16 June 2012

SeLaMaT hArI bApA

Assalamulaikum kawan2ku semua ..

Hari ini sabtu minggu ke dua  .. hari  ini juga merupakan hari  bapa buat seluruh bapa yang berada  diserata
dunia .  Ayah , baba , walid , papa , daday  itulah merupakan panggilan buat sang lelaki yang telah bergelar
bapak ..   Tanpa mereka tidak mungkin kita akan wujud  di muka bumi ini ..

Ini kisah aku dan papa aku

Teringat kisah aku masa kecil dulu-dulu .
 Aku merupakan satu2nya anak perempuan , setiap kali Papa hendak ke pejabat
papa mesti membawa aku round2 pusing satu kawasan rumah di terengganu , walaupun
papa tahu dia sudah lambat ke pejabat , namun demi aku dan abang2ku   dia sanggup lakukan
apa sahaja , asalkan kami 5 beradik dapat kasih sayang serata . Papaku tidak mahu anak2nya
tidak merasakan kasih sayang berbeda  terutamanya aku . Kerana aku di lahirkan tanpa kasih
sayang seorang ibu kandung . Kasih sayang papa terhadap aku dan abang2ku tidak pernah berbeza2
walaupun papaku berkahwin lain . dan aku tahu kenapa papa berkahwin lain , biarpun masa itu
aku tidak suka akan ibu tiriku . Tapi demi papa aku menerima ibu biarpun hati tidak rela , tapi papa tahu
bahawa aku dan abang2ku juga ingin merasakan kasih sayang seorang ibu. Papaku seorang bersahaja , santai  dan cool tapi kadang-kadang itu kelam kabut jugak . (hahahahhaa)


SeLaMaT hArI bApA  Buat papaku iaitu Mohd hj Abdullah ..

Papa .. Yam sayang papa .. Terima kasih atas kasih sayang yang papa berikan

kepada yam dan abang2 yam .. opss terlupa pulak  Selamat hari bapa jugak buat abangku

yang sulung iaitu Ahmad Kamal Fitri . p/s : Jadilah seorang ayah yang baik buat anak2nya seperti

mana papa berbuat baik kepada kita..