sudah berambus dari pejabat itu , kalau tak masa waktu
meeting bila bentangkan kertas kerja semua orang suka pendapat dia , macamlah dia
bagus sangat " kata Laila terus terang
" waah kau pun tak suka dekat dia ke Laila ?" soal Eleen
"yep beb aku dari dulu memang dah tak suka dekat dia , kau ingat pasal kes aku kena 
marah dengan En Harun pasal projek dekat lembah klang pasal perumahan itu , yang
hampir tergendala di sebabkan kontarak larikan diri , last-last sekali  si minah itu bawa
pemaju yang baru untuk siap projek yang terbelangkai itu " ujur Laila panjang lebar 



(bersambung)