14 November 2014

Sikap Orang Melayu berniaga

Asslamulaikum ..


Dah lama aku nak tulis entry nie , tapi selalu terlupa nak tulis .. hihikk .. Maaflah
jika entry aku nie ada menyebabkan perniaga orang melayu terasa  tapi aku nak juga kongsi kat
blog aku  nie . Sebenarnya aku suka sangat perhatikan perniaga melayu nie , bukanlah aku nak mengutuk ke apa . Tapi cuba korang bandingkan orang kita (melayu) dengan orang cina berniaga
macam mana ..

1. Orang kita (melayu ) kalau berniaga , alahai muka itu tak langsung tak ada senyum ,macam
mana cutomer tak  lari , tapi bukan semua perniaga melayu yang tak reti nak senyum kan cuma segelinir je lah yang tak reti nak tersenyum , cuba kita tengok bangsa lain berniaga walaupun penat macam mna pun muka ada gak senyum.

 situasi 1 : macam pagi tadi aku g beli nasi lemak , alahai aku cuma cakap je aku tak nak timun
         terus muka yang layan aku bungkus nasi lemak itu berubah , apa salah ke aku cakap
         macam itu , pastu muka tak ada senyum , aku yang tersenyum nie ttba rasa  macam
        "bodoh" je senyum (senyum itu satu sedekah)

situasi 2: macam hari sabtu lepas aku dengan pakwe aku g tengok wayang kat Setia City Mall ,
          alahai bukan apa nak cakaplah , rasa sakit hati pulak bila tringat seorang minah nie ,
          bukan nak layan aku utk beli tiket wayang tapi malahan siap berborak dengan kawan2
         dia yang lain pulak , terasa macam tunggul pulak .


 2. Bila perniagaan sudah maju , mulalah busuk hati (inilah orang melayu) dan mulalah main
dengan bomoh untuk lingkup perniagaan seseorang itu , ataupun mula jatuh perniagaan seseorang
dengan membuat benda kotor , Cuba kita tengok orang cina berniaga , ada ke tak mereka
buat semua itu dekat bangsa dia kalau berniaga mereka support satu sama lain.


situasi1: minggu lepas masa aku g bungkus nasi berlauk dekat area opis aku , aku adalah
         terdengar kakak yang jual nasi berlauk nie berbual dengan mamat cendol  ,
        mereka bercakap ada orang mula main  dengan bomoh  ,siap hantar benda
        khurafat itu supaya perniagaan seseorang itu lingkup . Masya Allah inikah
       sikap orang melayu kita , sanggup menikam saudara sesama islam demi untuk
      mendapat keuntungan yang lebih .


Maaflah jika entry aku nie ada yang tak puas hati , sebagai customer aku layak untuk
memberikan pandangan aku , kepada yang berniaga itu , ingatlah kita harus berniaga
secara iklhas dan jujur  , biarpun terasa penat ingtlah kena sentiasa tersenyum barulah
customer sentiasa gembira dan akan sentiasa datang . Janganlah kita berdengki dengan
perniagaan orang lain , kita sebagai bangsa melayu harus support antara satu sama lain .



Oklah sampai di sini sahaja celoteh saya , Sekali lagi maaf saya pinta jika entry
saya ini ada yang tersinggung ..


No comments: