08 November 2014

Lift oh Lift

Asslamulaikum ..

Hye hari nie entry aku pasal lift .. adoii bukan nak cakpa apalah kan , lift dekat opis aku nie
dah hampir 5 bulan rosak , tapi sampai sekarang masih tiada orang datang baiki . bukan tak ada
buat komplen  , dulu selalu sangat buat komplen pasal lift rosak , depa datang baiki tapi sekejap
jelah , pastu xada datang lagi dah . tapi kesian dekat kwan opismate aku dari dia mengandung smpai
dia nak dah nak bersalin lift msih belum di baiki .. hehe mungkin ada tertanya macam mna lift boleh
rosakkan ... ok kejadian ini berlaku pada bulan 7  . time 2 rmain yang cuti raya , masa 2 ada
akk opis aku g keja  dialah yang tersangkut dekat dalam lift 2 .. hurmm sejak kejadian itulah
lift sampai sekarang tak ada orang datang baiki , hanya bila komplen sahja diaorang datang
baiki . Aku sendiri pun penat gak naik tangga . semput aku kata kau . kalau opis aku tingkat 2 x pe
nie tingkat3 ..penat jgn ckplah . bilalah lift opis aku nie hendak dibaiki

06 November 2014

bila migrin menyerang

Assalamulaikum

Alhai entah kenapa tiba-tiba hari nie migrin datang menyerang sampai terasa nak terpitam
nasib baik dapat kawal diri daripada pitam . Kalau tidak memang akan dijadikan bahan
jenaka oleh kawan2 opis aku lah .. hurmm bila ckpa tentang migrin nie , kerana migrin nie
jugaklah aku di suruh berhenti keja kat tmpt lma , dulu pernah lah g hospital buat xray dkt bahagian
kepala takot ada ketumbuhan or apa2 pnyakit lah tapi doktor cakpa tak ada pape pun . padahal
aku sakit kepala bagai nak terpecah kepala otak nie

ok kat sini aku ceritakan sedikit apa itu penyakit migrin ,

Hampir setiap orang pernah merasakan pening atau sakit kepala. Data perubatan juga menunjukkan bahawa 90% masyarakat dunia pernah mengalami gangguan ini sekali atau dua kali dalam setahun. Sakit kepala juga menjadi alasan terbanyak kedua seseorang untuk bertemu doktor samada di klinik atau hospital.

Sakit kepala ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.Ia juga kadangkala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura.

Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh. Sakit kepala ialah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang. Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus.

Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening, loya, muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi atau cahaya.


PUNCA SAKIT KEPALA

1. EMOSI DAN STRES

Beban pekerjaan yang terlalu berat sering sekali menyebabkan sakit di kepala. Ini kerana setiap yang menimbulkan ketegangan atau stres akan membuatkan kita lebih mudah diserang sakit kepala atau migrain. Sakit kepala yang disebabkan oleh tekanan emosi ini disebut sebagai sakit kepala fungsional atau tension headache.

Gejalanya bermula dengan ketegangan di otot leher, bahu, dan tengkorak akibat tekanan emosi. Sakitnya selalu dimulai dari kepala di sebelah belakang, menuju ke hadapan, lalu ke kedua sisi kepala. PUrutan ringan di bahagian tersebut boleh mengurangkan sakit kepala, namun setelah beberapa ketika sakit akan kembali semula.


2. PERUBAHAN HORMON

Sakit kepala yang diakibatkan oleh perubahan hormon ini biasanya merupakan sakit kepala berat yang terjadi di salah satu sisi kepala. Umumnya, sakit kepala ini dirasakan lebih berat berbanding sakit kepala akibat ketegangan. Pengidap sakit kepala pada wanita kira-kira tiga kali lebih ramai dibandingkan dengan lelaki. Penyebab utama ialah kerana perubahan hormon.


3. PERUBAHAN CUACA

Kenaikan suhu udara seringkali menyebabkan timbulnya sakit kepala berat. Dalam sebuah kajian yang dijalankan, 7.5% responden mengalami sakit kepala ketika cuaca panas.


4. BAUAN YANG KUAT

Pernahkah Anda merasa pening ketika mencium bauan minyak wangi? Bauan minyak wangi yang kuat boleh menyebabkan pening kepala. Belum diketahui mengapa hal ini terjadi, namun para saintis mendakwa bau yang memiliki aroma yang kuat akan merangsang sistem saraf. Selain wangian, bau cat dan bahan kimia juga boleh menyebabkan sakit kepala.


5. AKSESORI RAMBUT

Cara kita menghiasi rambut juga boleh mempengaruhi kepada kepala. Mengikat rambut terlalu kuat boleh membuat jaringan tisu di kepala menjadi tegang dan mengundang sakit kepala. Penyepit rambut dan topi yang terlalu sempit akan menyebabkan sistem saraf kepala menjadi lemah.


6. SENAMAN

Senaman yang terlalu berat, termasuk juga hubungan seks yang terlalu kerap juga boleh menyebabkan sakit kepala. Kegiatan fizikal yang berlebihan boleh membuat pembuluh darah di kepala dan leher bengkak dan tertekan. Sakit kepala yang disebabkan senaman yang tidak teratur atau seks lebih mudah menyerang orang yang sering terkena migrain.


7. TRAUMA
Sakit kepala juga akan menyerang apabila seseorang itu pernah mengalami kecederaan terutama di bahagian kepala walaupun kecederaan tersebut hanya sedikit. Namun ia boleh mendatangkan kesakitan di kepala berminggu-minggu lamanya.


8. MELAMBATKAN MAKAN TENGAHARI

Perut yang kosong kerana tidak sempat makan tengahari boleh menyebabkan seseorang itu sakit kepala. Perut kosong juga boleh membuatkan gula di dalam darah turun, sehingga menyebabkan badan merasa kurang berupaya.

Oleh itu, makanlah tepat pada waktunya dengan makanan yang seimbang. Hindari memakan makanan manis seperti cokelat dan makanan ringan (snek) untuk mengisi perut yang kosong. Gula dari makanan manis akan membuat gula di dalam darah naik mendadak dan seterusnya akan turun lebih rendah lagi.


9. ALERGI

Gangguan allergi sering disertai dengan gejala hidung berair, mata merah dan kerongkongan terasa sakit. Kemunculannya dapat ditimbulkan oleh makanan tertentu atau segala sesuatu yang boleh menimbulkan alergi.


10. MEROKOK

Merokok termasuk dalam penyebab sakit kepala, bukan cuma terhadap orang yang merokok, tetapi juga perokok pasif di sekitarnya. Kandungan nikotin akan menyebabkan pembuluh darah ke otak menyempit sehingga mengakibatkan aliran darah ke otak berkurang.


11. KAFEIN

Mereka yang sering sakit kepala biasanya gemar meminum kopi. Kadang-kadang kafein boleh menjadi kawan, namun kebiasaannya ia akan menjadi lawan bagi orang yang mengidap penyakit sakit kepala.


12. RESDUNG

Biasanya mereka yang mengidap resdung akan mengalami sakit kepala. Apabila lubang hidung tersumbat atau selesema berpanjangan, aliran darah menuju ke kepala akan mengalami gangguan sehingga menyebabkan sakit kepala atau migraine.


MIGRAIN

Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang, berbeza tahap kesakitannya, kekerapan dan jangka masa serangan.
Perkataan migraine berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud sakit kepala sebelah.

Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache.


JENIS MIGRAIN
1. Migrain tanpa aura
2. Migrain dengan tanda aura
3. Opthalmoplegic migraine
4. Status migrain


PUNCA MIGRAIN

1. Genetik/keturunan.

2. Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.

3. Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.

4. Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia.

5. Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah.

6. Tekanan perasaan atau ’stress’.

7. Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman beralkohol.

8. Cahaya yang sangat terang.

9. Perubahan cara tidur atau tidak cukup tidur.

10. Letih yang keterlaluan.

11. Pengambilan pil ‘ contraceptive’.

12. Haid yang tidak teratur.

13. Pengambilan pemanis tiruan seperti sakarin.

14. Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate.

15.makanan yang mengandungi histamine, ‘vasoctive agent’ dan MSG (Monosodium Glutamat).


TANDA MIGRAIN

1) MIGRAIN TANPA AURA

a. Rasa berdenyut-denyut di sebelah kepala dimana, pesakit ternampak bayangan bergaris- garis.
b. Sering terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat.
c. Berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi.
d. Denyutan yang dirasakan amat sakit, apabila disentuh penghidap boleh pengsan.


2) MIGRAIN DENGAN TANDA AURA

a. Ianya jarang berlaku.
b. Pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar dan kemudiannya hilang.
c. Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan.


2) OPTHALMOPLEGIC MIGRAIN

a. Ianya terlalu jarang berlaku.
b. Sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara.
c. Mata akan menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine).
d. Pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit.


4) STATUS MIGRAIN

a. Ia berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan.
b. Boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok.
c. Migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang.


5) BENTUK SERANGAN MIGRAIN

a. ’Severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya.
b. ‘Local’ - kulit bertukar menjadi merah sedikit atau kelihatan pucat.
c. ’Pallor’ - berpeluh-peluh.
d. ‘Sono’ - sensitif terhadap bunyi bising
e. ’Photophobea’ - sensitif pada cahaya
f. ’Speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala


RAWATAN DI KUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIK

Sakit kepala atau migraine mempunyai pelbagai jenis. Antara jenis sakit kepala seperti:-

• Sakit kepala karena belaku ketegangan. Gejalanya diawali dengan ketegangan di otot leher, bahu dan tengkorak akibat tekanan emosi. Sakitnya selalu berawal dari kepala belakang, merambat ke depan, lalu ke kedua sisi kepala.

• Sakit kepala kerana migrain. Umumnya sakit kepala yang dirasakan lebih berat berbanding sakit kepala akibat ketegangan. Migrain selalunya dirasakan pada satu sisi kepala saja dan sering juga di belakang salah satu mata. Maka, muncullah istilah “sakit kepala sebelah”. Pengidap migrain pada wanita tiga kali lebih ramai dibandingkan dengan lelaki.

• Sakit kepala kerana pelbagai gejala. Gangguan ini terutama menyerang kaum lelaki. Gejalanya berupa berdenyut luar biasa dan umumnya terfokus di sekitar rongga mata dengan mata berair dan hidung selesema.

• Sakit kepala kerana pelbagai komplikasi penyakit lain seperti sinusitis, mata berair, selesema berpanjangan, batuk berpanjangan dan akibat penyakit kronik seperti kanser, senggugut, dan pelbagai penyakit lain.

• Tumor, stroke, atau mungkin sukar tidur juga menjadi penyebab sakit kepala mendadak yang berdenyut. Akibatnya, tubuh terasa lemah dan disertai dengan penglihatan yang kabur. Sakit kepala ini bermula dengan dengan kecil dan semakin parah di pagi hari.

• Jika sakit kepala disertai dengan demam dan sakit leher, kemungkinan Anda diserang meningitis.

• Apabila sakit kepala muncul tiba-tiba dan sangat berdenyut, pertandanya ialah terdapat pembuluh darah arteri di otak yang pecah. Jika ini terjadi, ia dapat mengancam nyawa.

Jika anda mengidap sakit kepala berpanjangan atau magrain dan membuat rawatan di Kumpulan Perubatan Elektronik, kami bersedia membantu anda dengan memberikan anda ubat khusus merawat sakit kepala dan migrain secara semula jadi.

Ubat yang kami bekalkan hanyalah berbentuk tablet diperbuat dari glukos yang dipancarkan ribuan penawar gelombang elektromagnetik bertujuan supaya ia dapat memperbaiki kerosakan DNA pesakit migrain, memperbaiki sistem saraf kepala dan menguatkan imunisasi tubuh.

Anda dikehendaki bersabar apabila mengamalkan perubatan elektronik, kerana antara fungsi Perubatan Elektronik ialah laksana scanner terapi dalaman yang berfungsi sebagai urutan dalaman.

Jika terdapat sel-sel dan saraf tubuh pesakit yang tidak berfungsi dengan baik, maka Perubatan Elektronik akan berusahaya memperbaikinya secepat mungkin, kerana tenaga yang terkandung di dalam perubatan elektronik lebih kuat dan lebih halus berbanding nano ( 125,000 kali ganda).

Oleh itu, mereka yang mengidap sakit kepala atau migrain dan mengamalkan Perubatan Elektronik akan berasa sakit sedikit di bahagian kepala. Ini adalah fenomena biasa, kerana Perubatan Elektronik bertindak secara semula jadi dan pesakit akan merasai tindak balas ubat buat seketika.

Anda dinasihatkan supaya janganlah putus ubat kerana ia adalah proses penyembuhan sedang berlaku. Ini diibaratkan laksana kita membersihkan longkang rumah kita yang sudah tersumbat bertahun-tahun lamanya.

Ketika kita sedang membersihkan longkang tersebut, longkang akan bertambah kotor buat seketika. Namun, apabila kita siram dengan air sebanyak mungkin dan kotoran mengalir ke longkang besar, maka longkang rumah kita akan bertambah bersih.

Begitu juga di dalam Perubatan Elektronik. Anda digalakkan meminum air sebanyak mungkin supaya penyakit anda akan mengalir mengikut perkumuhan tubuh secara semula jadi seperti melalui air kencing, pembuangan air besar, peluh dan kahak.

Jika anda tidak tahan dengan tindak balas Perubatan Elektronik, anda disarankan mengurangkan dos ubat yang dibekalkan iaitu makan dua kali sehari sehingga anda merasa selesa. Selepas itu anda dikehendaki mengamalkan perubatan elektronik seperti biasa iaitu tiga kali sehari. Jangan putus ubat. Anda dikehendaki mengamalkan Perubatan Elektronik selama empat hingga enam bualan sehingga penyakit anda benar-benar pulih.

Natijahnya, Perubatan Elektronik sangat sesuai untuk penyakit seperti sakit kepala, migraine, tumor, saraf otak dan pelbagai penyakit berkaitan saraf kepala.

05 November 2014

penyakit mulut kaki dan tangan

Assalamulaikum ok nak review sedikit tentang pemyakit nie

Pengenalan
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.
HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.
HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala
Ciri-ciri klinikal termasuk:
  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
Komplikasi
  • Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung
Rawatan
Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.
Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.
Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.
Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Ok itulah serba sedikit  review saya tentang penyakit kaki mulut dan tangan , alahai 

kesian kat anak buah aku yang terkena nie penyakit   nie , kesian dia dah lah putih 

nampak kesannya



inilah anak buah aku yang terkena penyakit mulut kaki dan tangan

04 November 2014

kurang puas hati

Assalamulaikum ..

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang aku kurang puas hati kan . ok kat sini
aku cerita lah . aku kurang puas hati dengan servies GDEX . nak tahu kenapa
sebabnya ialah awal bulan 10 aku ada order flayers (utk kegunaan opis) ,dari awal bulan aku order sampai sekarang belum aku dapat lagi , bila call je kata tengah order , cer korang fikir tak akan nak mengoder smpai ambil masa 1 bulan lebih  kalo dlu aku order x smpai 2 minggu flayers itu akan sampai opis aku  tapi bulan lepas aku order smpai ke hari nie belum sampai lagi . ok siapa tak benggangkan , lagi aku kurang puas hati , semalam sepatutnya despatchGDEX akan datang ke opis ak utk pickup document  ,entah kenapa semalam mamat GDEX
nie xada datang plak , sudahlah itu document penting yang setiap hari aku kena hantar kepada
bank .. tapi aku harap sangat lah hari nie mamat GDEX itu datanglah utk collect document aku
tension makkkkk ..


ok smpai sini je celoteh saya . moga kita berjumpa lagi dengan entry yang baru
Insya Allah ..

03 November 2014

Keliru

Assalamulaikum

ok aku sering kali terkeliru antara pakwe aku dan ex boy ak , kadang-kadang aku sedar yang aku

sering melebihkan ex aku daripada pakwe aku .. hurmm kdang2 aku juga sering samakan

pakwe aku dengan ex aku , ntah aku tak tahu adakah pakwe aku terasa ke tidak

bila sering kali aku samakan dia dengan ex aku . aku tahu yang aku sebenarnya masih sukar untuk

melupakan ex aku . sebab itulah kadang2 aku sering terkeliru antara pakwe aku dengan ex aku


ok sampai sini je celoteh saya .. nanti jumpa lagi ..

Bila Gaji dah Masuk

Asslamulaikum ...

Ok masih ingat lagi tak pada entry aku yang "Gaji oh Gaji" hihhi ok alhamdulilah hari sabtu

gaji dah masuk .. ok apa yang aku buat bila gaji dah masuk

huwaaa menangis aku bulan nie ,  yelah macam mna aku tak menangis  dapat gaji terus g

baiki motor kesayangan aku .. nak tahu apa yang aku tukar dan brpa byaran dia

1 . aku tukar starter motor ( kedai motor suggestion ambil bateri yg kering drpda air)
2. aku tukar tayar ( sbb tayar lama dah pecah)
3. aku tukar tiub ( tayar dah pcah tiub plak tayar pun pcah gak)
4. aku tukar lining utk break blakang ( hahaha nie mmg kena tkar , sbb apa sbb aku bawa motorkan so skrg jln licin akibat hujan , dan aku hmpir terbabas gak )

Jumlah keseluruhan hampir rm200.00 aku kena bayar  .. adoii nasib baik dapat diskaun dr

aunty kedai motor 2 , sbb aku dah biasa  g baiki motor kedai dia ..


hihihi ok lah sampai sini dulu celoteh saya . nanti kita jumpa lagi .. Insha Allah