07 January 2012

Dari Rm 1.00 ke Rm 1000 dan ke Rm 700.00

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera

dua hari lepas aku ada post enrty " Duit dalam poket ada Rm 1.00"..
 tp aku hari nie aku nak postkan  enrty yang tertera di atas..  kemarin gaji dah masuk ,
so petang semalam balik keja je aku terus ke bank..
wooooooo!!!!!!!!!!! terkejut beruk aku tgok duit dalam bank ada rm 1000 lebih .. macm aku x percaya je..
tapi hari duit aku just tinggal rm 700.00 .. mesti korg pelikkan mcm ner duit aku leh abis kan.. hahaha

yang pertama .. bila dapat gaji 2 .. aku g top up krdt rm 50.00 yela bab krdt aku dah kong .. t law xada krdt x leh aku nk msg ngan yang tersayang .. hehehe

yang kedua aku bg mak aku rm 100.00 huhuhu

yang ketiga tadi aku g kedai motor .. mula tengok je ttba terus berkenanan .. hurmm aku bayarlah
downpayment rm 1000.00 .. huwaaaa bis dah duit aku .. hahahhahaa

06 January 2012

Dia Jodohku (Bab 6)

Assalamulaikum  semua rakan 2 blogger aku .. mungkin sebelum nie ada yang pernah baca kisah
~Dia Jodohku dari bab 1 - bab 5~ .. melalui blog http://nada-nadacinta-maryam.blogspot.com/ .
di sebabkan blog aku itu ada masalah tak boleh nak post ke fb so aku pun buatlah blog baru ..
ini adalah sambungan dari bab1 hingga bab 5 .. selamat membaca semua <3



Sudah hampir dua minggu Hannah terlantar di hospital , seluruh ahli keluarga Suhaili masih setia menunggu

agar Hannah cepat sedar dari koma .  Mak Minah sentiasa menemani Hannah , biarpun Hannah itu

cuma menantunya sahaja, tapi Mak Minah amat menyanyangi semua menantunya . Hubungan Suhaili

dan Zakri juga mendapat restu dari seluruh ahli keluarga Suhaili , begitu juga dengan ahli keluarga Zakri

yang memberi restu pada hubungan mereka . Namun yang mengetahuai mereka berhubungan hanya

Athirah dan Fahmi sahaja , Zakri tidak mahu rakan sekerja mereka yang lain dapat menghidu  hubungan

mereka , kerana semasa  di opis  hubungan mereka seperti anjing dan kucing pantang berjumpa pasti

akan bertengkar , namun siapa sangka mereka berdua boleh menjalinkan hubungan cinta secara

rahsia .

Datin Munirah ibu kepada Zakri amat menyanyangi Suhaili , saban hari Datin Munirah mendesak

Zakri agar menyunting Suhaili menjadi menantunya , walaupun pada mulanya dia terkejut mendapat

tahu siapa Suhaili yang sebenarnya . Namun hatinya mula tertarik dengan sikap Suhaili menyebabkan

Datin Munirah dan Dato Hassan menresetui hubungan mereka , malah saudara mara mereka juga

senang dengan sikap Suhaili.

" Alang " panggil Datin Munirah  kepada Zakri

" ye ibu " jawab Zakri

" Alang dengan Suhaili bila nak bertunang , ibu dan abah amat berkenanan dengan Suhaili"

  ujur Datin Munirah.

Namun pertanyaan Datin Munirah itu tidak dapat di jawab olehnya , kerana dia baru sahaja

mengenali hati Suhaili  ,Zakri tahu ibu dan abahnya menyanyangi Suhaili , Suhaili seorang gadis yang

pandai mengambil hati orang tua , namun dia tidak mahu tergopah-gopah ,dia mahu kenali lebih

dekat sikap dan perangai Suhaili dulu , tapi desakan ibunya serta saudara mara dia yang lain

 menyebabkan Zakri serba salah.

" Alang , kenapa diam sahaja " ujur Datin Munirah,

namun belum sempat lagi dia mahu menjawab pertanyaan ibunya itu ,

kakak ngah menyampuk secara tiba -tiba sahaja,

" ibu hendak tahu kenapa Alang tidak mahu bertunang dengan Suhaili , ? ujur Farah

pertanyaan Farah itu membuatkan Datin Munirah ingin tahu ,  " kenapa  Angah , cuba kamu

bagitahu dekat ibu " , " kalau ibu nak tahu mereka berdua dekat office macam anjing dan kucing

pantang berjumpa pasti bergaduh , lagi pun kalo ibu nak tahu setiausaha Alang 2 syok

dekat Alang" ujur Farah panjang lebar ,

"apa Angah kata , Si Aiza suka dekat Alang " gelak Zakri.

"La Alang tak tahu ke , kecoh satu pejabat dah , cuba Alang tengok cara dia berpakaian,

seksi macam itu kerana ingin mendapat perhatian Alang sebenarnya" ujur Farah lagi

" Angah tahu tak cara dia berpakaian seperti tak cukup kain sahaja , " ujur Zakri .

Perbualan dua beradik itu hanya mampu di dengar oleh Datin Munirah  sahaja ,

dia sendiri juga tidak berkenanan dengan setiausaha Zakri itu , gadis yang sukar

dia tafisirkan , terlalu gedik sekali .

( bersambung)

05 January 2012

jalan jem

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini hari kedua alam persekolahan di buka , perghh aku boleh katakan pagi nie
jalan memang sesak gila lah .. selalu aku kuar kol 7.40  akan sampai opis dlm 7.45 mcm 2 lah
tp pagi tadi aku kuar kol 7.40 gak akibat jalan jem  aku smpai  opis hampir kol 8.00 pg ..

pergi  keja jalan jem , balik keja lagilah jem , budak2 baru  blik sekolah , tp nsib baiklah aku nie bwa moto so bolehlah lalu celah kenderaan ..

HARI MALANG BAGI AKU

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Tension Tension !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku hari nie , masuk opis je kena marah  ,  sakit betol hati aku
tahulah korang 2 bos tp agak 2 la wei .. hurmm rasa nak berhenti hari jugak pun ada ..

tp aku terpaksa tahan jelah dengan kemarahan mereka

04 January 2012

skype

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera


Skype .. <3 <3

aku baru je pass buat skype .. dan mencari teman2 yang sudi add aku dekat skype

kalo ada yang sudi add la kat skype ada ,

my im sykpe : maryam.rizal


hehhe

duit dalam poket ada rm1.00

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Memandangkan bos aku ada meeting kat atas , so aku ambil peluang nie  mengupdate status kat blog nie,
tadi aku bukak lah dompet aku , aku tengok duit dlm dompet aku aku ada RM1.00 je .. adoii .. tapi nasib baiklah aku berposa ganti hari nie .. tp besok duit gaji masuk .. yahooo!!!!!! kaya balik aku pas nie , hurmm
bonus !! kawan2 aku cakpa ada bonus tp x masuk lagi .. ntah ler ..

BOS DATANG PULAK

Assalamulaikum dan salam Sejahtera

Baru pagi tadi aku update status  " HARI YANG PALING SERONOK"  Tapi keseronokan aku hanya
pada pagi tadi sahaja .. ttba wktu petang mcm nie bos masuk pulak .. adoiii nasib baik x kantoi td .. perghh sungguh pandai aku cover line ..

Hari yang paling seronok !

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera


Seronok sungguh hari ini .. sebab bos besar xada , so aku best buat apa saja kat opis neh .. huhu tentang mmber 2 aku buat x kisah jew .. huhu memang hari nie hari best sedunia bg aku .. keja pun x bnyk .. sbb
Proton   cuti so x bnyk enquiry la .. tp besok confirm pening kepala .. adehhh  .. tp aku pelik gak kenapa opis aku x ttup ek , sbb syarikat yang lain ttup .. hurmm keja jelah ... tp best sbb x bnyk keja .. .. just tggu barang sampai dr supplier je .. aduhhhh bila cakpa pasal barang nie , aku dah benci siot , bilalah nk ada
penganti 2 , aku dah x larat sebenarnya ..  tp aku sebenarnya pun x tahu aku nie pegang jawatan apa ?
dulu dia tawarkan aku Sales Coordinated tp bila aku tgk silip gaji aku cuma kerani biasa je .. aku pun xtahu.

03 January 2012

sekolah

Assalamulaikum dan selamat sejahtera

Esok dah mula sekolah .. huhu rasa seronok sangaat tgk budak g sekolah ..kalo lah aku dapat ulang kembali zaman sekolah aku nk ulang blik aku nk blaja bersungguh , tp sayangnya aku dah tamat zaman sekolah
huhuhu.. bestnya sekolah nk ulang balik




selamat kembali zaman sekolah kepada adik 2 aku

belajarlah rajin 

02 January 2012

OMBAK RINDU






Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


01 January 2012

derita cinta




Derita Cinta

Biarkan gelora melanda hati
Biarkan tangisan merintih
Begitulah pedihnya
Jiwa oh kasih

Kiranya panas yang kuharapkan
Tetapi derita yang tiba
Begitulah suratan hidup
Insan bercinta

( korus )
Dulu aku pernah menderita
Bila hatiku kau lukakan
Oh... oh... kini kau pula merasakan
Bersama dia yang kau puja

Padaku usah kau merayu
Hatiku telah dimilikki
Cukuplah yang kurasa duka
Derita cinta