Khairul memikirkan kata-kata sahabat baiknya itu , apakah benar isterinya berlaku curang kepadanya ,
sebenarnya dia sendiri curiga dengan tingkah laku Zahnita sejak akhir-akhir ini , isterinya sering kali
pulang lewat , bila di tanya ada sahaja alasan yang diberikan . Namun alasan yang diberikan oleh
Zahnita kadang-kadang membuatkan Khairul menjadi benggang , dia merasakan bahawa Zahnita telah
berlaku curang di belakangnya .
Zahnita merasakan dirinya begitu hebat sekali , setiap ucapannya di percayai oleh suaminya
Khairul , dia merasakan Khairul itu seorang lelaki yang mudah di pergunakan , seperti mana dia
memerkap Khairul supaya berkahwin dengannya , dengan menyatakan dirinya mengandung
anak Khairul , sedangkan anak yang di kandungnya adalah anak teman lelakinya iatu
Harun , dia telah berpakat dengan Harun untuk mempermainkan Khairul , dan membolot
harta Khairul . Khairul merupakan seorang Eksekutif sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia
namun senang di perdaya oleh wanita yang tamakkan harta seperti Zahnita .
Khairul telah surat arahan untuk pergi berkursus di negeri bawah bayu iaitu Sabah selama
2 minggu , namun khairul merasa berat hati untuk meninggalkan isterinya Zahnita, namun setelah
berfikir panjang dia ingin melihat apakah benar kata sahabat baiknya Fakhrul bahawa
isterinya berlaku curang di belakangnya , dan penuh semangatnya Khairul memandu
kereta untuk pulang ke rumah .Dalam fikirannya sekarang adalah perangkap yang akan
dipasang olehnya untuk isterinya , dari jauh dia melihat bahawa kereta Zahnita sudah
ada diperkarangan rumah ,dia tahu bahawa Zahnita sudah ada dirumah , dengan rasa
berat hati dia melangkah masuk ke rumah .
" Assalamulaikum sayang " ujur Khairul
"Walaikumusalam , awal abang balik ?" ujur Zahnita yang agak sedikit terkejut melihat Khairul
pulang awal ke rumah .
"mmm.. Malam nie abang kena flight ke sabah ada kursus dekat sana " ujur Khairul tenang
" abang nak pergi sabah malam nie , tiket kapal terbang dah ada ke? , berapa lama abang ke sana"
bertubi -tubi soalan yang keluar dari mulut Zahnita.
" abang pergi seminggu lebih , tiket flight setieusaha syarikat abang sudah belikan ." balas Khairul ringkas.
Namun dalam hati Zahnita dia merasakan amat gembira sekali kerana selama seminggu lebih dia
bebas melakukan aktiviti sosial tanpa halangan dari suaminya .
Namun sebenarnya Khairul hanya berkurusus selama 2 hari sahaja , namun dia sengaja
membohongi isterinya melihat apakah selama ini isterinya telah berlaku curang .
" sayang , abang pergi dulu " ujur Khairul,
" abang hendak saya hantar abang ke airport tak ?" tanya Zahnita,
" tak apalah sayang abang pergi dengan pemandu kereta syarikat , ini kunci kereta abang,
kalau sayang nak guna , pakai jelah " ujur Khairul yang melangkah pergi . Zahnita hanya mengangguk
kepalanya tanda faham . Kini dia bebas melalakukan apa -apa sahaja buat masa satu minggu ini, tiada
siapa yang dapat menghalang aktiviti terkutuknya ini.
(bersambung)