12 May 2014

Dia Jodohku (Bab 16)

Suhaili masih lagi merajuk dengan Zakri walaupun telah puas Zakri memujuk Suhaili agar

memaafkan dia yang terlanjur cakap pada Suhaili dua minggu yang lalu . Namun entah mengapa

Suhaili benar-benar terkecil hati dengan dia .

" Sue sampai bila hendak merajuk dengan Zakri " tutur Zakri lembut

" Hmmmm" hanya itu yang keluar dari Suhaili,

" Sue, janganlah begini  Zakri bukan pandai pujuk perempuan " jujur Zakri lagi

" Kalau Zakri sudah tahu diri itu tak pandai pujuk perempuan , kenapa Zakri  suka

 sakit hati Sue " kata Suhaili

"Zakri tahu yang itu semua salah Zakri  , tetapi Sue kenalah professional dalam kerja. Tolonglah

Sue jangan campur adukkan urusan kerja dengan peribadi " tutur Zakri

" Senangnya Zakri cakpa ya , Zakri tak lalui apa yang Sue lalui. Jujurlah Zakri Sue memang

tak boleh nak bekerjasama dengan Khairul " ujur Suhaila dengan tangisan.

Zakri sememangnya sangat lemah bila melihat airmata Suhaila mula mengalir  dari pipi mulusnya ,

" baiklah nanti Zakri suruh Hakim ganti tempat Sue untuk bekerjasama dengan Khairul , janganlah

menangis lagi  Zakri tak suka tengok Sue menangis " pujuk Zakri

" Hmmph ! baiklah " tutur Suhaili yang mengesat  airmatanya .

Eleen ketika itu sedang minum di pantry terdengar perbualan antara Zakri dan Suhaili , dalam

hatinya agak menyumpah mendengar tangisan Suhaila , dia sudah mengangak bahawa si Khairul

itu merupakan teman lelaki Suhaili  , dia beranggapan yang Suhaili sanggup putus percintaan

dengan En Khairul kerana ingin bersama dengan Zakri. Eleen sudah merancang rancangan jahat

untuk memalukan Suhaili di pejabat itu , orang pertama dia ingin memberitahu  perkara

ini adalah sahabat baiknya iaitu Laila . Dia merancang untuk mencari Laila di tempatnya

namun dia mendapat langkah kanan kerana Laila sudah berada di pantry

" Laila , aku ada hot gossip hendak cerita pada kau " ujur Eleen

" apa yang hot gossipnya Eleen" kata Laila kembali

" ini pasal kekasih kesayangan bos itu " ujur Eleen kembali

" apasal dengan Sue ?" soal Laila yang sedikit kebingguan

" engkau tahu tak Laila , si Sue itu sebenarnya sudah kekasih  tapi mengantal hendak dekat bos

aku pulak " kata Eleen geram

" What !! , hishh perempuan itu  tak malu ke sudah ada teman lelaki masih hendak cari

lelaki lain , ehh tapi siapa teman lelaki Sue yang malang itu " kata Laila

" En Khairul , pengurus syarikat Indah Permata yang akan berkerjasama dengan kita

nanti untuk projek di Ulu Langat " ujur Eleen lagi.

"Ohh patutlah masa meeting aku tengok En Khairul asyik pandang Sue tanpa berkelip mata

sekali pun rupa-rupanya dia bekas teman lelaki Sue " kata Laila

" Waah kau pun perasaan juga Laila , aku ingat aku seorang je yang perasaan " ujur Eleen

" alah aku nampak lah Eleen cara En Khairul pandang Sue itu " kata Laila.

Perbualan antara Eleen dan Laila telah menarik perhatian Kakak Umairah, siapa tidak kenal dengan

Kakak Umairah bahagian Account suka menjaja cerita kepada semua orang tidak kira sama

ada cerita itu benar ataupun tidak .

" Eleen, Laila betul ke apa yang Kakak Mai dengar tentang Sue?" soal Umairah  sebaik

sahaja dia membuka pintu pantry ,

Eleen dan Laila berpandang sesama sendiri terkejut mereka melihat kehadiran kakak Umairah

di pantry itu  lantas Eleen tersenyum sendiri , dia tahu Kakak Umairah seorang mulut laser yang

suka menjaja cerita pada semua orang.

" Ya kakak Mai , si Sue itu sudah boyfriend tapi sibuk hendak kepada En Zakri " ujur Eleen geram

" Kalau Kakak Mai hendak tahu si Sue itu sudah hendak kahwin tapi mengatal hendak

dekat En Zakri" tokok Laila yang sengaja hendak kakak Umairah menjaja cerita itu menjadi panas

dan sangsi di Syarikat Seraya Industries

"Hisshh sungguh tak malu si Suhaili ini ya , muka sahaja nampak baik tapi hati sungguh

akak Mai tak tahu nak kata apalah " ujur Umairah .

Eleen dan Laila hanya senyum sahaja , dia tahu cerita ini akan jadi panas dan sangsi apabila

mulut Kakak Umairah bercerita , pasti semua orang akan terpercaya cakpa kakak Umairah.

Umairah keluar dari pantry itu dengan cerita panas , lantas dia mencanang segala cerita

kepada seluruh department di Syarikat Seraya Industries . Ketika Umairah sedang mengkhabrkan

gossip kepada semua orang Farah kakak Zakri juga terdengar gossip dari Umairah dia langsung

tidak terkejut dengar gossip itu kerana dia tahu siapa yang Suhaila yang sebenar

" Kakak Mai , saya hendak jumpa akak dalam bilik saya " ujur Farah secara tiba-tiba

"Baik Cik Farah " ujur Umairah .

Tut tut pintu bilik opis Farah di ketuk oleh Umairah dari luar

" masuk " ujur Farah dari dalam

Umairah melangkah masuk ke dalam setelah menerima arahan dari Farah

" ada apa cik Farah hendak jumpa dengan Kak Mai" ujur Umairah

" Kak Mai , Farah hendak tanya dari mana Kak Mai dapat cerita buruk tentang Suhaila sampai

Kak Mai menjaja cerita?" soal Farah

" ohh pasal itu kak Mai dapat cerita dari Laila dan Eleen  , mereka yang bagitahu pada kakak

Mai tentang Suhaila " ujur Umairah

" so kak Mai rasa cerita itu adalah benar ?" soal Farah lagi

"Kenapa Cik Farah tanya Kak Mai macam itu ?" soal Umairah kembali

" Kak Mai , semua itu cerita tidak benar sama sekali " ujur Farah

"maksud  Cik Farah ?" soal Umairah kehairanan

"Semua cerita itu tidak benar , kalau Kak Mai tidak tahu perkara sebenar jangan hendak

menjaja cerita kepada orang lain takut jadi fitnah nanti " ujur Farah

" Baiklah Kak Mai mintak maaf tidak tahu pulak sama ada cerita itu benar ataupun tidak

Kak Mai hanya menyampai sahaja berita  " ujur Umairah

" Farah pun hendak mintak maaf pada kak Mai , bukan hendak marah kepada Kak Mai tapi

tidak mahu cerita yang tak benar itu menjadi tak sedap dengar  pulak , lagipun Zakri dan

Suhaili akan bertunang hujung bulan ini " ujur Farah ,  " tak apalah Kak Mai boleh keluar sambung

buat kerja kak Mai , maaflah kerana ambil masa yang lama dengan kak Mai " ujur Farah lagi .

Umairah segera berlalu keluar dari bilik Farah , dia tertanya mengapa Farah bercakpa

yang En Zakri akan bertunang hujung bulan ini , apakah dia tidak tahu siapa Suhaila yang sebenar .

"Alang!!!" panggil Farah

" Ye Angah ada apa " laung Zakri

" Angah hendak jumpa kamu dalam bilik Angah sekarang " kata Farah

" Ada Apa Angah ?" soal Zakri.

" datang bilik Angah dulu nanti Angah cerita "ujur Farah sambil menjeling ke arah Eleen

"ok " sepatah sahaja jawapan Zakri .

Eleen tertanya mengapa Cik Farah ingin berjumpa dengan  En Zakri di dalam biliknya bukan

dibilik En Zakri sendiri, dia pelik kenapa Cik Farah menjeling ke arahnya. Apa yang akan

biacara antara dua beradik ini , Eleen tertanya sama sendiri  tentang rahsia itu .

"Eleen " panggil Zakri

"Ya , En Zakri " sahut Eleen

"Jika ada sesiapa cari saya , tolong bagitahu saya ada meeting dan sila ambil pesanan " kata Zakri

"Baik En Zakri " ujur Eleen.

Zakri segera menuju ke bilik kakaknya Farah , dalam hatinya tertanya mengapa Farah ingin

berjumpa dengan dia , dia segera mengetuk pintu bilik kakaknya itu , mendengar arahan dari

kakaknya untuk masuk segera dia melangkah masuk.

"Angah ada apa hendak jumpa alang ?" soal Zakri sebaik sahaja dia duduk di hadapan Farah

"Angah dengar ramai staf dekat sini mengata tentang Suhaili , yang sanggup putus pertunangan

hanya kerana ingin bersama kamu , adakah itu benar sama sekali ?" soal Farah kembali

"AstgafirAllah Angah itu semua cerita tak betul , dari mana Angah dapat cerita ini " ujur Zakri

yang seolah-olah tidak berpuas hati

"Angah dengar dari mulut Kak Mai bahagian Account department , bila angah tanya dari mana

dia dapat sumber  itu , kak Mai cakpa dia dapat dari setiausaha alang Eleen , tapi betul ke yang

Suhaila itu sudah putus tunang" kata Farah

Akhirnya Zakri bercerita lebih lanjut tentang Suhaila kepada Farah , mulut Farah terlopong

mendengar kisah sedih  Suhaila ,dia sudah mengangak yang Eleen sengaja mereke cerita untuk

menjatuhkan maruah Suhaila .

"Ya Allah Alang kesiannya Suhaili , tapi Angah tak faham kenapa Eleen sungguh

membenci Suhaili " kata Farah

"entah Angah , Alang pun sendiri tak tahu " kata Zakri

"Alang pernah berjanji pada Eleen apa-apa tak ? " soal Farah

" tak ada lah Angah , Alang tak pernah berjanji apa dengan Eleen . Alang cuma anggap

dia sebagai rakan sekerja dan tak pernah lebih dari itu " ujur Zakri Jujur

" Angah rasa si Eleen itu suka kamu Alang "ujur Farah

"Oh my God Angah , si Eleen itu bukan test Alang . Kalau tiada ada apa-apa lagi

Alang keluar dulu Angah ada kerja hendak buat " ujur Zakri

" Alang , angah hendak alang fikir apa tindakan yang akan alang ambil kepada Eleen" kata Farah

" Maksud Angah apa? Alang tak faham " soal Zakri

"maksud Angah ialah apa tindakan yang Alang akan ambil bila orang mengatakan

buruk tentang orang yang Alang sayang " ujur Farah

" Oooh itu ke maksud Angah , tak apa biar alang uruskan semua ini . Angah tak perlu risau tahulah

apa yang alang akan buat" kata Zakri penuh semangat , " baiklah Alang keluar dulu" kata Zakri lagi,

Farah hanya menganguk sahaja kepala tanda membenarkan Zakri keluar dari biliknya , Zakri

terfikir sendirian mengapa Eleen sanggup memburukkan Suhaili sedangkan Suhaili tidak pernah

memburukkan Eleen di hadapannya , dia bercadang untuk mengambil tindakan tatatertib

terhadap Eleen , Laila dan juga Umairah kerana membuat fitnah terhadap Suhaila .

 (bersambung).




18 January 2014

Dia Jodohku (Bab15)

Iskandar telah dibicara diatas tuduhan mencedera dan mendera Hannah di atas  AKTA KEGANASAN

RUMAH TANGGA 1994 ,yang bawa hukuman penjara selama 15 tahun dan denda sebanyak

RM2000.00 ataupun kedua-duanya sekali.  Mak Minah hanya mampu mengesat airmatanya sahaja apabila

mendengar  bicara Iskandar .  Iskandar hanya mengganguk kepalanya sahaja , tanda faham apa yang telah

di sampaikan oleh  Encik Hamidi pembaca result tersebut.


Suhaila dan Zakri masih lagi bermasam muka , Zakri dengan keegooannya dan Suhaila jugak sama,

masing-masing tidak mahu mengalah . Zakri masih belum dapat melupakan peristiwa yang dia

lihat seminggu sebelum hari pertunangan Fahmi dan Athirah , malam yang mereka bergaduh  besar dia

melihat Suhaila pulang dengan lelaki lain , namun dia tidak tahu siapakah generangan lelaki tersebut .

Kehadiran Khairul bekas tunang Suhaila benar-benar mengugat kesabaran diri Zakri , dia ingin cepat-cepat

melamar Suhaila namun apa daya dirinya kerana Suhaila sering kali mengelak diri bila bercakpa

tentang perkahwinan.  Bagi Suhaila dia sendiri kekeliruan sebenarnya , antara cintanya pada

Zakri dan kasihnya pada bekas tunangnya  Khairul  menyebabkan dia ingin menyendiri kini .

Kehadiran dua jejaka yang berbeza latar belakang namun telah berjaya memikat hati wanitanya,

kini dia hanya mampu berserah pada takdir , entah siapakah jodoh dia yang sebenarnya .

Khairul lelaki pertama yang berjaya memikat hatinya semasa sekolah menengah namun lelaki itu

jugaklah akhirnya menyakiti hatinya di saat hanya tinggal berapa bulan hari persandingan mereka ,

dan Zakri pulak adalah seorang lelaki yang penuh dengan keegooan yang tinggi , anak kepada kepada

CEO Syarikat Seraya Industries Dato Hafiz , namun Zakri itu cumalah anak sedara  kepada

Dato Hafiz , ibu dan ayah Zakri meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan lebih

malang ketika itu Zakri sedang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah , 

itulah kisah Zakri yang serba sedikit yang dia tahu . 

  (bersambung....)








23 December 2013

kosong

hai .. jemput singgah ke laman web nie kejap ..

http://cashjite.com/index.php?share=16073

21 November 2013

6 BULAN

HELLO ASSLAMULAIKUM SEMUA .. HIHI SUDAH LAMA RASANYA X UPDATE BLOG .

HEHEHE MESTI KORANG TERTANYA APA MAKSUD TITLE AKU 6 BULAN .

ALHAMDULILAH SUDAH 6 BULAN AKU KERJA KAT SINI . INI SYARIKAT YANG KE

BERAPA NTAH AKU KEJE .. HUHU .. TAPI AKU SERONOK KEJE KAT SINI . SEBAB AP

NAK KE TAHU APA SEBABNYA . OKLAH AKU BGTHU KORANG APA SEBABNYA

SEBABNYA IALAH , AKU TAK PERNAH JUMPA BOS YANG BOLEH BERTOLAK ANSUR

DENGAN STAFNYA SLALU AMBIL BERAT TNTG STAFNYA. TAK PERNAH  AKU DAPAT

BOS YANG SEBAIK BEGINI ..


HEHEHE SAMPAI SINI JE CELOTEH AKU . NANTI KITA BERSAMBUNG LAGI ..

BYE... DAAAA

11 May 2013

Dia Jodohku (Bab 14)

Majlis pertunangan antara Fahmi dan Athirah berjalan dengan lancar di kampung Athirah  Kangar Perlis .

Athirah yang nampak cantik manis memakai baju berwarna pink kelabu duduk bersimpul di satu

ruang khas di ruang tamu rumahnya itu . Setelah perbincangan antara dua belah pihak di buat

sepakat akhirnya majlis pernikahan mereka telah ditetapkan pada hujung tahun ini . Bagi Rogayah

 dia tidak mahu Athirah dan Fahmi bertunang terlalu lama  ,kerana risau dan takut andai kata

pertunangan mereka terputus di tengah jalan . Dia seorang ibu tunggal ingin melihat anak bongsunya

itu bahagia dengan pilihan hatinya .  Pandangan Rogayah itu jugak mendapat sokongan

dari Umie Fahmi Datin Nurliyana  , dia juga seorang ibu pasti dia tidak mahu perkara yang

buruk berlaku terhadap anak-anaknya .

" Baiklah seperti kita bincangankan tadi ,  kedua-dua belah pihak telah bersetuju

pertunangan ini hanya 6 bulan sahaja " kata Pak Hamid  selaku wakil tuan rumah Perempuan,

" Ya kami setuju , hal yang baik tidak elok di lambat-lambatkan " tokok Dato Aiman ayah Fahmi



Athirah duduk bersimpul di ruang khas di rumahnya itu , hatinya mengucap syukur  ke hadrat

iilahi , kini hubungan dia dan Fahmi sudah berada di satu tahap yang baik .  Jari manisnya

telah tersarung cincin tanda dia milik Fahmi . Athirah jelas nampak emaknya menintiskan

air mata kerana gembira bercampur sedih . Jika arwah ayahnya masih ada pasti ayahnya juga

akan menyukai Fahmi seperti emaknya juga .

" Syukurkan Kak" kata Datin Nurliyana

" Ya Datin Yana , syukur Allahmadulilah semuanya berjalan dengan selamat " kata Rogayah

" Kak , usah panggil saya Datin , panggil sahaja saya Yana , lagi pun kita ini tidak

lama lagi akan jadi besan " kata Datin Nurliyana

" kamu itu berpakat Datin , akak kena panggil Datin lah " kata Rogayah lagi

"kakak itu cuma pangkat sahaja kak ,tak penting itu semua panggil saya nama pun

sudah cukup " tutur Datin Nurliyana lembut

" baiklah kalau itu kamu mahu , akak ikut jew " kata Rogayah kembali .

" Waah rancaknya berbual " tegur Datin Munirah

" Kami berborak kosong sahaja kak long " kata Datin Nurliyana , sambil di angguk

kepala oleh  Rogayah

"ooh boleh lah saya join sekali ?" tanya Datin Munirah sekali lagi

" silakan  kak long " ujur Datin Nurliyana

"Datin Munirah , bila lagi hendak masuk meminang si Suhaila?" tanya Rogayah

" Kak gayah tak perlu panggil saya Datin , panggil Murni  pun sudah cukup , entahlah kak gayah

saya pun tak tahu bila , si anak teruna saya itu  sekejap dia kata okey  pastu bila tanya balik

nanti dululah   pening kepala saya " kata Datin Munirah

" Akak bukan apa Murni , akak tak nak hati si Suhaila terluka lagi ,sebab akak sudah anggap

Suhaila mcm anak sendiri " Kata Rogayah

" akak saya pun memang sayangkan Suhaila dan ingin menjadikan Suhaila itu menantu saya ,

tapi sekarang ini saya tak tahu apa masalah mereka berdua itu , depan kita memanglah

nampak okey sahaja tapi belakang kita , nazuhbillah kak Gayah " kata Datin Munirah

" itulah pasal Murni , akak tidak mahu Zakri permainkan perasaan Suhaila seperti bekas

tunangnya Khairul itu , yang sekarang ini datang menangih kasih Suhaila kembali " kata Rogayah

" Apa Suhaila sudah pernah bertunang , adakah kak long tahu ? tanya Datin Nurliyana yang dari

tadi hanya menjadi pendengar yang setia

" Yup kak long sudah tahu Usu , itu pun baru minggu lepas si Zakri bagitahu pada kak long selepas

kak long tengok dia bermuram durjana sahaja " Kata Datin Munirah kepada Datin Nurliyana

" Kak Gayah berapa lama diorang bertunang ? " tanya Datin Munirah

" mereka bertunang selama  setahun  ,tapi yang akak sedihnya hanya tinggal  dua bulan lagi

majlis perkahwinan Suhaila , tup -tup si Athirah balik kampung bagitahu dekat saya yang Suhaila

sudah putus tunang , kerana tunangnya kahwin di sempadan Thailand dengan perempuan lain ,

sedangkan mereka bercinta sejak zaman sekolah menengah lagi "  kata Rogayah panjang lebar

"Ya Allah Kak kesiannya Suhaila " kata Datin Munirah dan Datin Nurliyana serentak

" akak pun kesian jugak , tapi kita doakanlah yang terbaik buat anak kita " kata Rogayah kembali

" aminn ... " serentak jawapan Datin Munirah dan Datin Nurliyana



( bersambung ......)

05 May 2013

kali pertama mengundi

Hai kawan2

Hari ini hari pertama kali aku pergi mengundi .. rasa terlampau excited sangat pagi tadi

allahmadulilah sekejap sahja rupa2ny utk mngundi nie ..


inilah tanda aku dah mengundi . siapa yang aku pangkah adalah rahsia .. 



mnang atau kalah kita terima dengan hati yang terbuka . janganlah pulak kita bergaduh nanti . malulah dekat orang cina ngan orang india tngok kita umat islam bergaduh sesama sndri . 


maaflah saya nie bukan suka politik tapi saya sedih lihat bangsa seagama saya bergaduh sesama sendiri . 


bagi saya sesiapa yang mnang boleh memerintah ngara dengan baik ..






01 May 2013

semuanya dah berakhir

Ya Allah betapa remuknya hati aku ketika ini . Sekali lagi hati aku di permainkan oleh insan yang bernama

lelaki , kenapa dan mengapa hati aku selalu kena permainkan oleh lelaji yang aku betol syg dan

cinta .. kenpa dia wat aq mcm nie ..


aku betol 2 sygkan dia Sahrul Azim ..

20 April 2013

Dia Jodohku (Bab 13)

 Sejak terjadi pertemuan yang tidak sengaja itu  , Suhaila banyak termenung  kebelakangan ini  . Apatah

lagi dia ditugaskan untuk berkerjasama dengan Syarikat Permata Indah itu bermaksud dia harus

menghadap muka Khairul lagi , biarpun dia tahu Khairul telah bercerai dengan bekas isterinya

Zahnita akibat di tangkap khalawat 2 minggu lepas . Namun peristiwa  3 bulan yang lalu masih

segar di ingatannya , masih tergiang-giang di telinganya apabila mendapat perkahbaran perkahwinan

Khairul dan Zahnita di sempadan Thailand yang berlaku sebelum beberapa bulan lagi majlis

walimatus urus mereka berdua . Kini kemunculan Khairul sedikit sebanyak menganggu emosi dirinya .

Bagi Khairul pertemuan itu sedikit sebanyak memberi dia sedikit ruang untuk dia mengenali bekas

tunangnya Suhaila , dia menyesal sangat kerana terpedaya dengan bekas isterinya dulu.

Athirah melihat wajah Suhaila yang tak bersemangat itu , sejak mendapat arahan utuk berkerjasama

dengan bekas tunangnya itu .

" Awatnya Sue , tak semangat sahaja kau ini " tegur Athirah

" Hurmm... aku pelik lah kenapa Zakri suruh aku kerjasama dengan Syarikat Permata Indah

itu  "keluh Suhaila panjang

" aku tahu kau benci tengok muka Khairul itu  " kata Athirah kembali

" aku bukan benci dia Irah , tapi luka semalam belum sembuh lagi ,  tapi kini kenapa dia

muncul kembali "jujur kata -kata Suhaila

" Sue , aku tahu kau pernah ada sejarah dengan silam dengan Khairul , tapi  kau seharusnya

belajar lupakan dia "  Athirah memberi semangat pada Suhaila

" Aku memang sudah lupakan dia Irah , tapi saat dia muncul depan aku balik  itu membuatkan

aku jadi tak tentu arah " kata Suhaila kembali

" aku tahu kau bisa lupakan dia " kata Athirah kembali

" Aminn .. mudah-mudahan Irah . Eh bila majlis pertunangan kau dan Fahmi ? soal Suhaila

" InsyaAllah hujung bulan ini , eh jom minggu ini ikut aku balik kampung aku" ajak Athirah

" InsyaAllah aku ikut kau balik kampung , tapi sebelum itu kita pergi tengok kak Hannah dulu

dekat hospitallah " ujur  Suhaila kembali.

" ok jew " kata Athirah kembali.

" waah rancaknya berbual " tegur Fahmi dan Zakri dari belakang berdua.

Terkejut dengan teguran itu lantas Athirah memarahi Fahmi dan Zakri  " Eh korang berdua

ini sudah tak reti nak bagi salam ke , main redah macam itu sahaja "

" wooo  ada orang marah la takutlah kan Zakri " gurau Fahmi lagi

"yelah Fahmi ada orang marah aku pun takut jugak " gelak Zakri pulak

" Irah jom kita balik lah , sakit jiwa layan dua orang sengal ini " ujur Suhaila geram

" Jom " ujur Athirah sambil mengemas mejanya itu

" Eh Irah dan Sue , janganlah marah kami berdua gurau sahajalah , " ujur Zakri

" betul itu Irah dan Sue , kami gurau sahaja , eh jom kita pergi makan nak " ajak Fahmi

" sorry Sue tak ada selera nak makan  , kalau Irah nak ikut diaorang pergilah " ujur Suhaila

" la awak ini kenapa pulak ?" tanya Zakri

"Saya tak ada selera nak makanlah , kalau awak nak makan pergi sahaja" tinggi suara Suhaila

"eh yang nak marah ini kenapa  , saya cakpa elok bukan tak boleh ke awak jawab

pertanyaan saya dengan cara yang elok " Ujur Zakri geram

"huh!!! ikut suka hati akulah " ujur Suhaila yang terus bangun dari tempat duduknya itu

" ok fine lantak kaulah , malas aku nak cara kau " ujur Zakri lagi

" Eh korang berdua ini tak bergaduh boleh tak ?" tanya Fahmi

" Mie cer kau tengok tadi , aku tanya dia elok tapi apa dia jawab dekat aku. Fuhh nasib baik

tak jadi bini aku lagi , kalau jadi bini memang aku sepak mulut itu " ujur Zakri

"  Zakri cuba bawa  bertenang  , yang kau pun satu Sue  cubalah cakpa elok" kata Athirah

" arghhh serabot aku dengan korang " ujur Suhaila yang ada tangisan itu

" Sayang biarlah mereka berdua itu , jom kita pergi makan  perut B sudah lapar " kata Fahmi

"Yelah B jom lah , kalau layan depa nie sampai esok tak abis " ujur  Athirah

" Zakri kalau kau nak join jom sekali , biarlah si Sue itu sendiri " ujur Fahmi kepada Zakri

" tak apalah aku balik makan rumah abah dan ibu jew " kata Zakri lagi

" Ok bro , malam nie kau tidur mana ?" tanya Fahmi

" aku tak pasti lagi , nanti apa-apahal aku roger kau ok " jawab Zakri

"Ok bro" ringkas jawapan Fahmi.


Zakri pulang kerumah Ibu dan Abahnya dengan wajah yang geram dengan sikap Suhaila tadi ,

dia sendiri tidak tahu kenapa Suhaila begitu sensitif tadi .

" Assalamulaikum " ujur Zakri sambil melangkah masuk ke rumah

" Walaikumusalam , oh Alang rupanya  ibu ingat siapa tadi" Ujur Datin Munirah

"Ye ibu alang la , ibu makanan ada lagi tak alang laparlah " ujur Zakri manja

" ada jew , tapi kita tunggu abah balik dari surau baru kita makan " lembut kata Datin Munirah

"ok ibu , alang naik atas mandi dan solat maghrib dulu " Ujur Zakri

"baiklah nanti ibu panggil alang" kata Datin Munirah.

" Assalamulaikum "  ujur Dato Hariz

"Walaikumusalam " jawab Datin Munirah ,

" Ibu , Alang ada balik rumah ke ?" soal Dato Hafiz

" aah abah , alang ada balik rumah  . Ada dekat bilik dia" Ujur Datin Munirah kembali

"eh jom kita makan , abah naik atas panggil alang makan , ibu g siapkan makanan "

" ok "itu sahaja kata Datin Munirah

Dato Hafiz mendaki tangga keatas  , hatinya bersyukur sangat walaupun Zakri itu bukanlah

anak kandung dia dan Datin Munirah , cuma anak arwah adiknya Zulhelmi  . Namun dia

bersyukur sangat kerana Zakri seorang anak yang baik dan mendengar kataorang tua . Walaaupun

mememang status anak angkat dia tidak pernah mendengar keluhan yang keluar dari mulut

Zakri walaupun sepatah ayat .

"Alang " panggil Dato Fahmi

"Ya " kata Zakri sambil menunju ke arah pintu biliknya , " Oh abah rupanya " ujur Zakri

sambil menyulam tangan abahnya itu

" mari turun makan " ajak Dato Hafiz.

Tanpa berlengah lagi Zakri segera mengikuti abahnya turun kebawah .

Datin Munirah setia menanti  suami dan anak bujangnya turun makan , dia beryukur sangat

biarpun Zakri itu bukan darah dagingnya sendiri , namun Zakri seorang anak yang mendengar

kata orang tuanya .


Datin Munirah dari tadi asyik memandang wajah Zakri , dia merasakan bahwa Zakri mempunyai

masalah , dia tidak tahu sama ada masalah kerja atau masalah peribadi ,

"Alang " panggil Datin Munirah lembut

"Ya ibu " ujur Zakri

"Alang nie kenapa dari tadi ibun tengok muka alang masam jew , ada masalah ke  kalau

ada masalah ceritalah dekat ibu " ujur Datin Munirah

"hurmmm Alang gaduh dengan Sue " Ujur Zakri jujur

" gaduh sebab apa pulak ?" soal Dato Hafiz secara tiba-tiba

" Sue marah dekat Alang , sebab suruh berkerjasama dengan salah seorang staf dari syarikat

Indah Permata untuk Projek kita di Johor " ujur Zakri

" Tak akan sebab itu sahaja alang " kata Datin Munirah

" Sebenarnya lelaki yang Alang suruh Suhaila berkerjasama itu adalah Bekas Tunangan

Suhaila , Alang dapat tahu perkara ini pun daripada Athirah " kata Zakri lagi

" What!!!" sedikit tinggi suara Datin Munirah

"Yang awak ini tiba-tiba menjerit kenapa  pulak " marah Dato Hafiz

Zakri tahu pasti ibunya akan marah bila tahu perkara ini , mungkin ibunya akan tuduh

dia penyebab Suhaila putus tunang .

" Abang tak dengar ke apa yang Alang cakpa tadi " kata Datin Munirah

"Ye abang dengar yang oi " kata Dato Hafiz kembali

"Alang , ibu nak tanya masa kamu berkawan dengan Sue . Sue itu tunangan orang ke?

tanya Datin Munirah.

"Tak lah ibu , mereka putus sebab lelaki itu kahwin di sempadan Thailand  , waktu pernikahan

mereka hanya tinggal beberapa bulan  lagi " Ujur Zakri secara jujurnya .

" Ya Allah kesiannya Sue , sekarang ibu faham kenapa Sue marah dekat kamu alang "

kata Datin Munirah kembali

" kenapa pulak ibu ?" soal Zakri hairan,

" Cuba andaikan diri Alang ditempat Suhaila , apa perasaan Alang bila Bos

Alang meminta Alang berkerjasama bekas  tunang " ujur Datin Munirah

" mmmmm ... mestilah Alang marah dan sedih ibu " tutur Zakri

" begitulah jugak dengan Suhaila Alang " kata Datin Munirah

" Alang pergilah pujuk Sue , jangan biarkan hatinya terluka lagi , yang sebenarnya abah dan

ibu suka sangat pada Suhaila itu , kami berharap dia dapat menjadi menatu abah dan ibu

suatu hari nanti " ujur Dato Hafiz panjang lebar

" betul cakpa abah kamu itu Alang , pergilah pujuk Suhaila besok pagi ..

" Baiklah abah dan ibu  " ujur Zakri kembali .


(bersambung ........)


03 April 2013

aku tension gaji kena hold

hai semua .  aku tension sgt skrg nie . ntah aku tak tahu apasal ttba gaji aku kena hold nie ,

apakah sebab aku pengsan tempoh hari menyebabkan gaji aku kena hold .. aku tak kesah kalo

nak hold gaji aku  , if duit dlm acct aku ada beratus-ratus kan , tp duit dlm acct ak pun ada rm 10 jew dan

dalam tangan aku ada rm 1 jew , so apa aku nk makan ..


dan sekarang aku rasa bulan lpas aku berkerja secara percuma sahaja  , nak jumpa HR   , tapi

HR terlalu bz  sebab ada audit dtg  , so terpksa aku brsbr . tp smpai bila aku nk sbr

hutang2 perlu ak byar .. arghhhhh tensionn aku kerja kat situ ..


09 March 2013

Dia Jodohku (Bab12)

Setelah usai menjamu selera di sebuah restoran Rebung  , akhirnya Fahmi dan Zakri terpaksa meminta

diri untuk pulang  kerana petang nanti mereka perlu hadir satu lagi meeting dengan supplier di syarikat .

" Maaf Dato , kami terpaksa  meminta diri untuk pulang " ujur Zakri

" Tak apa  saya faham  , dan kamu Fahmi nanti hendak bertunanang jangan lupa ajak saya pulak ,

hendak jugak saya kenal tunang kamu itu " gurau Dato Idham

" Insyaallah Dato , jangan risau  pasti saya akan ajak Dato ke majlis saya nanti " kata Fahmi pulak .

" Zakri , Fahmi baik-baik bawa kereta itu " Nasihat Dato Idham kepada mereka berdua

" Insyaallah Dato " ujur Fahmi dan Zakri serentak.



Setelah memandu kereta selama 15 minit akhirnya Fahmi dan Zakri sampai di pejabat mereka

dengan selamat .

" Petang En Zakri , En Fahmi " tegur Eleen

" Petang Eleen , Supplier dari syarikat  Indah Permata sudah sampai ke ? " tanya Zakri kepada Aiza

"Mereka dalam perjalanan  " ringkas jawapan Eleen

" Ok , saya nak kamu beritahu Suhaila dan Athirah supaya attande meeting ini " kata Zakri

" Baik Boss " Ujur Eleen , namun dalam hatinya sangat menyumpah apabila Suhaila juga di minta

hadir ke meeting itu .

" Dan satu lagi bilik mesyuarat itu sudah ok ke belum" gurau Fahmi pulak

" Sudah ok En Fahmi " jawab Eleen

" Bro , ikut aku meeting nanti " pinta Zakri

" Kau tak payah minta aku joint meeting nie , dengan segala hormatnya aku akan ikut meeting " kata Fahmi

" Eleen " Interkom Rozana

" Ye Rozana , ada apa saya boleh bantu " Ujur Eleen kembali

" Ini Supplier dari Syarikat Indah Permata sudah sampai " Kata Rozana kembali

" Baik terima kasih Rozana , suruh mereka tunggu di bilik meeting , saya akan bagitahu kepada

bos yang mereka sudah sampai "ujur Eleen  seraya meletakkan telephon itu .

" maaf menggangu En Fahmi dan En Zakri , wakil dari syarikat Indah Permata sudah sampai

dan menunggu kita di ruang meeting " Ujur Eleen

" terima kasih Eleen , mana Fail yang saya minta itu ?" soal Zakri kembali

" Ini Failnya En Zakri , saya bergerak dulu bagitahu kepada Athirah dan Suhaila " kata Eleen

" Ok " itu sahaja yang keluar dari mulut Zakri

"Irah dan Sue , bos suruh korang joint meeting sekarang" kata Eleen

"OK" itu sahaja jawapan Athirah dan Suhaila  .


Pertemuan yang tidak di sangka  , tergaman Suhaila melihat kehadiran Khairul dan Fakhrul di pejabat

mereka, namun Suhaila bersikap porpesional dalam urusan ini .  Dia tidak mahu bercampuk aduk urusan

peribadi dalam kerjaya,namun bagi Khairul pertemuan itu sebanyak sedikit memberi ruang untuk

dia lebih mengenali bekas tunangnya Suhaila . Anak mata Khairul tidak terlepas memadang wajah Suhaila

walaupun sekejap , dia rasa menyesal  atas sikap dia yang dulu .Namun Suhaila langsung tidak membalas 

pandangan Khairul itu , kebijaksana Suhaila mengawal emosi bertemu dengan bekas tunangnya

telah menampat kemantangan diri Suhaila  akui Athirah dalam hatinya , namun pandangan Khairul

terhadap Suhaila itu telah di salah anggap oleh Eleen , bagi Eleen mungkin Khairul itu bekas teman

lelaki yang Suhaila tinggalkan kerana mengejar cinta Zakri .  


Setelah kata sepakat di capai bersama syarikat Indah Permata tentang barang-barang yang

hendak di supply serta harga yang benar-benar memuaskan hati Zakri dan Fahmi , cuma satu

sahaja yang Zakri sungguh tidak puas hati adalah pandangan Khairul terhadap Suhaila , namun

Zakri tidak mahu melatah dengan perkara-perkara yang remeh itu. Dia sendiri ingin menyiasat

siapakah Khairul yang sebenarnya , yang boleh membantu Zakri memberi jawapan untuk

persoalan ini hanya Athirah , sebab Athirah adalah merupakan sahabat baik Suhaila .

" Athirah tunggu sekejap " ujur Zakri apabila melihat Athirah dan Suhaila ingin melangkah keluar

" ada apa En Zakri ?" Soal Athirah kehairanan

" Saya ada something nak bercakpa dengan awak " ujur Zakri kembali

Suhaila terasa pelik , kenapa  secara tiba-tiba Zakri ingin bercakpa dengan Athirah tanpa dia, malahan

bukan sahaja Suhaila yang pelik dengan kata Zakri , Fahmi juga terasa pelik dengan Zakri .

" Weii Bro , ini bakal tunang aku nie " ujur Fahmi tegang

" Aku tahu dia bakal tunang sepupu kesayangan aku , tapi aku ada benda hendak cakpa dengan

bakal tunang kau  , kalau kau nak join sila lah " ujur  Zakri

Suhaila yang mula terasa hati dengan Zakri , terus berlalu keluar dari bilik mesyuarat itu , dia 

tertanya sendiri  mengapa Zakri tidak mahu bercakpa dengan dia , tanpa di sedari airmata jernih

menintis dipipi Suhaila.

" En Zakri hendak tanya apa ? " soal Athirah

" Saya nak tanya pasal Suhaila" ujur Zakri

" Kenapa dengan Sue?" Tanya Athirah dan Fahmi serentak

"Ermm masa Mesyuarat dengan Supplier  Indah Permata , saya perhatikan En Khairul

asyik memandang Suhaila tanpa berkelip" ujur Zakri.


Pertanyaan Zakri itu membuatkan Athirah menjadi serba salah untuk menjawab , kerana 

Athirah telah berjanji untuk tidak bocor rahsia ini . 

" Athirah  , " panggil Zakri

" En Zakri dan En Fahmi jika saya  bagitahu rahsia ini tolong jangan bagitahu pada

Suhaila , saya tak nak dianggap sebagai kawan yang tidak boleh pegang rahsia" kata Athirah

" Baiklah kami berdua berjanji " ujur Zakri dan Fahmi serentak .

" Sebenarnya En Khairul dari Syarikat Indah Permata itu adalah bekas tunang  Suhaila , 

dan mereka putus pertunangan 2 bulan sebelum hari pernikahan mereka , sama waktu

dengan kakak ipar Suhaila Hannah yang menjadi mangsa dera Abang Izz" ujur Atirah panjang lebar

namun dalam hatinya berharap mereka berdua tidak bocor rahsia kepada Sue .

Dan kini baru Zakri faham mengapa Suhaila tidak mahu bertunang  , rupa-rupanya ada luka

yang dalam hatinya yang tidak mungkin akan sembuh terlalu cepat . Suhaila merupakan 

seorang wanita yang tabah dalam menghadapi ujian kehidupan   , seloroh hati Zakri

sendirian.


( bersambung .........)                           



 
  






06 March 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU FARIZ DAN FIZA

Hai rasa macam dah lama x upadate status dekat blogger nie . Al-maklum aku ckit bz minggu  lpas , sbb

weeding abg aku yang no 4 nie .. haahah kat bwah nie aku sedia brapa keping gmbr sekitar majlis

perkahwinan abg aku ..


SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT AHMAD FARIZ SAFWAN B MOHD
                                                                             DAN
                                                                 NURHAFIZA BINTI HASYIM

                                             ANAK BUAH AND ANK SEDARA


                                                      BERSAMA HALIM OTHMAN

                             
                                                  inillah pengantin








SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE JANNAH

15 February 2013

Dia Jodohku ( Bab 11)

Rahsia percintaan antara Suhaila dan Zakri akhir terbocor jua , setelah ada kakitangan  Seraya Industries

melihat dua pasangan sejoli ini membeli belah di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur .  Setiausaha

Zakri sungguh benggang apabila di beritahu yang Zakri dan Suhaila sedang hangat di lamun cinta.

" Arghh cilaka betul , aku ini yang lagi cantik dari Suhaila itu , kenapa lah En Zakri tak pilih aku

supaya menjadi teman hidupnya , apa yang istimewa Sue itu Laila " Ujur Eleen kepada Laila.

Laila cukup maklum bahawasanya sahabatnya Eleen itu amat suka kepada bos mereka , namun Laila

pun sendiri terkejut macam mana Suhaila dan En Zakri boleh bercinta sedangkan  bagaikan

anjing dan kucing bila berjumpa di pejabat.

" Woi aku tanya nie , kau boleh pulak berangan pulak " Tinggi suara Eleen

" Sorry beb , aku cuma berfikir macam mana En Zakri boleh bercinta dengan Suhaila " kata Laila.

"Entah si  Suhaila itu bomohkan En Zakri supaya  suka dekat dia kot " sangkal Eleen .

Farah yang dari mencuri mendengar percakpan antara Eleen dan Laila sungguh terkejut apabila

mendengar Eleen menuduh yang Suhaila menggunakan ubat guna kepada adiknya , dia dari tadi

dia yang hanya berdiam diri . Akhirnya Farah berdehem-dehem kecil menunjukkan kehadiran

dirinya disitu , terkejut mendengar bunyi berdehem-dehem  lalu lantas Laila dan Eleen

berpaling ke belakang , alangkah terkejutnya mereka melihat Cik Farah  yang berada di situ ,

lantas Eleen menyiku tangan Laila .

" Selamat Pagi Cik Farah " Ujur Laila dan Eleen serentak

" Hurmm selamat pagi , bergosip apa tadi , sampai  saya dekat belakang  kamu

berdua itu sampai tak sedar ke "? soal Farah kembali .

" Erkk .. kami... " tergagap-gagap Laila memulakan bicara itu , melihat Laila tergagap-gagap

bercakpa itu  Eleen juga berada di situ  juga rasa kecut perut , dia berfikir apakah  Cik Farah

telah mendengar perbualan dia dan Laila sebentar tadi .

" Ermm kenapa kamu  tergagap-gagap ini , " ujur Farah , " lagi sekali saya mendengar kamu

mengata tentang Suhaila , saya tidak teragak-agak untuk memberi surat amaran. Opss lupa pulak

saya lagi satu saya hendak bagitahu kamu yang Suhaila dan Zakri akan bertunang pada

hujung bulan ini  , dan jangan nanti ada yang menangis tak berlagu " Ujur Farah yang berlalu pergi

dari Pantry itu .

" arghh sial betul Laila , kau dengarkan  apa yang Cik Farah tadi " Ujur Eleen benggang,

" yelah aku dengar  Eleen " Ujur Laila perlahan ,

" yang kau nie kenapa pulak?" soal Aiza

" Cuba kau tengok jam pukul berapa sudah  , yang kau dah tak reti nak mula kerja ke , karang

bos kesayangan kau masuk bising pulak " rungut  Laila

" Aishmenn  , nasib baik kau ingatkan aku  , ok jom mula kita  kerja " tutur Eleen

" Ok , jumpa waktu lunch nanti " ujur Laila yang berlalu keluar dari pantry itu .


Dari tadi Zakri berulang alik dari mejanya setiausaha itu ,ke mana entah pergi Eleen ini . Dari jauh dia

melihat kelibat Eleen yang tergopah-gopah menuju ke arah mejanya.

" Selamat Pagi Bos " UjurEleen

" Ermm Selamat Pagi , Kamu dari mana Eleen , sudah hampir 15 minit saya tunggu kamu " Tutur Zakri,

" maaf En Zakri , saya tadi ada dekat Pantry " Ujur Eleen gagap

" Kamu hendak kerja atau  mahu makan " Marah Zakri.

"Maaf En Zakri , saya terlajak tengok jam " kata Eleen  perlahan

" Ermm hari ini apa agenda saya"  kata Zakri kembali

" Pukul 10 pagi ini , En Zakri ada temujanji dengan Dato Idham di pejabatnya , dan selepas

waktu lunch kita punya supplier dari syarikat Indah Pertama ingin berjumpa dengan En Zakri

untuk berbincang tentang Project kita di Ulu Langat itu " Ujur Eleen panjang lebar .

Zakri hanya mengangguk kepalanya tanda faham , lantas dia menuju ke biliknya. Namun matanya

masih sempat merlilau ke arah meja Suhaila  dan tersenyum ke arah Suhaila  yang juga tersenyum

ke arahnya jugak . Eleen yang melihat kejadian itu amat menyumpah melihat kejadian itu , rasa sakit

hatinya melihat kemesraan dua pasangan itu.

" Eleen " Interkom Zakri

" Ye En Zakri ada apa yang boleh saya bantu" Jawab Eleen

" Tolong bawa fail yang saya hendak bawa berjumpa dengan Dato Idham nanti dan tolong  panggil

En Fahmi suruh dia masuk bilik saya sekarang " arah Zakri kepada Eleen

" Baik En Zakri " ujur Eleen kembali.


" Selamat Pagi Bro " ujur Fahmi ceria

" Selamat Pagi Bro , ceria ye kau pagi nie " ujur Zakri

" biasalah bro hidup ini kena ceria , eh ada apa kau panggil aku ini ?" soal Fahmi

" aku nak ajak kau temankan aku jumpa Dato Idham di pejabatnya  pukul 10 am " kata Zakri

" ok bro aku ok jew , tapi ada perbincangan apa ?" soal Fahmi lagi

" Ini Pasal project  yang dekat Dungun Terengganu  itu " Tutur Zakri

" ok bro" ringkas sahaja jawapan Fahmi .


Perbincangan  Zakri dan Fahmi bersama Dato  Idham berjalan dengan lancar  . Dato Idham amat

berpuas hati dengan rekaan corak yang di kemukan oleh pihak syarikat Serya Industries.

" Bagus rekaan yang kamu perkenalkan, amat menarik sekali "  ujur Dato Idham

" Terima Kasih Dato , kami sangat bersyukur kerana pihak Dato  amat berkenanan dengan corak

yang kami perkenal , dan juga kami harap pihak Dato setuju dengan corak ini " ujur Fahmi

" Ye En Fahmi , kami  memang amat berkenanan dengan corak ini , rekaan bentuk ini akan membuatkan

ramai pelancong dari luar negara akan berkunjung ke Malaysia dengan melihat bangunan yang cantik

dan menarik " Ujur Dato Idham kembali.

" Terima Kasih Dato , kerana mempercayai syarikat kami " ujur Zakri setelah berdiam diri tadi.

" Sama-sama Zakri , Company kamu dengan company saya ini  , bukan berkerja setahun dua tapi

sudah hampir 35 tahun , sejak mula ayah kamu berdua memulakan perniagaan ini " titah Dato Idham.


Setelah hampir 2 jam bermesyuarat bersama Dato Idham , akhirnya Fahmi dan Zakri meminta diri

untuk pulang ke pejabat , namun Dato Idham menyuruh mereka menunggu dan pergi luncah

bersama-sama , ada banyak perkara yang hendak di borakkan , mahu tidak mahu Fahmi dan Zakri

terpaksa bersetuju dengan ajakan Dato Idham itu , lagi pun hanya tinggal 15 minit waktu luncah .

" Fahmi , saya dengar kamu hendak bertunang hujung bulan ini" bicara Dato Idham

"wahh mana Dato dapat tahu ini ?" Soal Fahmi yang kehairanan

" Abah kamu yang bercerita dengan saya  , dengan kata tunangan kamu itu rakan sekerja

kamu juga kan " ujur Dato Idham

" Betul itu Dato , Insyaallah hujung bulan ini saya akan bertunang , Umi dan Abah itu sudah

tak sabar mendapat menantu " Ujur Fahmi sambil ketawa

" Baguslah , kalau sudah sampai jodoh , lebih baik di percepatkan urusan yang baik itu. Jangan

memperlambatkan tak baik , dan  kamu Zakri bila pulak hendak ikut jejak Fahmi " kata Dato Idham,

tersedak Zakri mendengar soalan dari Dato Idham itu , namun jawapan yang di beri oleh

Zakri cukup ringkas dan bermakna  " Insyaallah Dato , saya pun akan bertunang  mungkin seminggu

selepas pertunangan Fahmi, itu pun kalau tiada halangan lah "

" Insyaallah semua akan berjalan lancar "

" Amin!!!" Ujur Fahmi dan Zakri serentak.



(bersambung...)