21 January 2013

Dia Jodohku (Bab 9)

Zahnita dan Harun di bawa pergi oleh pihak Ugama Islam  , air mata Khairul menitis satu persatu

bukan kerana sedih namun dia menyesal kerana selama ini dia tidak pernah mendengar

kata orang tuanya dan sahabatnya . Dia sanggup memutuskan pertunangan dia Suhaili ,

dia terperangkap cinta palsu Zahnita .  " En Khairul sila ikut kami untuk beri keterengan "

ujur Ustaz Azmeer  yang menepuk bahu Khairul perlahan , Ustaz Azmer tahu yang

sekarang ini , mesti Khairul  sedang berduka  bila mendapat tahu isteri tercinta curang

di bekalangnya . Dengan dengan lemah Khairul hanya mengangguk kepala sahaja .


Keluarga Khairul langsung tidak terkejut mendengar berita penagkapan Zahnita oleh pihak

pejabat Ugama Islam. Bagi Pak Yasin  dan Mak Iti , selama ini mereka tidak pernah

menganggap Zahnita itu sebagai menantu mereka , namun demi Khairul  mereka terpaksa

menerima Zahnita itu sebagai menantu , " bang , bukankah Iti katakan dulu , si Zahnita

itu tidak boleh buat menantu kita , tapi si Khai itu degil langsung tak nak dengar kata kita ,

sampai sanggup memutuskan pertunangannya dengan Suhaili " ujur Mak Iti panjang lebar ,

Pak Yasin hanya mengganguk kepalanya tanda setuju kata-kata  Mak Iti .


" Abang Chik , menangis air mata darah sekali pun masa tak dapat diputarkan kembali , isteri abang chik itu

sudah main kayu tiga di belakang abang chik " Ujur Ratnah adik bongsu Khairul , Khairul hanya

membatukan dirinya , kini dia rasa menyesal yang teramat sangat , andailah dulu dia tidak memutuskan

perhubungan dengan Suhaila , mungkin kini mereka telah berbahagia . " abang chik tahu abang chik bersalah

adik , tersalah memilih pasangan , sudah ada tunang sanggup abang chik putuskan , kerana ingin

bersama Zahnita " ujur Khairul sebak. " sudahlah chik jangan kau kenangkan lagi perempuan tak guna

itu , biarkan dia di penjara itu " ujur Najmi yang tampak marah sekali., " iyalah abang chik tahu semua ini

salah abang chik , mak abah , abang chik minta ampun dan maaf , andailah abang chik dengar cakpa

mak ngan abah supaya tidak berkahwin dengan Zahnita , dan tidak memutuskan pertunangan dengan

Suhaili semua ini tak akan terjadikan , Maafkan abang chik mak abah " Ujur Khairul  sebak sambil

mencium kedua-dua tangan orang tuanya . " Sudahlah chik , mak dan abah sentiasa memaafkan kamu ,

betul kata abang long kamu itu , jangan dikenangkan lagi peristiwa yang telah berlaku" Ujur Pak Yasin

sambil menempuk perlahan bahu Khairul . " Sudahlah Chik , kamu pergi ambil air sembahyang , pergi

sembahyang Asar  dan lepas itu mengaji al-Quran , semoga selepas itu kamu akan rasa hati yang tenang ,

berdoalah kepadanya memohon pentunjuk dariNYA " Ujur Pak Yasin lagi , "baiklah abah " ujur Khairul

ringkas , dan terus berlalu pergi dari situ .


(bersambung....)




01 January 2013

HAI SEMUA .. SELAMAT TAHUN BARU 2013... APA AZAM KORANG SEMUA PADA

TAHUN BARU NIE .. HURMMM BERCERITA PADA TAHUN BARU NIE ,  KISAH SEDIH

BERLAKU DALAM IDUP AKU , 2 HARI SEBELUM TAHUN BARU , AKU DAN DIA DAH

PUTUS , TAPI AKU PUTUS DENGAN DIA KERANA FITNAH DARIPADA SEORANG

PEREMPUAN YANG DENGKIKAN HUBUNGAN AKU DAN DIA . TAPI JUJUR DI

SEBALIK  LUBUK HATI INI MASIH SAYANG DAN CINTAKAN DIA LAGI..


AKU MASIH MENGHARAP CINTA DARI DIA .. LOVE HIM FOR EVER AND EVER

 Jangan PERNAH MENYESAL
mengenali seseorang kerana
seorang yang baik akan
membahagiakan, yang tidak baik
adalah pengalaman, yang
terburuk memberi pengajaran
dan yang TERBAIK ingat sebagai
KENANGAN.






KINI HANYA TINGGAL KENANGAN








17 December 2012

Dia Jodohku (Bab 8)

Zahnita tersenyum sendrian , impiannya kini hampir jadi kenyataan , selama 1 minggu Khairul berada

di Sabah kerana berkhusus . Namun Zahnita tidak tahu yang bahwasanya Khairul telah memasang

perangkap untuk dirinya tanpa dia sedar , tanpa berlengah masa Zahnita menelephon Harun untuk

mengkhabarkan berita baik ini ,  " Sayang "panggil Zahnita dengan suara manja , " ya sayang suami you tak

marah ke you call i malam nie " ujur Harun . " ala you nie , husband I pergi khusus 1 minggu dekat sabah ,

sayang malam ini you temankan I tidur boleh " ujur Zahnita dengan nada yang lebih manja lagi. Bagi Harun

inilah peluang keemasaan yang dia tunggu , impiannya untuk bersama Zahnita selama 1 minggu ini

hampir menjadi kenyataan , " U tunggu lagi 15 minit I sampai rumah U , I nak U pakai pakaian yang

I beli untuk U semalam , tak sabar rasanya I  nak rasa belaian manja U itu " ujur Harun sambil

berseloroh , " eeee gatal ya U nie , apa sahaja U suruh pasti I akan buat untuk U sayang  ,

Baik I tunggu U " ujur Zahnita kembali.

Khairul memerhati sahaja halaman rumahnya dari jauh , dia ingin menyiasat dengan sendirinya

benarkah isterinya Zahnita berlaku curang di belakangnya , seringkali dia mendengar rungutan

dari sahabat baiknya Fakhrul dan juga dari abangnya Najmi , tetapi Khairul buat tidak

tahu sahaja dari rungutan itu , namun entah mengapa secara tiba-tiba hatinya terdetik untuk

menyiasat apakah benar kata mereka itu . Hampir 2 jam Khairul memerhati halaman rumahnya

secara tiba-tiba sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu berhenti di halaman rumahnya,

Khairul hanya memerhati siapakah orang yang di dalam kereta honda itu . Keluarlah seorang lelaki

yang berbadan tegap seperti seorang bounser  , tidak lama kemudian  Khairul melihat Zahnita

pula keluar dengan pakaian yang seksi , hatinya sakit melihat tingkah laku isterinya itu . Kini

benarlah kata sahabat baiknya Fakhrul , bahawasanya isterinya memang berlaku curang di belakangnya.

Memang benar kata abangnya Najmi bahawa dia lelaki yang dayus , membiarkan sahaja isterinya

berlaku curang di belakangnya , hatinya benar-benar sakit dengan tingkah laku Zahnita , dulu   dia sanggup

memutuskan pertunangannya dengan Suhaili dan berkahwin dengan Zahnita di Selatan Thailand, namun

kini semuanya hancur berderai , Khairul tertanya-tanya apakah benar Zahnita mengandung anaknya

atau anak jantan tak berguna itu .

Tanpa berlegah masa Khairul menelefon pejabat Ugama dan memberitahu ada kemasiatan

berlaku di rumahnya . Tidak sampai 15 minit pihak jabatan Ugama datang menyerang

ke rumah Khairul ,Khairul hanya memerhati pihak Ugama dari jauh sahaja ,

" Assalamulaikum " ujur Ustaz Azmer, Harun dan Zahnita saling berpandangan

antara satu sama lain , hati mereka tertanya siapakah yang memberi salam itu , tanpa bersyak wangska

apa-apa pun  , Zahnita membuka pintu rumah  , alangkah terkejutnya apabila dia melihat

orang dari jabatan agama ke rumah , " wasalam , ye En apa yang boleh saya bantu " ujur

Zahnita  tenang , " Maaf menganggu Puan malam sebenigini , kami dapat aduan dari seseorang

mengatakan di rumah ini ada lelaki bukan Muhrim " ujur Ustaz Azmer kembali .

" eh mana ada lelaki yang bukan muhrim di rumah saya , dekat dalam itu memang la suami

saya " ujur Zahnita bohong sambil menarik tangan Harun , dari tadi Khairul hanya memerhati sahaja

hatinya bertambah sakit , bila mendengar pembohongan Zahnita itu . Tanpa berlengah lagi Khairul

terus keluar dari tempat persembuunyiannya , " maaf Ustaz  , saya suaminya yang sah , " ujur

Khairul tidak jauh dari situ , alangkah terkejutnya Zahnita dan Harun ketika itu , Zahnita menyangkakan

bahawasanya Khairul  telah pergi berkhusus ke Sabah , " erkk bukankah abang pergi

kursus di sabah selama 1 minggu " ujur Zahnita  dengan suara terketar-ketar . " Ya memang

aku beritahu dekat kau aku pergi berkursus di Sabah , Namun aku sungguh tak percaya

kau sanggup menipu aku selama ini , dan aku ingin tahu anak dalam kandungan kau itu ,

adakah benar anak aku atau anak jantan pirasit itu " ujur Khairul dengan suara yang amat marah sekali ,

sekali Zahnita hanya mampu tertunduk kepalanya , dengan suara yang perlahan  Zahnita

berkata " Ya dia bukan anak abang tapi anak Harun , maafkan Nita bang kerana telah menipu

abang , dan menghancurkan hubungan abang dengan bekas tunang abang dulu "

" kau memang perempuan murahan  , sungguh tak aku sangka yang aku boleh masuk perangkap

perempuan licik macam kau ini " jerit Khairul , " baiklah di hadapan semua orang ini ,

AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK 3 " ujur Khairul tenang , terduduk Zahnita

ketika mendengar ucapan itu , sungguh dia tidak sangka segala rancangan dia dan Harun berkecai

di tengah jalan .



bersambung

05 December 2012

HARI YANG TERAKHIR DI TMEH

Assalamulaikum semua ..

Diam tak diam esok 6.12.12 merupakan hari yang terakhir aku berkerja di company

TMEH ini , Kalau ikutkan hati memang berat untuk aku meninggalkan kawan2 aku

yang masih berkerja di sini . Namun apakan daya aku , bahawasanya aku telah mendapat

tawaran kerja yang lebih bagus lagi dari kerja skrg ..


SELAMAT TINGGAL KAWAN2KU SEMUA

24 November 2012

1 minggu lagi

Hai kawan 2 apa khabar sihat x? hurm rasanya dah lama dah yam x update status kat blog

nie , al-maklumlah bz dengan kerja  dan belanja memandu kereta ..

hurmm ckp pasal bljar memandu keta . diam x diam tinggal lagi 1  minggu

jew untuk test keta , tkot ,berdebar , gemuruh semuanya ada .

aq tkot kalo msa test jpj 6t aku terlampau nernous dan melanggar pagar macam mna mula

aku kena bljar keta dulu .. hurmm siapa ada petua nak ilangkan rasa gemuruh

dan gementar aku nie ..  hanya tinggal 1 minggu je lagi  ..

p/s : korang semua doakan lah semoga aku berjaya nanti yew ..

28 August 2012

Sakit gigi

Hai kawan .. Selamat hari raya ..

Aduhhh sakit gigi  sampai x terkatalah .. kesakitan yang membuatkan aku tak boleh nak tido

malam jadinya . sakitnya sampai ke urat saraflah. mmg betol menyeksa malam tidur aku ..

waktu aku menulis entry nie gigi aku masih sakit ag .. aduhh dah pelbagai petua yang aku search

dalam internet nie aku cuba , ubat2an pun dah bermacam aku amek , tapi sakitnya masih terasa ,

apatah lagi waktu malam , masa waktu tido lak 2 .. hurmm ramai nasihatkan aku supaya

pergi jumpa doctor gigi . Tapi aku takot ... hehehe sejak dari kecil lg aq tkot jumpa

doctor gigi ..

16 August 2012

SeLaMaT hArI rAyA

Askum / Hi kawan yang mengenali Maryam (Nada cinta) ingin mengucapkan


Kepada rakan yang ingin pulang ke kampung , berhati-hati lah pulang ke kampung memandu lah kenderaan
berhati-hati dan ingatlah orang yang tersayang .

 

08 August 2012

Kehilangan

Assalamulaikum kawan blogger semua . apa khbar sihat semua .. hurmm diam x diam dah hmpir'

2 minggu kita pose , minggu dpn minggu terakhir puasa..

Kehilangan .. mesti korang tertanya aku kehilangan apa kan .

Kehilangan seorang kawan . Ntah aku x tahu di mna silapnya , hanya kerana

mslah kecil sje , kami bergduh hebat di facebook . aku sebenarnya syangkan pershabatan

yang terjalin aku dan dia , dah hampir 10 tahun kami berkawan , sejak dr form 1 lg ,

tapi hati aku keras untuk memaafkannya . aku x nk kehilngan kawan sebenarnya

tapi apakan persahabtan yg terjalin putus tengah jalan . Tapi kalo benarlah dia seorang

kwan yg baik , dia pasti kenal tingkah laku kawan dia .. dan xakan mengeluh dengn sikap

aku yang sedikit panas baran nie ..

Maafkan aku kawan ..



21 July 2012

Dugaan di bulan puasa



Assalamulaikum .. Selamat berpuasa kwan2 warga blogger smua..

Tp adoii hari pertama puasa dah dugaan , sakit gigi  dan sakit kepala yang teramat sangat ,

namun terpaksalah aku menahan kesakitan sehingga tiba waktu brbuka nt .. adoii sakitnya gusi

aku nie ..  Dugaan di bulan puasa nie

00 kes Mengatasi Sakit Gigi dan Gigi Berlubang Tips And How To Prevent cavities






















13 July 2012

Seronok berkerja dengan Anak Bos

Assalamulaikum kawan2 semua ..

Apa khbaer , sudah lama rasanya tak menulis kat dalam blog nie .. hehehe

Selalu orang kata kalo anak bos berkerja , pasti sombong dan berlagak ( selalu tengok drama melayu ) tapi

aku bersyukur sangat dapat anak bos yang berkerjasama dengan aku , seorang yang baik dan peramah , dan

juga suka membuat lawak , sampaikan tak kering gusi aku gelak dengan telah mereka berdua .. opss sori

lupa nak bagitahu pulak , actually kedua-dua anak bos aku nie berkerja sama kat company  nie ..

Happening betul sekarang nie , boleh dikatakan satu kepala jugalah kami semua kat sini ..


hahaha

16 June 2012

SeLaMaT hArI bApA

Assalamulaikum kawan2ku semua ..

Hari ini sabtu minggu ke dua  .. hari  ini juga merupakan hari  bapa buat seluruh bapa yang berada  diserata
dunia .  Ayah , baba , walid , papa , daday  itulah merupakan panggilan buat sang lelaki yang telah bergelar
bapak ..   Tanpa mereka tidak mungkin kita akan wujud  di muka bumi ini ..

Ini kisah aku dan papa aku

Teringat kisah aku masa kecil dulu-dulu .
 Aku merupakan satu2nya anak perempuan , setiap kali Papa hendak ke pejabat
papa mesti membawa aku round2 pusing satu kawasan rumah di terengganu , walaupun
papa tahu dia sudah lambat ke pejabat , namun demi aku dan abang2ku   dia sanggup lakukan
apa sahaja , asalkan kami 5 beradik dapat kasih sayang serata . Papaku tidak mahu anak2nya
tidak merasakan kasih sayang berbeda  terutamanya aku . Kerana aku di lahirkan tanpa kasih
sayang seorang ibu kandung . Kasih sayang papa terhadap aku dan abang2ku tidak pernah berbeza2
walaupun papaku berkahwin lain . dan aku tahu kenapa papa berkahwin lain , biarpun masa itu
aku tidak suka akan ibu tiriku . Tapi demi papa aku menerima ibu biarpun hati tidak rela , tapi papa tahu
bahawa aku dan abang2ku juga ingin merasakan kasih sayang seorang ibu. Papaku seorang bersahaja , santai  dan cool tapi kadang-kadang itu kelam kabut jugak . (hahahahhaa)


SeLaMaT hArI bApA  Buat papaku iaitu Mohd hj Abdullah ..

Papa .. Yam sayang papa .. Terima kasih atas kasih sayang yang papa berikan

kepada yam dan abang2 yam .. opss terlupa pulak  Selamat hari bapa jugak buat abangku

yang sulung iaitu Ahmad Kamal Fitri . p/s : Jadilah seorang ayah yang baik buat anak2nya seperti

mana papa berbuat baik kepada kita.. 

07 June 2012

Hari yang menyakitkan

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Hari  ini menyakitkan hati aku . Semua orang nak salah aku je . mcm tadi aku tahu abang din

cuma bergurau je ngan aku , tapi seriusly aku terasa sangat dengan gurauan 2 ..

aku  benar rasa tension yang dengan guruannya ..

Aku benar tension sekarang .. semua orang nak salahkan aku jew ..

rasa  nak resign jew .. 

27 May 2012

Dia Jodohku ( bab7)

Khairul memikirkan kata-kata sahabat baiknya itu , apakah benar isterinya berlaku curang kepadanya ,

sebenarnya  dia sendiri curiga dengan tingkah laku Zahnita sejak akhir-akhir ini , isterinya sering kali

pulang lewat , bila di tanya ada sahaja alasan yang diberikan .  Namun alasan yang diberikan oleh

Zahnita kadang-kadang membuatkan Khairul menjadi benggang , dia merasakan bahawa Zahnita telah

berlaku curang di belakangnya .


 Zahnita merasakan dirinya begitu hebat sekali , setiap ucapannya di percayai oleh suaminya

Khairul , dia merasakan Khairul itu seorang lelaki yang mudah di pergunakan , seperti mana dia

memerkap Khairul  supaya berkahwin dengannya , dengan menyatakan dirinya mengandung 

anak Khairul , sedangkan anak yang di kandungnya adalah anak teman lelakinya iatu

Harun , dia telah berpakat dengan Harun untuk mempermainkan  Khairul , dan membolot

harta Khairul . Khairul merupakan seorang Eksekutif sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia

namun senang di perdaya oleh wanita yang tamakkan harta seperti Zahnita .


Khairul telah surat arahan untuk pergi berkursus di negeri bawah bayu iaitu Sabah selama

2 minggu , namun khairul merasa berat hati untuk meninggalkan isterinya Zahnita, namun setelah

berfikir panjang dia ingin melihat apakah benar kata sahabat baiknya Fakhrul bahawa

isterinya berlaku curang di belakangnya , dan penuh semangatnya Khairul memandu

kereta untuk pulang ke rumah .Dalam fikirannya sekarang adalah perangkap yang akan

dipasang olehnya untuk isterinya , dari jauh dia melihat bahawa kereta Zahnita sudah

ada diperkarangan rumah ,dia tahu bahawa Zahnita sudah ada dirumah , dengan rasa

berat hati dia melangkah masuk ke rumah .

" Assalamulaikum sayang "  ujur Khairul

"Walaikumusalam , awal abang balik ?" ujur  Zahnita yang agak sedikit terkejut melihat  Khairul

pulang awal ke rumah .

"mmm.. Malam nie abang kena flight ke sabah ada kursus dekat sana " ujur Khairul tenang

" abang nak pergi sabah malam nie , tiket kapal terbang dah ada ke? , berapa lama abang ke sana"

bertubi -tubi soalan yang keluar dari mulut Zahnita.

" abang pergi seminggu lebih , tiket flight setieusaha syarikat abang sudah belikan ." balas Khairul ringkas.

Namun dalam hati Zahnita dia merasakan amat gembira sekali kerana selama seminggu lebih dia

bebas melakukan aktiviti sosial tanpa halangan dari suaminya .

Namun sebenarnya Khairul hanya berkurusus selama 2 hari sahaja , namun dia sengaja

membohongi isterinya melihat apakah selama ini isterinya telah berlaku curang .

" sayang , abang pergi dulu " ujur Khairul,

" abang hendak saya hantar abang ke airport tak ?" tanya Zahnita,

" tak apalah sayang abang  pergi dengan pemandu kereta syarikat , ini kunci kereta abang,

kalau sayang nak guna , pakai jelah " ujur Khairul yang melangkah pergi . Zahnita hanya mengangguk

kepalanya tanda faham . Kini dia bebas melalakukan apa -apa sahaja buat masa satu minggu ini,  tiada

siapa yang dapat menghalang aktiviti terkutuknya ini.

(bersambung)

01 May 2012

SELAMAT HARI PERKERJA

Assalamulaikum kawan2 semua


SELAMAT HARI PEKERJA . APA ITU DEFINISI HARI PEKERJA/ HARI BURUH ADALAH :-



Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.























DARI MANA DATANGNYA ASAL-USUL INI :-


Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.
Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat.
Di Amerika Syarikat, perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September, 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati pencapaian serta sumbangan tenaga pekerja di sana. Namun banyak kesatuan pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi [saiz] ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di AS kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh. [1]
Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.
Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun sebelum itu di Australia, para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan berdemonstrasi bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak ada sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan datang. Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan betapa pantas idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas pekerja. Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya sekali supaya semua orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti menjadi perayaan tahunan dan berterusan.
Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja menentang borjuasi dan kelas pemerintah berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei akan menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit dan kemelaratan masa yang lalu..




13 April 2012

kawan opis kemalangan

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

Semalam petang aku dikejutkan dengan berita yang mengemparkan . kawan opis aq kemalangan

jalan raya. aku dan rakan2 opis yang lain rasa amat terkejut dan sedih sekali .

semalam sebelum kawan opis ak nie keluar , aku ngan dia sempat bergurau lagi , masih terniagang

di telinga aku  gurauan dia semalam . aku ngan dia mmg suka bergurau, ala gurauan sebagai rakan sekerja

sahaja....



apa2pun aku harap bini dia banyak bersabar .. aku kesian kat bini dia ngah prenet ..


* shamreman aku harap kau cepat sembuh*

28 March 2012

klinik yang paling aku takut pergi

Assalamulaikum dan Salam  Sejahtera

ada 1 tempat nie , sejak dr kecil hingga sekarang aku pling x suka pergi

ia adalah sebuah klinik .. hurmm  klinik pergigian adalah satu2nya klinik

yang paling aku x suka pergi , nak tahu kenapa x ?

sebab dari kecil lagi aku x suka pergi jumpa doctor gigi ..sebab doctor gigi 2

garang orangnya .. hihi (^_^).........................................................................................>



Aku ingat lagi masa umur aq 5 tahun ( kalo x salah ar) , masa 2 aku sakit gigi , so apa lagi

papa aq pun bwa aq g jumpa doctor gigi . perghh mula 2 masuk jumpa doctor 2 ,

punyala berani aq jumpa doctor , tapi sekali doctor bawa kuar peralatan  untuk cabut gigi ,

aku dah mula gelabah .. huhu.. gigi masa  dh kena bius , tapi masa doctor nak cabut gigi aq 2 ,

dengan tiba2 je aku bagun dah keluar berlari  akibat tkot punya pasal , puas papa aq pujuk

aq supaya g cbut gigi , tp ak tetap x nak .. hahaa!!!! .. sejak daripada hari itu

sampai sekarang aq tkot nk jmpa nak doctor gigi .. huhu


23 March 2012

hidup ini penuh dengan kedukaan

Assalamuliakum dan Salam Sejahtera..



Ya Allah minggu ini , minggu paling tension sekali bagi aku , semua orang nak salahkan aku

je . aku mmg dah x larat nak keja  kat ct2 tunggu masa yg sesuai je aku nak angkat kaki

dr tmpt keja ak 2 . kdang aku rasakan diaorg x pernah nak hargai apa kerja yg ak buat ,

cuma tahu cari kesilapan yang aku buat sahaja . Smlm kali pertama aku menangis di

office , sblum nie ak x pernah menangis biarpun di marah . aku memang terasa hati

dengan mmber opis aku , hurmm tadi ada sambutan birthday boss aku  dekat  rawang ( main office hq)

dekat sana diaorang seolah-olah mengata aku dari belakang , serius  aku mmg terasa

giler dengan diaorang .. aku pun manusia biasa gak , x pernah lepas dari buat kesalahan

tension .. aku dah xada mood nak kerja sebenarnya .. benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

19 March 2012

seronok sangat dapat jumpa dia

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera ..


Woo dah hampir 3 minggu rasanya aku x update status kat blog . rindu pulak rasanya  ..


hari jumaat lepas aku pergi kuantan g jumpa dia  ( pakwe aku ar) seronok sangat aku rasakan

yelah mna taknya , setahun dua kali jew dua kali dapat jumpa dia .. huhu .. tp sayangnya

aku xada amek gmbr bdua ngan dia .. itu yang sedih ckit ar ..


kat bwah nie just der 2 keping jew gmbr dia dan yang lebih ag gmbr aku je ..


CHUK SAYANG B SANGAT .. WALAUAPAPUN TERJADI CHUK TETAP AKAN SETA

BERSAMA B SAMPAI BILA 2 PUN .. HUHU









05 March 2012

TAK SABAR NAK JUMPA DIA

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Hai semua pembaca blog kau dan aku apa khabar .. hehe dah lama rasanya tak menulis kat

blog nie , almaklumlah lately nie buzzy ckit , keja makin bertambah banyak , sampai tak masa

nak menulis kat blog nie .. hurmm Yahooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! cuti aku akhirnya dah

di approve ( padahal minggu lepas ) ,  hehehe cuti 2 hari aku amik nie , rancangannya nak pergi  jumpa

yang tersayang kat kuantan .. tak sabar rasanya nak tatap wajah dia selama 3 hari itu , aku pergi ari

jumaat , and then balik ari ahad , yolah dah hari isnin aku dah start keja .. aku cuti ari khamis ngan jumaat

je  , ari khamis 2 sje je aku amat cuti , sbb aku mlas nk ikut meeting , tp khamis nie aku kena ikut

meeting , hurmm meeting yang boleh dikatakan membosankan.. huhuu..



I LOVE YOU
ONLY YOU IN MY HEART



27 February 2012

.....apakah mood aku hari ini

Assalamulaikum dan salam sejahtera

apakah mood aku hari ini , baik ataupun tidak .. mm entahlah aku pun x pasti sebenarnya

apakah mood aku hari ini .. mm aku skrg sebenarnya dah tak ada mood nk kerja kat sini

entahlah makin lama aku rasakan , makin tertekan dengan hidup ini .. semua orang seolah-olah

nak memaksa aku membuat kerja itu , sedangkan aku ini bukan robot .. bila aku buat kerja dengan

perlahan mula2 masing kata  aku nie "lembap lah , apa lah" sakit  je hati aku dengar ..