18 January 2014

Dia Jodohku (Bab15)

Iskandar telah dibicara diatas tuduhan mencedera dan mendera Hannah di atas  AKTA KEGANASAN

RUMAH TANGGA 1994 ,yang bawa hukuman penjara selama 15 tahun dan denda sebanyak

RM2000.00 ataupun kedua-duanya sekali.  Mak Minah hanya mampu mengesat airmatanya sahaja apabila

mendengar  bicara Iskandar .  Iskandar hanya mengganguk kepalanya sahaja , tanda faham apa yang telah

di sampaikan oleh  Encik Hamidi pembaca result tersebut.


Suhaila dan Zakri masih lagi bermasam muka , Zakri dengan keegooannya dan Suhaila jugak sama,

masing-masing tidak mahu mengalah . Zakri masih belum dapat melupakan peristiwa yang dia

lihat seminggu sebelum hari pertunangan Fahmi dan Athirah , malam yang mereka bergaduh  besar dia

melihat Suhaila pulang dengan lelaki lain , namun dia tidak tahu siapakah generangan lelaki tersebut .

Kehadiran Khairul bekas tunang Suhaila benar-benar mengugat kesabaran diri Zakri , dia ingin cepat-cepat

melamar Suhaila namun apa daya dirinya kerana Suhaila sering kali mengelak diri bila bercakpa

tentang perkahwinan.  Bagi Suhaila dia sendiri kekeliruan sebenarnya , antara cintanya pada

Zakri dan kasihnya pada bekas tunangnya  Khairul  menyebabkan dia ingin menyendiri kini .

Kehadiran dua jejaka yang berbeza latar belakang namun telah berjaya memikat hati wanitanya,

kini dia hanya mampu berserah pada takdir , entah siapakah jodoh dia yang sebenarnya .

Khairul lelaki pertama yang berjaya memikat hatinya semasa sekolah menengah namun lelaki itu

jugaklah akhirnya menyakiti hatinya di saat hanya tinggal berapa bulan hari persandingan mereka ,

dan Zakri pulak adalah seorang lelaki yang penuh dengan keegooan yang tinggi , anak kepada kepada

CEO Syarikat Seraya Industries Dato Hafiz , namun Zakri itu cumalah anak sedara  kepada

Dato Hafiz , ibu dan ayah Zakri meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan lebih

malang ketika itu Zakri sedang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah , 

itulah kisah Zakri yang serba sedikit yang dia tahu . 

  (bersambung....)