15 February 2013

Dia Jodohku ( Bab 11)

Rahsia percintaan antara Suhaila dan Zakri akhir terbocor jua , setelah ada kakitangan  Seraya Industries

melihat dua pasangan sejoli ini membeli belah di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur .  Setiausaha

Zakri sungguh benggang apabila di beritahu yang Zakri dan Suhaila sedang hangat di lamun cinta.

" Arghh cilaka betul , aku ini yang lagi cantik dari Suhaila itu , kenapa lah En Zakri tak pilih aku

supaya menjadi teman hidupnya , apa yang istimewa Sue itu Laila " Ujur Eleen kepada Laila.

Laila cukup maklum bahawasanya sahabatnya Eleen itu amat suka kepada bos mereka , namun Laila

pun sendiri terkejut macam mana Suhaila dan En Zakri boleh bercinta sedangkan  bagaikan

anjing dan kucing bila berjumpa di pejabat.

" Woi aku tanya nie , kau boleh pulak berangan pulak " Tinggi suara Eleen

" Sorry beb , aku cuma berfikir macam mana En Zakri boleh bercinta dengan Suhaila " kata Laila.

"Entah si  Suhaila itu bomohkan En Zakri supaya  suka dekat dia kot " sangkal Eleen .

Farah yang dari mencuri mendengar percakpan antara Eleen dan Laila sungguh terkejut apabila

mendengar Eleen menuduh yang Suhaila menggunakan ubat guna kepada adiknya , dia dari tadi

dia yang hanya berdiam diri . Akhirnya Farah berdehem-dehem kecil menunjukkan kehadiran

dirinya disitu , terkejut mendengar bunyi berdehem-dehem  lalu lantas Laila dan Eleen

berpaling ke belakang , alangkah terkejutnya mereka melihat Cik Farah  yang berada di situ ,

lantas Eleen menyiku tangan Laila .

" Selamat Pagi Cik Farah " Ujur Laila dan Eleen serentak

" Hurmm selamat pagi , bergosip apa tadi , sampai  saya dekat belakang  kamu

berdua itu sampai tak sedar ke "? soal Farah kembali .

" Erkk .. kami... " tergagap-gagap Laila memulakan bicara itu , melihat Laila tergagap-gagap

bercakpa itu  Eleen juga berada di situ  juga rasa kecut perut , dia berfikir apakah  Cik Farah

telah mendengar perbualan dia dan Laila sebentar tadi .

" Ermm kenapa kamu  tergagap-gagap ini , " ujur Farah , " lagi sekali saya mendengar kamu

mengata tentang Suhaila , saya tidak teragak-agak untuk memberi surat amaran. Opss lupa pulak

saya lagi satu saya hendak bagitahu kamu yang Suhaila dan Zakri akan bertunang pada

hujung bulan ini  , dan jangan nanti ada yang menangis tak berlagu " Ujur Farah yang berlalu pergi

dari Pantry itu .

" arghh sial betul Laila , kau dengarkan  apa yang Cik Farah tadi " Ujur Eleen benggang,

" yelah aku dengar  Eleen " Ujur Laila perlahan ,

" yang kau nie kenapa pulak?" soal Aiza

" Cuba kau tengok jam pukul berapa sudah  , yang kau dah tak reti nak mula kerja ke , karang

bos kesayangan kau masuk bising pulak " rungut  Laila

" Aishmenn  , nasib baik kau ingatkan aku  , ok jom mula kita  kerja " tutur Eleen

" Ok , jumpa waktu lunch nanti " ujur Laila yang berlalu keluar dari pantry itu .


Dari tadi Zakri berulang alik dari mejanya setiausaha itu ,ke mana entah pergi Eleen ini . Dari jauh dia

melihat kelibat Eleen yang tergopah-gopah menuju ke arah mejanya.

" Selamat Pagi Bos " UjurEleen

" Ermm Selamat Pagi , Kamu dari mana Eleen , sudah hampir 15 minit saya tunggu kamu " Tutur Zakri,

" maaf En Zakri , saya tadi ada dekat Pantry " Ujur Eleen gagap

" Kamu hendak kerja atau  mahu makan " Marah Zakri.

"Maaf En Zakri , saya terlajak tengok jam " kata Eleen  perlahan

" Ermm hari ini apa agenda saya"  kata Zakri kembali

" Pukul 10 pagi ini , En Zakri ada temujanji dengan Dato Idham di pejabatnya , dan selepas

waktu lunch kita punya supplier dari syarikat Indah Pertama ingin berjumpa dengan En Zakri

untuk berbincang tentang Project kita di Ulu Langat itu " Ujur Eleen panjang lebar .

Zakri hanya mengangguk kepalanya tanda faham , lantas dia menuju ke biliknya. Namun matanya

masih sempat merlilau ke arah meja Suhaila  dan tersenyum ke arah Suhaila  yang juga tersenyum

ke arahnya jugak . Eleen yang melihat kejadian itu amat menyumpah melihat kejadian itu , rasa sakit

hatinya melihat kemesraan dua pasangan itu.

" Eleen " Interkom Zakri

" Ye En Zakri ada apa yang boleh saya bantu" Jawab Eleen

" Tolong bawa fail yang saya hendak bawa berjumpa dengan Dato Idham nanti dan tolong  panggil

En Fahmi suruh dia masuk bilik saya sekarang " arah Zakri kepada Eleen

" Baik En Zakri " ujur Eleen kembali.


" Selamat Pagi Bro " ujur Fahmi ceria

" Selamat Pagi Bro , ceria ye kau pagi nie " ujur Zakri

" biasalah bro hidup ini kena ceria , eh ada apa kau panggil aku ini ?" soal Fahmi

" aku nak ajak kau temankan aku jumpa Dato Idham di pejabatnya  pukul 10 am " kata Zakri

" ok bro aku ok jew , tapi ada perbincangan apa ?" soal Fahmi lagi

" Ini Pasal project  yang dekat Dungun Terengganu  itu " Tutur Zakri

" ok bro" ringkas sahaja jawapan Fahmi .


Perbincangan  Zakri dan Fahmi bersama Dato  Idham berjalan dengan lancar  . Dato Idham amat

berpuas hati dengan rekaan corak yang di kemukan oleh pihak syarikat Serya Industries.

" Bagus rekaan yang kamu perkenalkan, amat menarik sekali "  ujur Dato Idham

" Terima Kasih Dato , kami sangat bersyukur kerana pihak Dato  amat berkenanan dengan corak

yang kami perkenal , dan juga kami harap pihak Dato setuju dengan corak ini " ujur Fahmi

" Ye En Fahmi , kami  memang amat berkenanan dengan corak ini , rekaan bentuk ini akan membuatkan

ramai pelancong dari luar negara akan berkunjung ke Malaysia dengan melihat bangunan yang cantik

dan menarik " Ujur Dato Idham kembali.

" Terima Kasih Dato , kerana mempercayai syarikat kami " ujur Zakri setelah berdiam diri tadi.

" Sama-sama Zakri , Company kamu dengan company saya ini  , bukan berkerja setahun dua tapi

sudah hampir 35 tahun , sejak mula ayah kamu berdua memulakan perniagaan ini " titah Dato Idham.


Setelah hampir 2 jam bermesyuarat bersama Dato Idham , akhirnya Fahmi dan Zakri meminta diri

untuk pulang ke pejabat , namun Dato Idham menyuruh mereka menunggu dan pergi luncah

bersama-sama , ada banyak perkara yang hendak di borakkan , mahu tidak mahu Fahmi dan Zakri

terpaksa bersetuju dengan ajakan Dato Idham itu , lagi pun hanya tinggal 15 minit waktu luncah .

" Fahmi , saya dengar kamu hendak bertunang hujung bulan ini" bicara Dato Idham

"wahh mana Dato dapat tahu ini ?" Soal Fahmi yang kehairanan

" Abah kamu yang bercerita dengan saya  , dengan kata tunangan kamu itu rakan sekerja

kamu juga kan " ujur Dato Idham

" Betul itu Dato , Insyaallah hujung bulan ini saya akan bertunang , Umi dan Abah itu sudah

tak sabar mendapat menantu " Ujur Fahmi sambil ketawa

" Baguslah , kalau sudah sampai jodoh , lebih baik di percepatkan urusan yang baik itu. Jangan

memperlambatkan tak baik , dan  kamu Zakri bila pulak hendak ikut jejak Fahmi " kata Dato Idham,

tersedak Zakri mendengar soalan dari Dato Idham itu , namun jawapan yang di beri oleh

Zakri cukup ringkas dan bermakna  " Insyaallah Dato , saya pun akan bertunang  mungkin seminggu

selepas pertunangan Fahmi, itu pun kalau tiada halangan lah "

" Insyaallah semua akan berjalan lancar "

" Amin!!!" Ujur Fahmi dan Zakri serentak.



(bersambung...)